Cara nak import blog wordpress percuma ke blog wordpress berbayar

Belajar Wordpress» Tutorial
20/10/2010 | 72 komen »

Tajuk entri kali ini aku mengelirukan sedikit tapi apa yang disampaikan ialah tutorial bagaimana nak import blog wordpress percuma sebagai contoh http://inibukanblog.wordpress.com ke blog wordpress self hosting iaitu http://inibukanblog.com

Kadang-kadang pening juga untuk memikirkan tentang tajuk tutorial yang ingin dibuat, idea sudah ada dan garapan untuk menulis juga sudah di dalam kepala tetapi memikirkan tentang tajuk entri untuk isi yang ingin diceritakan boleh membuatkan blogger seperti aku menjadi kabur seketika.

Harap tajuk entri ini sudah sampai maksudnya terhadap apa yang bakal ditulis nanti. Ok kita terus kepada tutorial bagaimana nak pindahkan post, comment yang ada di blog wordpress percuma yang aku sebut di atas tadi kepada blog wordpress yang berbayar. Terus kepada langkah yang pertama iaitu login ke akaun blog wordpress percuma tersebut dan terus pergi kepada bahagian tools seperti gambar di bawah dan klik pada Export.

Cara import blog wordpress percuma ke blog wordpress berbayar berbeza dengan cara untuk import blog blogspot ke blog wordpress kerana untuk import blog blogspot kamu semua hanya perlukan kebenaran untuk akses blogspot melalui panel dashboard di blog wordpress dan hanya perlukan sekali klik sahaja semuanya akan dipindahkan secara automatik. Tutorial untuk import blog blogspot sudah dibuat oleh kakjie di blog dia iaitu Import Blog Blogspot ke WordPress.

Manakala untuk blog wordpress percuma ke blog wordpress berbayar berbeza kerana perlu melakukan beberapa kerja yang mungkin dianggap rumit oleh sesetengah orang. Apa yang perlu dilakukan ialah klik pada bahagian Export di blog wordpress percuma tersebut dan muat turun semua fail-fail yang diinginkan. Sila lihat gambar di bawah untuk lebih jelas.

import blog wordpress ke blog wordpress berbayarSeperti gambar diatas, apabila langkah pertama tadi iaitu klik pada bahagian export, terdapat beberapa fungsi di dalam filter tersebut yang boleh diguna pakai untuk di muat turun. Antaranya ialah start date ( tarikh mula ) dan juga end date (tarikh akhir). Setelah semua pilihan telah dibuat, sila klik butang Download Export File untuk memuat turun fail yang mengandungi semua post, komen dan sebagainya yang ingin dipindahkan ke blog wordpress yang baru.

*Satu perkara yang perlu dingatkan iaitu saiz fail maksimum yang dibolehkan untuk proses import nanti ialah hanya 2MB sahaja.

Sekiranya blog wordpress anda sudah bertahun-tahun mungkin perlu start dan end date yang tertentu supaya saiz fail yang bakal di muat turun nanti tidak melebihi 2MB sepertimana yang dibenarkan. Berdasarkan pengalaman aku, pilih untuk 2-3 bulan sahaja fail untuk di muat turun seperti contoh Januari-Mac 2010.

Setelah semua fail telah berjaya di muat turun maka proses seterusnya ialah untuk proses memuat naik ke blog wordpress yang baru. Lihat gambar di bawah untuk penerangan yang lebih terperinci.

import blog wordpress.com ke blog wordpress berbayarSeperti gambar di atas, di blog wordpress yang baru itu, klik pada bahagian Tools dan pilih Import. Seterusnya pilih wordpress untuk proses memuat naik fail yang telah di muat turun di blog yang lama. Gambar lagi untuk penerangan lanjut.

fungsi import di blog wordpressPerbezaan antara import blog blogspot dengan blog wordpress ialah seperti gambar di atas iaitu perlu melakukannya secara manual dengan memuat naik fail yang telah di muat turun dari blog lama. Lihat gambar diatas jelas menunjukkan saiz fail maksimum yang dibenarkan ialah 2MB dan untuk memuat naik fail yang telah di muat turun tadi ada baiknya ia dibuat mengikut susunan yang betul. Ini yang anda perlu tentukan untuk kenalpasti mana satu fail pertama, kedua dan seterusnya.

Contoh fail dari blog wordpress yang lama seperti dibawah.

contoh fail blog wordpress percumaBaik selepas fail dipilih sila tekan butang upload file and import dan seterusnya lihat pada gambar dibawah.

proses akhir sebelum siap import blogLihat pada gambar di atas, harap maaf sesetengah maklumat terpaksa dimerahkan untuk menjaga privasi pihak lain. Sebelum butang submit di klik terdapat beberapa pilihan yang boleh dilakukan iaitu untuk create user baru menggantikan user lama di blog lama ataupun terus mengekalkan nama author sama macam blog lama.

Selain itu terdapat pilihan untuk import attachments samada untuk kekalkan attachment (gambar dan sebagainya) tersebut berada di blog lama ataupun pindahkan kesemuanya di blog wordpress yang baru. Pengalaman aku kalau ada gambar yang melebihi 2MB maka proses import akan keluar error.

Sekiranya selepas submit dilakukan dan tiada sebarang error maka akan keluar status kejayaan anda melakukan proses import tersebut.

siap import blog wordpressGambar terakhir ini menandakan tutorial ini sudah tamat. Ada soalan? ajukan di ruangan komen ataupun hubungi aku.

Artikel yang berkaitan

Tentang Penulis: Muhammad Tarmizi

Pemilik blog ini masih lagi bekerja sepenuh masa dan blog ini dibina kerana minat terhadap penulisan serta keinginan untuk terus belajar. Sudah mempunyai isteri dan seorang cahaya mata, untuk biodata penuh boleh lihat Pemilik Blog

72 Maklumbalas kepada: Cara nak import blog wordpress percuma ke blog wordpress berbayar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge