Saya percaya ramai diluar sana masih lagi tak nak beli domain sendiri disebabkan tidak tahu macam mana cara untuk membeli domain dan hosting yang disediakan oleh syarikat-syarikat hosting di Malaysia ni.
Artikel sebelum ni ada menyentuh berkenaan dengan
Memiliki Blog Dot Com sendiri murah sebenarnya
Tetapi ramai belum tahu, so mari saya tunjukkan bagaimana nak beli domain dan hosting sendiri.
Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan membuat survey berkenaan dengan hosting dengan domain dibeberapa syarikat hosting yang terbaik dan murah. Tetapi “terbaik” adalah terlalu subjektif sebenarnya.
Apa yang boleh dicadangkan untuk anda ialah sebagai permulaannya carilah syarikat hosting yang menyediakan pakej yang murah seperti yang saya cadangkan sebelum ni iaitu Netkl.com, pakej yang ditawarkan murah dan harga bermula dari RM60 sehinggalah RM200.
Saya bukan ejen netkl.com tetapi setelah survey yang saya buat dan pengalaman saya, netkl.com adalah yang sesuai untuk anda memulakan blog dot com anda sendiri.
So kita mulakan langkah pertama dahulu :
Langkah Pertama : layari www.netkl.com
Pilih pakej Basic ( RM 60 setahun percuma domain)
http://netkl.com/hosting.html
Untuk pakej Basic ini anda mendapat Disk space sebanyak 400MB, bagi saya sudah cukup untuk anda hostkan blog anda dan anda boleh upgrade bila-bila masa untuk menambah kapasiti storan yang disediakan.
Saya guna tak sampai 300MB pun setahun untuk buat blog (langkah berjimat space ialah gambar yang ingin dimasukkan di setiap artikel anda hostkan dkt image hosting yang percuma seperti imageshack, photobucket dan banyak lagi la, dah panjang pulak penerangannya
Ok lihat gambar di bawah

Klik pada butang “Order Now!” untuk membeli pakej hosting basic ini dengan percuma hosting.

Selepas order now tadi anda dibawakan ke page seperti gambar di atas. Apa yang perlu anda lakukan ialah dekat kotak merah tu je yang perlu anda lakukan, pilih domain yang anda suka. Saya faham ramai yang mengalami kesukaran untuk memilih domain yang sesuai, saya pun seperti anda juga pada suatu ketika dulu. Tips saya senang jer, pilih domain yang berkait dengan anda seperti nama anda ataupun trademark anda contohnya abgbotak.com ke…
Lepas dah pilih domain yang anda nak, klik pada butang “click to continue” untuk meneruskan pembelian. Lihat gambar di bawah.

Kalau domain yang anda pilih masih lagi available @ domain tu masih lagi tidak dibeli oleh orang lain gambar seperti di atas akan terpapar dan anda perlu tick pada kotak “available order now”. selepas tu anda klik je butang “click to continue”, mudah bukan? kalau susah gak, hantukkan kepala kat dinding, tak pun kalau anda berada di tepi tingkap, terjun ke bawah pastu naik balik dan baca balik apa yang saya tulis (itupan kalau anda masih lagi hidup selepas terjun tadi)… gurau jer

Tengok gambar kat atas tu, untuk billing cycle apabila anda pilih untuk bayar secara tahunan, then kuar lah statement free domain. so apa lagi pilih la bayar secara tahunan. Untuk configuration option tu tak perlu usik apa-apa, klik sahaja ” Update Cart” untuk meneruskan proses pembelian.
Langkah seterusnya ialah seperti gambar dibawah

Tengok kat atas tu, untuk domain nakbeliblog.com tak der charge pun. free sekiranya anda bayar hosting untuk setahun yang berharga RM 60. Dan sekiranya anda dapat promotional code, boleh masukkan coupun code tersebut untuk menikmati diskaun.
Selepas itu klik pada ” Checkout” untuk meneruskan langkah dalam membeli hosting di netkl

Isi maklumat diatas untuk meneruskan pembayaran, selepas itu klik pada “complete order” untuk meneruskan pembayaran, dan invoice dari netkl akan dihantar ke email anda untuk membuat pembayaran, lihat contoh di bawah

Sila buat pembayaran kepada Netkl melalui online ataupun cash deposit machine (saya galakkan anda membuat pembayaran secara online samada melalui maybank2u.com, cimbclick ataupun bank-bank lain. Selepas pembayaran dibuat, hantarkan resit pembayaran kepada sales@Netkl.com untuk pengesahan pembayaran, selalunya tak sampai satu jam, pihak netkl akan mengesahkan pembayaran anda serta menghantar email susulan berkenaan login cpanel dan sebagainya untuk hosting yang telah anda beli, lihat contoh dibawah

Selepas anda mendapat pengesahan pembayaran daripada pihak admin netkl, satu lagi email dari pihak netkl akan menyusul untuk memberikan maklumat cpanel hosting dan domain yang telah anda beli seperti gambar di bawah

Tadaaa… sekarang anda telah membaca sampai saat ini, bermakna anda sudah faham dan sudah berjaya untuk membuat pembelian domain dan hosting, mudah bukan?
Sebenarnya bukan susah pun untuk melakukan semua ni, cuma kadang minda kita je berkata leceh dan susah nak buat semua ni.
Selepas anda mendapat semua maklumat yang diberikan, boleh lah anda akses cpanel untuk hosting dan domain yang anda beli, dan nasihat saya selepas kali pertama menggunakan cpanel, tukar password yang telah diberikan oleh pihak admin netkl kepada password yang senang untuk anda ingat dan pastikan segala email yang berkaitan dengan netkl janganlah anda delete, letak di dalam satu folder email anda
Sekian terima kasih, pihak admin melaporkan untuk anda, dan sekiranya anda ada pertanyaan, lontarkan di ruangan komen serta boleh hubungi saya untuk bertanya.
p/s: anda boleh copy artikel ini dengan syarat meletakkan link rujukan blog saya.









assalamualaikum saudara..saya tertarik dgn artikel sedare nih,,mmg sy mencari web hosting,masalah nya begini..skrg,trend tukarkan blogspot ke dot com shja..makna nya pakai hosting berbayar la,,masalah nye,,saya gunakan page blogspot,tpi hostingnya yg beli,,harap sedara paham,,,makna nya,segala urusan edit sy log in ke blogger lagi,cuma domain nye mrsmgemencheh.com so ape nasihat dan pandangan sedara..
terima kasih
[Balas Komen]
Admin Reply:
March 31st, 2010 at 9:21 pm
macam ni saudara jgn salah faham, hosting dan domain adalah dua perkara yang berbeza, domain ialah nama pengenalan ataupun dgn kata lain alamat rumah la senang
manakala hosting pula ialah rumah tersebut ataupun tempat penyimpanan data, gambar dan segalanya semasa anda menulis artikel di blog anda.
ok berbalik pada soalah tukar dot blogspot kepada dot com, memang boleh sbb itu melibatkan domain, bukannya hosting. jadi anda masih boleh menggunakan hosting percuma dari blogspot dan hanya perlu beli domain sahaja.
Harga domain skrg hanya dalam RM30 je untuk setahun.
Ok cuma membezakan blog anda dgn yang lain ialah tiada .blogspot.com hanya mrsmgemenceh.com tapi masih menggunakan blogspot sebagai hosting.
Saya harap saudara jelas dengan jawapan yg diberikan, jika ada pertanyaan, hubungi saya di page hubungi saya
[Balas Komen]
Assalamu’alaikum ya akhi..
Alhamdulillah. Kalau dapat bagi 10 bintang, memang saya dah bagi pada blog akh, ^^
Saya banyak belajar buat website kat blog Akh ni. Ada juga belayar ke website orang lain, namun kat sini senang sikit.
Hep! Sangat-sangat berterima kasih.
[Balas Komen]
Admin Reply:
April 27th, 2010 at 4:20 am
waalaikumussalam,
terima kasih sue, blog sue pun dah cantik tu
[Balas Komen]
gua pun langgan netkl ni…..setakat ni memang berpuas hati
[Balas Komen]
Admin Reply:
April 30th, 2010 at 6:47 am
ramai customer gua pun guna net kl
[Balas Komen]
macam mana nak gunakan domain netkl. tapi hosting blogspot… ? minta maaf kerana mmg tak tahu guna…
[Balas Komen]
Admin Reply:
May 6th, 2010 at 11:52 am
beli domain di netkl dan selepas itu log in
http://www.blogger.com
masuk ke setting>publishing
selepas tu klik pada custom domain, masukkan domain yang dibeli
pastu dkt netkl setkan dns/CNAME dgn nama ini
ghs.google.com
save…pastu tunggu sehinggi domain tu direct ke hosting blogspot anda
[Balas Komen]
saya isi 2x.so ada 2 domain.camna saya nak cancel satu.baru isi tahap Konfigurasi Domain.help
[Balas Komen]
Admin Reply:
June 5th, 2010 at 8:40 am
ada fungsi untuk empty cart tu, pastu buat balik
[Balas Komen]
[...] call Mijie aku berhubung dengan NetKL[chat],admin NetKL mengesahkan status blog aku ok ! Berikut chat aku [...]
slm..sy bru buat blog guna wordpress ats tujuan [perniagaan..tp sy xtau sgt cmne nk publish blog sy kt web site..sy try search blog sy kt google..xde pon..so harap dapat bantu..thnks..
[Balas Komen]
Admin Reply:
July 17th, 2010 at 2:35 am
mungkin amik masa lama skit, dalam 2,3 hari..kalau nak cepat cuba submit kat gengblogger
[Balas Komen]
macam mana cara nk submit? kan klo kite nk publish
blog kite kne ade domain n hosting kn? sy dah buat kat 00webhost..tp mcm mane sy nk msukkn domain tu dlm wordpress..dh try tp xleh..kne tngu 24 jam ke? leh x tlg tunjukkn cara nak wat domain sy valid..sy dh pening pk psl ni..
[Balas Komen]
Admin Reply:
July 17th, 2010 at 10:48 pm
kalau beli domain saja dan gunakan free host mcm ooowebhost tu, memang rumit skit tapi boleh buat
kn buat manual, uploadkan file wordpress then setup,
[Balas Komen]
salam, nk tanya sikit saya mmg zero psl domain & hosting ni. tad sdr kata hosting tu harganya RM60/thn, utk continue kita kena byar lagi lakan . berapa sama mcm beli first time jugak ke?klu kita nk beli domain jugak camna ya?
[Balas Komen]
Admin Reply:
August 2nd, 2010 at 11:54 am
setahun rm60, kalau nak renew pun tetap kn rm60
kalau beli ikut pakej netkl yg saya bagi dkt belah kanan atas tu, domain akan diberikan percuma, jadi hanya bayar rm60 every year
[Balas Komen]