Cara nak setup blog wordpress paling senang

Belajar Wordpress
12/02/2010 | 44 komen »

Artikel ini adalah sambungan kepada artikel sebelum ni iaitu Macam mana nak beli Domain dan Hosting

Kali ini saya akan tunjukkan bagaimana nak install blog dengan menggunakan platform wordrpess dengan cara yang paling senang dan pantas tanpa perlu menggunakan File Transfer Protocol (FTP) ataupun sebagainya.

Anda hanya perlu menggunakan akaun cpanel yang telah anda dapat setelah membeli domain dan hosting seperti yang telah saya tunjukkan pada artikel sebelum ini. Jadi kita teruskan kepada langkah demi langkah bagaimana menggunakan akaun cpanel untuk install blog wordpress

Langkah yang pertama yang perlu anda lakukan ialah login terlebih dahulu ke akaun cpanel domain anda, sebagai contoh http://www.seribong.info/cpanel dan paparan berikut akan keluar, lihat gambar dibawah

langkah 1 install blog wordpress anda

Masukkan username serta password yang telah dihantar ke email semasa pembelian domain dan hosting anda untuk login akaun cpanel, paparan gambar diatas adalah menggunakan web browser google chrome, mungkin ianya berbeza sekiranya anda menggunakan Internet Explorer ataupun Mozilla Firefox. Tetapi yang penting ialah anda perlu masukkan username dan password untuk memasuki ruangan cpanel

Langkah seterusnya ialah menggunakan software yang dibekalkan di cpanel iaitu Fantastico De Luxe, klik sahaja seperti gambar di bawah dan anda akan dibawa kepada ruangan yang baru seperti gambar dibawah

langkah 2 install blog wordpress

Selepas anda klik Fantastico De Luxe satu lagi paparan akan keluar seperti gambar dibawah.

langkah 3 install blog wordpress

Klik pada ” wordpress ” seperti dalam bulatan merah gambar di atas dan ikuti gambar seterusnya

langkah 4 install blog wordpress

Klik pada New Installation untuk install blog wordpress anda, tak sabar bukan untuk buat blog wordpress? sila ikut langkah seterusnya di bawah

langkah 5 install blog wordpress

Part ini merupakan yang paling penting untuk anda memberi perhatian dan ikuti langkah ini dengan betul supaya anda tidak tersilap langkah, kerana kalau anda tersilap langkah maka buruklah padahnya.

langkah 6 install blog wordpress

Gambar di atas ialah setelah anda klik pada install wordpres tadi dan dekat sini adalah maklumat-maklumat yang diberikan seperti nama databases yang dibuat oleh software fantastico untuk blog wordpres anda dan direktori blog wordpress anda, klik sahaja pada ” finish installation”. dan lihat gambar dibawah.

langkah 7 install blog wordpress

tadaaa dah siap rupanya install blog menggunakan platform wordpress, mudah bukan, kalau payah gak, pergi ambil air di 7 kolah masjid pastu minum…bagi terang skit hati…jgn marah gurau ja, kalau marah nanti kena jual

pastikan anda print page ini sebagai rujukan kalau anda lupa username ataupun password blog anda nanti, setelah semuanya selesai, masukkan domain anda dkt address seperti yang tertera pada gambar di atas dan paparan blog anda adalah seperti gambar dibawah

seribong.info_1265941761061

*klik pada gambar di atas untuk besarkan.

Gambar kat atas itu adalah theme asas wordpress sahaja, untuk menukar theme tunggu sehingga artikel lain yang saya akan tulis nanti, jadi melekat lah kat blog ini untuk belajar bagaimana nak menukar theme, tapi kalau anda nak cepat sangat guna jer google.com untuk mendapatkan maklumat bagaimana nak tukar theme yang cantik seperti blog sy ni, hahahah

Ok langkah seterusnya untuk log in blog anda pergi pada bahagian Meta dan klik log in ataupun anda boleh terus taip pada address bar alamat ini http://www.bloganda.com/wp-admin (bloganda tukar kepada domain anda)

dan untuk log in lihat gambar dibawah.

seribong.info › Log In_1265941842002

sekiranya anda telah berjaya sehingga gambar di atas bermakna anda telah berjaya install blog menggunakan platform wordpress, tahniah untuk diri sendiri dan berikan satu tepukan gemuruh untuk diri anda sendiri dan kini anda tidak perlu lagi mengupah orang lain untuk install blog wordpress.

k_01_art_835_clip_image001

Sekiranya anda merasakan artikel ini berguna untuk anda, bolehlah anda print dan sebagainya, tetapi untuk anda letak artikel ini dalam blog anda sila letakkan link blog saya sebagai sumber rujukan, kalau tak nak pun tak per…..nanti kita kira dekat akhirat nanti…

Anda boleh dapatkan terus artikel ini ke dalam email anda dengan melanggan blog saya ke dalam email, masukkan email anda di kotak dibawah

Tentang Penulis: Admin

Pemilik blog ini masih lagi bekerja sepenuh masa dan blog ini dibina kerana minat terhadap penulisan serta keinginan untuk terus belajar. Sudah mempunyai isteri dan seorang cahaya mata, untuk biodata penuh boleh lihat Pemilik Blog

44 Maklumbalas kepada: Cara nak setup blog wordpress paling senang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge