Pemilik Blog

25/01/2010 | Tiada komen

biodata muhammad tarmizi dot comBiodata ini telah ditulis kembali pada jam 03.46 PM bersamaan dengan 20 Disember 2012. Pemilik blog ini namanya seperti domain iaitu muhammad tarmizi dan umur penulis blog ini sudah hampir melepasi 30-an.

Penulis sudahpun berumahtangga ataupun dengan kata lain sudah mempunyai isteri yang tercinta iaitu Nurulaini (dia juga ada blog iaitu Young Lady In The Sun) dan mempunyai cahaya mata yang disayangi iaitu muhammad fahim (dia pun ada blog di sini http://muhammadfahim.blogspot.com) dan juga kelahiran kedua Muhammad Hazim (Blog belum buat lagi)

Sekarang penulis adalah merupakan pekerja sepenuh masa di sektor kerajaan. Blog ini adalah merupakan tempat berkongsi idea, pendapat dan sebagainya yang berada diluar skop bekerja tanpa mencampur adukkannya. Kerja adalah kerja dan blog ialah blog.

Blog Muhammad Tarmizi Dot Com ini adalah merupakan wadah untuk penulis berkongsi idea, pendapat dan sebagai tempat untuk meneruskan lagi minat penulis dalam bidang penulisan, komputer dan segala yang berkaitan dengan blog serta internet. Walaubagaimanapun blog ini tidak sesekali digunakan untuk menyatakan ketidakpuasan hati terhadapat pekerjaaan, pendek kata blog ini adalah blog personal mengenai hidup penulis tanpa melibatkan kerja yang penulis sandang sekarang.

Latarbelakang sejarah blog penulis

Blog ini merupakan blog kedua penulis selepas berpindah dari menggunakan platform yang percuma iaitu blogspot dan memandangkan minat yang mendalam penulis terhadap dunia blogger domain muhammadtarmizi.com ini dibeli. Dek kerana minat terdapat self hosting dan juga blog wordpress penulis membuat keputusan untuk membeli hosting serta domain untuk terus bergiat aktif dalam dunia blogging. Kalau nak diikutkan penulis sudah mula menulis blog pada tahun 2005.

Penghargaan dan pencapaian penulis

Antara pencapaian penulis dalam arena blogging ialah pada tahun 2008 penulis telah diberikan peluang oleh pihak RTM TV1 didalam Rancangan Selamat Pagi Malaysia sebagai tetamu jemputan dan disiarkan secara langsung di TV1. Tapi sayangnya video yang dirakamkan telah pun hilang semasa berpindah rumah dahulu serta check bayaran sebagai tetamu jemputan tersebut juga tidak sempat untuk penulis scan gara-gara teruja dan terus bank-in check tersebut.

Namun pada tahun 2010 sekali lagi penulis telah diberi peluang oleh pihak TV9 sebagai tetamu jemputan dalam Rancangan Nasi Lemak Kopi O secara langsung dalam segmen Gizmo. Kalau anda ada masa bolehlah melihat kembali Video tersebut di sini http://www.youtube.com/watch?v=Ghma7UyOmzM

Itu adalah pencapaian yang boleh penulis banggakan kerana kedua-duanya telah dipancarkan secara langsung ke seluruh malaysia melalui TV dan rahsia bagaimana penulis menjadi tetamu jemputan dalam kedua-dua rancangan TV ini ialah hanya melalui blog. Betul kerana blog penerbit kedua-dua rancangan tersebut menjumpai penulis. Itulah kuasa carian didalam internet.

Itulah nikmat dalam dunia berblogging, penghargaan akan datang tanpa perlu kita mencarinya dan sebagai akhir kata penulis ingin mengucapkan selamat datang ke blog ini dan terima kasih kerana sudi berkunjung di blog ini.

Tentang Penulis: Muhammad Tarmizi

Pemilik blog ini masih lagi bekerja sepenuh masa dan blog ini dibina kerana minat terhadap penulisan serta keinginan untuk terus belajar. Sudah mempunyai isteri dan dua cahaya mata, untuk biodata penuh boleh lihat Pemilik Blog

Komen ditutup.