Install Blog WordPress secara manual

Belajar Wordpress» Tutorial
16/03/2010 | 10 komen »

Tutorial kali ini akan menerangkan langkah demi langkah bagaimana untuk install blog menggunakan platform wordpress secara manual ataupun dengan kata lain install tanpa menggunakan sebarang script.

Langkah yang pertama ialah download wordpress di sini http://wordpress.org/download/

Selepas selesai download dan biasanya download file adalah dalam bentuk zip file, so unzipkan file wordpress tersebut kedalam satu folder komputer anda.

Ok sekarang langkah penting untuk anda ikuti tanpa skip walaupun satu langkah yang diberikan seperti dibawah.

Langkah 1

Mula-mula anda perlu create databases untuk blog yang anda ingin install dengan menggunakan cpanel, lihat gambar dibawah

Langkah 2

Selepas log in ke akaun cpanel anda, pergi kepada bahagian Databases klik pada MySQL Databases dan selepas tu akan keluar gambar seperti dibawah

Create satu databases seperti gambar diatas, terpulang untuk anda menamakan apa, biasanya nama databases akan berkait dengan blog wordpress yang bakal dibuat dan klik pada “create databases” untuk membuat satu databases yang baru.

Langkah 3

Selepas selesai create database anda perlu create user untuk database tersebut bagi tujuan install blog wordpress dan lihat gambar dibawah untuk penerangannya.

Create satu username dan password untuk blog yang akan anda install nanti, so terpulang pada anda untuk letakkan apa dan saya cadangkan username yang senang ialah berkaitan dengan blog yang akan dibuat nanti, klik pada create user seperti gambar diatas.

Gambar diatas menunjukkan bagaimana anda telah berjaya membuat satu akaun user yang baru didalam mysql database, ikuti langkah seterusnya.

Langkah 4

Selepas berjaya sehingga ke langkah 3 tadi, apa yang perlu anda lakukakan ialah menambah ataupun bahasa orang putihnya ialah assign user to databases, so pastikan anda pilih user yang telah anda create tadi dan database yang telah anda buat seperti langkah 2 tadi, lihat contoh gambar dibawah

Pastikan anda memilih user dan database yang betul dan klik pada butang Add untuk meneruskan proses dan hasilnya seperti dibawah.

Klik pada Make changes untuk langkah seterusnya

Langkah 5

Langkah seterusnya ialah setelah semua file wordpress yang telah anda siap download tadi

Sebelum anda upload ke semua file tersebut ke dalam direktori hosting anda, apa yang perlu dilakukan terlebih dahulu ialah buka file wp-config-sample.php dalam Notepad dan edit maklumat seperti di gambar bawah sahaja.

Pastikan anda masukkan databases yang telah anda buat seperti langkah 2 dan database user seperti langkah 3 diatas dan password untuk user yang anda buat semasa di langkah 3 tadi. Pastikan anda hanya ubah DB_NAME, DB_USER dan juga DB_PASSWORD sahaja dan selepas itu Save As file tersebut dan namakan ia sebagai ” wp-config.php “.

Langkah 6

Seterusnya ialah masa untuk anda uploadkan semua file wordpress tadi kedalam hosting yang anda beli dan perlu dingatkan anda perlu buat keputusan untuk upload ke dalam direktori ataupun terus sahaja ke public_html.

Sebagai contoh sekiranya anda ingin blog anda berada di www.bloganda.com jadi anda perlu upload kesemua file wordpress tersebut ke public_html

Sekiranya anda ingin letakkan blog anda seperti di www.bloganda.com/blog anda perlu create satu folder iaitu “blog” di public_html hosting anda.

Dan seterusnya upload kesemua file tersebut samada menggunakan FTP ataupun Cpanel.

Langkah 7

Setelah kesemua file wordpress telah siap upload buka Internet Explorer ataupun Modzilla Firefox untuk install blog wordpress. Apa yang perlu anda lakukan ialah taip www.bloganda.com/wp-admin/install.php seperti gambar dibawah

lihat contoh diatas, pastikan anda masukkan URL yang betul. dan lihat gambar seterusnya.

Masukan Blog Title untuk blog anda dan juga email yang sah untuk install wordpress.

Sekiranya tiada sebarang error akan keluar message seperti gambar diatas dan pastikan anda ingat username serta salin ataupun copy passwordd yang diberikan secara automatik semasa proses install blog wordrpess tersebut dan klik log in untuk kali pertama.

Masukkan username beserta dengan password tadi untuk login kali pertama ke dalam blog wordpress anda.

mudah bukan untuk install blog wordpress walaupun secara manual.

Kelebihan yang sering diperkatakan ialah sekiranya anda install blog wordpress secara manual ialah anda boleh tentukan database name yang ingin dibuat tanpa menggunakan default database name(user_wrpd1) sekiranya menggunakan fantastico seperti artikel saya sebelum ini.

ini adalah bagi mengelakkan blog wordpress anda daripada di hack oleh orang-orang yang nakal untuk menggodam blog anda.

Sekian sahaja tutorial bagaimana untuk install blog wordpress secara manual dan sekiranya anda berminat dengan artikel ini anda boleh copy tetapi pastikan anda letakkan sumber dari blog sy, kasi link je…bukan nak kena bayar pun

dan untuk anda tidak ketinggalan untuk membaca artikel-artikel saya yang terbaru, sila subcribe blog saya menggunakan email, mudah bukan?

Terima kasih,

Admin Blog

Artikel yang berkaitan

Tentang Penulis: Muhammad Tarmizi

Pemilik blog ini masih lagi bekerja sepenuh masa dan blog ini dibina kerana minat terhadap penulisan serta keinginan untuk terus belajar. Sudah mempunyai isteri dan seorang cahaya mata, untuk biodata penuh boleh lihat Pemilik Blog

10 Maklumbalas kepada: Install Blog WordPress secara manual

  • imran berkata:

    Takleh cari makan la penjual ebook buat blog pasni :D
    Tahniah bro, berjaya buat tutorial berguna untuk newbie WP

    • Admin berkata:

      bukan niat sy untuk menutup periuk nasi penjual ebook, sekadar berkongsi apa yg kita ada

      sama2

      • Frantz-Senpai berkata:

        perkara camnie sepatutnya x payah di-ebook-kan sebab nie mende yang banyak kat google.. cari je … senang citer..

        pasal tutorial.. memang bagus kalau tukar prefix table bagi nak elak SQL injection.. boleh refer dalam blog sye (yang pos lme2)

        • Admin berkata:

          tp tu lah, kadang2 ramai yg tak tahu nak cari kat google pun, ebook ni berguna kalau org tu berkemampuan dan nak cepat

  • sangilapi berkata:

    tanpa rasa jemu lu terus berkongsi tips namun mata gua semakin layu untuk menatapnya dari satu ayat ke satu ayat….nanti gua sambung baca :)

  • naninongg berkata:

    A’kum,
    tak berapa faham langkah 5.. mana nak dptkan file ..-config spt gambar (langkah 5) kebanyakan theme yg download takde file config.

    terima kasih

    • Admin berkata:

      tukar theme ke download wordpress ni? tutorial ni ialah untuk isntall wordpress secara manual, bukan install theme

  • wazy berkata:

    salam bro
    saya jumpa entri ni masa search kat google
    baru je lepas buat entri macam bro buat ni
    tapi saya semasa di dalam proses upgrade versi wordpress
    Entri ni berguna untuk semua yang mahu berjinak-jinak dengan wordpress self-hosted
    Entri terbaru dari wazy..Tutorial Upgrade WordPress Secara Manual

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge