Bagaimana untuk menukar perkataan “Read More…”

Belajar Wordpress» Tutorial
25/05/2010 | 49 komen »

Tutorial wordpress kembali lagi dan saya bukanlah pakar untuk mengajar anda, tetapi hanya untuk berkongsi sedikit pengetahuan yang saya tahu mengenai dunia wordpress.

Pernah tak anda perasaan kebanyakkan blogger kita yang menggunakan wordpress self hosting menggunakan perkataan “Read More” atau “Read the rest of this entry” dalam blog mereka? Contohnya anda lihat pada blog saya sendiri dan saya menggunakan fungsi “more” yang wujud dalam wordpress untuk tidak memaparkan keseluruhan artikel ini dan untuk membaca artikel penuh anda perlu klik pada ayat seperti “Klik disini untuk membaca entri penuh“.

contoh fungsi read more

Saya harap anda faham pasal intro di atas, kalau tak faham buat-buatlah faham :) . Baiklah sebenarnya saya nak kongsikan bagaimana untuk menukar perkataan Read More ataupun Read the rest of this entry dan sebagainya…dan untuk menukar perkataan tersebut dari bahasa inggeris kepada bahasa melayu…senang sahaja, tak perlu kemahiran yang tinggi. Doktor kasut pun boleh buat

Apa yang perlu dibuat ialah login wordpress blog anda dan selepas itu pergi ke bahagian Appearance > Editor dan pada bahagian sebelah kanan terdapat index.php (Main index template) seperti gambar dibawah ini.

klik pada main index template

Selepas klik pada index.php anda perlu cari perkataan seperti <?php the_content … seperti gambar yang saya highlightkan dibawah dan tukar sahaja kepada Bahasa yang anda inginkan

tukar je ayat yang warna kuning tu

So seperti gambar diatas, cari sampai jumpa di dalam index.php ayat seperti gambar di atas dan tukarkan kepada apa jua bahasa yang anda inginkan…lihat contoh dibawah yg telah saya tukar.

tukar bahasa

Baiklah setelah anda tukar semuanya jangan lupa yer klik Update File, sebab kalau anda tak klik sia-sia sahaja usaha anda….dan setelah siap anda klik update file, terus pergi layari blog anda dan lihat hasilnya.

Oh ya, sebelum berakhir tutorial kali ini, ingin saya jelaskan kadang-kadang ianya tidak berfungsi dan bergantung kepada Theme yang anda gunakan…

Inilah hasilnya setelah dibuat editing.

hasilnya...yeahhh

Ok sudah siap, anda faham tak tutorial kali ini? kalau tak faham angkat tangan then ambil gambar upload ke Facebook supaya saya dapat lihat…Nanti saya datang rumah anda tolong buatkan, hahahaha

Ok terima kasih kerana sudi membaca

Artikel yang berkaitan

Tentang Penulis: Muhammad Tarmizi

Pemilik blog ini masih lagi bekerja sepenuh masa dan blog ini dibina kerana minat terhadap penulisan serta keinginan untuk terus belajar. Sudah mempunyai isteri dan seorang cahaya mata, untuk biodata penuh boleh lihat Pemilik Blog

49 Maklumbalas kepada: Bagaimana untuk menukar perkataan “Read More…”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge