5 plugin wordpress yang penting

Belajar Wordpress» Tutorial
21/03/2010 | 27 komen »

Hai semua,

Kali ini saya akan senaraikan 5 plugin wordpress yang penting dan popular yang selalu digunakan oleh kebanyakkan blogger di malaysia dan jika diperhatikan plugin ini penting untuk blog yang menggunakan platform wordpress samada untuk SEO blog tersebut ataupun untuk mendapatkan trafik dan untuk senang menguruskan blog.

1. All in One SEO

Plugin ini merupakan pilihan pertama apabila install blog wordpress kerana ianya memang best. All in one seo digunakan untuk menjadikan blog wordpress anda lebih mesra search engine seperti google.com, yahoo, bing dan sebagainya.

Plugin ini telah di download oleh 4,703,330 orang, banyak bukan? Antara kelebihan plugin ini ialah :

Link untuk download plugin ini.

http://wordpress.org/extend/plugins/all-in-one-seo-pack/

2. Google XML Sitemap

Google xml sitemap merupakan plugin yang wajib ada untuk anda yang menggunakan blog wordrpess. Kenapa? sebab ianya membantu memudahkan blog anda untuk diindex oleh search engine seperti google, bing, ask, dan juga yahoo.

Plugin ini akan update automatik setiap kali anda publish artikel didalam blog anda dan apa yang saya suka dengan plugin ini ialah setiap kali saya menulis artikel yang baru di blog saya, selepas sejam ataupun 2 jam ianya sudah berada di enjin carian seperti google dan yahoo. Tak percaya? cuba anda taipkan keyword ini “5 plugin wordpress yang penting” di google.com dan lihat hasilnya.

Untuk download boleh klik di link dibawah

http://wordpress.org/extend/plugins/google-sitemap-generator/

3. Seo Smart Links

Hampir berbulan-bulan saya melayari blog blogger tempatan dan setiap post mereka terdapat internal link/ link ke blog sendiri yang wujud di setiap artikel yang mereka tulis dan saya tertanya bagaimana mereka membuat link tersebut, kalau dibuat secara manual mesti banyak kerja nak kena buat dan setelah dikaji rupa-rupanya mereka menggunakan plugin ini.

Jadi fungsi plugin ini ialah untuk membina link dalaman seperti yang terdapat di artikel yang anda sedang baca ini, link tersebut dibina secara automatik berdasarkan kepada tags, comment, kategori, dan ianya berfungsi untuk pages blog anda

Apa lagi,download lah dan gunakannya.

http://wordpress.org/extend/plugins/seo-automatic-links/

4. WordPress Related Post

Plugin ini selalunya dianggap biasa oleh blogger kerana ianya tidak lah begitu penting, namun bagi saya untuk memberikan yang terbaik untuk pembaca blog anda plugin in membantu pembaca blog anda dengan memadankan artikel artikel yang berkaitan dengan meletakkan link di bawah setiap artikel. Contohnya di bawah artikel blog ini.

Link untuk download

http://wordpress.org/extend/plugins/wordpress-23-related-posts-plugin/

5.  Contact Form 7

Plugin ini bukanlah untuk membantu blog anda dari segi search engine optimazation tetapi ianya berguna untuk anda sebagai salah satu medium untuk anda berkongsi dengan pembaca blog anda.

Plugin ini membolehkan anda mewujudkan satu page contact-me/hubungi saya seperti blog saya ini, ianya memudahkan untuk rakan-rakan blogger lain menghubungi anda samada untuk bertanya soalan, memberikan pendapat dan sebagainya.

Apa yang bestnya plugin ini ialah apabila pelawat blog menghantar pertanyaan melalui borang yang disediakan ianya akan dihantar terus ke email anda. Ianya amat berguna sekiranya anda ingin menghargai pengunjung blog anda.

Link untuk download

http://wordpress.org/extend/plugins/contact-form-7/

Sekian terima kasih.

Untuk tidak terlepas ataupun update artikel yang terbaru dari saya, subscribe blog saya dengan mengisi email dibawah. Privasi anda dijamin.

Artikel yang berkaitan

Tentang Penulis: Muhammad Tarmizi

Pemilik blog ini masih lagi bekerja sepenuh masa dan blog ini dibina kerana minat terhadap penulisan serta keinginan untuk terus belajar. Sudah mempunyai isteri dan seorang cahaya mata, untuk biodata penuh boleh lihat Pemilik Blog

27 Maklumbalas kepada: 5 plugin wordpress yang penting

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge