Macam mana nak beli Domain dan Hosting

Belajar Wordpress» Hosting
11/02/2010 | 53 komen »

Saya percaya ramai diluar sana masih lagi tak nak beli domain sendiri disebabkan tidak tahu macam mana cara untuk membeli domain dan hosting yang disediakan oleh syarikat-syarikat hosting di Malaysia ni.

Artikel sebelum ni ada menyentuh berkenaan dengan

Memiliki Blog Dot Com sendiri murah sebenarnya

Tetapi ramai belum tahu, so mari saya tunjukkan bagaimana nak beli domain dan hosting sendiri.

Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan membuat survey berkenaan dengan hosting dengan domain dibeberapa syarikat hosting yang terbaik dan murah. Tetapi “terbaik” adalah terlalu subjektif sebenarnya.

Apa yang boleh dicadangkan untuk anda ialah sebagai permulaannya carilah syarikat hosting yang menyediakan pakej yang murah seperti yang saya cadangkan sebelum ni iaitu Netkl.com, pakej yang ditawarkan murah dan harga bermula dari RM60 sehinggalah RM200.

Saya bukan ejen netkl.com tetapi setelah survey yang saya buat dan pengalaman saya, netkl.com adalah yang sesuai untuk anda memulakan blog dot com anda sendiri.

So kita mulakan langkah pertama dahulu :

Langkah Pertama : layari www.netkl.com

Pilih pakej Basic ( RM 60 setahun percuma domain)

http://netkl.com/hosting.html

Untuk pakej Basic ini anda mendapat Disk space sebanyak 400MB, bagi saya sudah cukup untuk anda hostkan blog anda dan anda boleh upgrade bila-bila masa untuk menambah kapasiti storan yang disediakan.

Saya guna tak sampai 300MB pun setahun untuk buat blog (langkah berjimat space ialah gambar yang ingin dimasukkan di setiap artikel anda hostkan dkt image hosting yang percuma seperti imageshack, photobucket dan banyak lagi la, dah panjang pulak penerangannya

Ok lihat gambar di bawah

pakej hosting basic netkl

Klik pada butang “Order Now!” untuk membeli pakej hosting basic ini dengan percuma hosting.

NetKL Network - Shopping Cart_1265759755880

Selepas order now tadi anda dibawakan ke page seperti gambar di atas. Apa yang perlu anda lakukan ialah dekat kotak merah tu je yang perlu anda lakukan, pilih domain yang anda suka. Saya faham ramai yang mengalami kesukaran untuk memilih domain yang sesuai, saya pun seperti anda juga pada suatu ketika dulu. Tips saya senang jer, pilih domain yang berkait dengan anda seperti nama anda ataupun trademark anda contohnya abgbotak.com ke…

Lepas dah pilih domain yang anda nak, klik pada butang “click to continue” untuk meneruskan pembelian. Lihat gambar di bawah.

NetKL Network1 - Shopping Cart_1265760157379

Kalau domain yang anda pilih masih lagi available @ domain tu masih lagi tidak dibeli oleh orang lain gambar seperti di atas akan terpapar dan anda perlu tick pada kotak “available order now”. selepas tu anda klik je butang “click to continue”, mudah bukan? kalau susah gak, hantukkan kepala kat dinding, tak pun kalau anda berada di tepi tingkap, terjun ke bawah pastu naik balik dan baca balik apa yang saya tulis (itupan kalau anda masih lagi hidup selepas terjun tadi)… gurau jer

NetKL Network - Shopping Cart_1265760491081

Tengok gambar kat atas tu, untuk billing cycle apabila anda pilih untuk bayar secara tahunan, then kuar lah statement free domain. so apa lagi pilih la bayar secara tahunan. Untuk configuration option tu tak perlu usik apa-apa, klik sahaja ” Update Cart” untuk meneruskan proses pembelian.

Langkah seterusnya ialah seperti gambar dibawah

NetKL Network - Shopping Cart_1265760703512

Tengok kat atas tu, untuk domain nakbeliblog.com tak der charge pun. free sekiranya anda bayar hosting untuk setahun yang berharga RM 60. Dan sekiranya anda dapat promotional code, boleh masukkan coupun code tersebut untuk menikmati diskaun.

Selepas itu klik pada ” Checkout” untuk meneruskan langkah dalam membeli hosting di netkl

NetKL Network - Shopping Cart_1265847967811

Isi maklumat diatas untuk meneruskan pembayaran, selepas itu klik pada “complete order” untuk meneruskan pembayaran, dan invoice dari netkl akan dihantar ke email anda untuk membuat pembayaran, lihat contoh di bawah

customer invoice untuk netkl dot com

Sila buat pembayaran kepada Netkl melalui online ataupun cash deposit machine (saya galakkan anda membuat pembayaran secara online samada melalui maybank2u.com, cimbclick ataupun bank-bank lain. Selepas pembayaran dibuat, hantarkan resit pembayaran kepada sales@Netkl.com untuk pengesahan pembayaran, selalunya tak sampai satu jam, pihak netkl akan mengesahkan pembayaran anda serta menghantar email susulan berkenaan login cpanel dan sebagainya untuk hosting yang telah anda beli, lihat contoh dibawah

payment confirmation

Selepas anda mendapat pengesahan pembayaran daripada pihak admin netkl, satu lagi email dari pihak netkl akan menyusul untuk memberikan maklumat cpanel hosting dan domain yang telah anda beli seperti gambar di bawah

cpanel account information

Tadaaa… sekarang anda telah membaca sampai saat ini, bermakna anda sudah faham dan sudah berjaya untuk membuat pembelian domain dan hosting, mudah bukan?

Sebenarnya bukan susah pun untuk melakukan semua ni, cuma kadang minda kita je berkata leceh dan susah nak buat semua ni.

Selepas anda mendapat semua maklumat yang diberikan, boleh lah anda akses cpanel untuk hosting dan domain yang anda beli, dan nasihat saya selepas kali pertama menggunakan cpanel, tukar password yang telah diberikan oleh pihak admin netkl kepada password yang senang untuk anda ingat dan pastikan segala email yang berkaitan dengan netkl janganlah anda delete, letak di dalam satu folder email anda

Sekian terima kasih, pihak admin melaporkan untuk anda, dan sekiranya anda ada pertanyaan, lontarkan di ruangan komen serta boleh hubungi saya untuk bertanya.

p/s: anda boleh copy artikel ini dengan syarat meletakkan link rujukan blog saya.

Tentang Penulis: Admin

Pemilik blog ini masih lagi bekerja sepenuh masa dan blog ini dibina kerana minat terhadap penulisan serta keinginan untuk terus belajar. Sudah mempunyai isteri dan seorang cahaya mata, untuk biodata penuh boleh lihat Pemilik Blog

53 Maklumbalas kepada: Macam mana nak beli Domain dan Hosting

  • PaleQ berkata:

    assalamualaikum saudara..saya tertarik dgn artikel sedare nih,,mmg sy mencari web hosting,masalah nya begini..skrg,trend tukarkan blogspot ke dot com shja..makna nya pakai hosting berbayar la,,masalah nye,,saya gunakan page blogspot,tpi hostingnya yg beli,,harap sedara paham,,,makna nya,segala urusan edit sy log in ke blogger lagi,cuma domain nye mrsmgemencheh.com so ape nasihat dan pandangan sedara..
    terima kasih

    • Admin berkata:

      macam ni saudara jgn salah faham, hosting dan domain adalah dua perkara yang berbeza, domain ialah nama pengenalan ataupun dgn kata lain alamat rumah la senang

      manakala hosting pula ialah rumah tersebut ataupun tempat penyimpanan data, gambar dan segalanya semasa anda menulis artikel di blog anda.

      ok berbalik pada soalah tukar dot blogspot kepada dot com, memang boleh sbb itu melibatkan domain, bukannya hosting. jadi anda masih boleh menggunakan hosting percuma dari blogspot dan hanya perlu beli domain sahaja.

      Harga domain skrg hanya dalam RM30 je untuk setahun.

      Ok cuma membezakan blog anda dgn yang lain ialah tiada .blogspot.com hanya mrsmgemenceh.com tapi masih menggunakan blogspot sebagai hosting.

      Saya harap saudara jelas dengan jawapan yg diberikan, jika ada pertanyaan, hubungi saya di page hubungi saya

    • Hafriz berkata:

      assalamualaikum bro, nk tanya pasal hosting… boleh x sy bli hosting untuk digunakan pada blogspot?

  • Suhana berkata:

    Assalamu’alaikum ya akhi..

    Alhamdulillah. Kalau dapat bagi 10 bintang, memang saya dah bagi pada blog akh, ^^

    Saya banyak belajar buat website kat blog Akh ni. Ada juga belayar ke website orang lain, namun kat sini senang sikit.

    Hep! Sangat-sangat berterima kasih.

  • sangilapi berkata:

    gua pun langgan netkl ni…..setakat ni memang berpuas hati :)

  • mas berkata:

    macam mana nak gunakan domain netkl. tapi hosting blogspot… ? minta maaf kerana mmg tak tahu guna…

    • Admin berkata:

      beli domain di netkl dan selepas itu log in

      http://www.blogger.com

      masuk ke setting>publishing

      selepas tu klik pada custom domain, masukkan domain yang dibeli

      pastu dkt netkl setkan dns/CNAME dgn nama ini

      ghs.google.com

      save…pastu tunggu sehinggi domain tu direct ke hosting blogspot anda

  • zima berkata:

    saya isi 2x.so ada 2 domain.camna saya nak cancel satu.baru isi tahap Konfigurasi Domain.help

  • Pingback: status blog | REZEKI MURAH

  • venture heritage berkata:

    slm..sy bru buat blog guna wordpress ats tujuan [perniagaan..tp sy xtau sgt cmne nk publish blog sy kt web site..sy try search blog sy kt google..xde pon..so harap dapat bantu..thnks..

  • venture heritage berkata:

    macam mana cara nk submit? kan klo kite nk publish
    blog kite kne ade domain n hosting kn? sy dah buat kat 00webhost..tp mcm mane sy nk msukkn domain tu dlm wordpress..dh try tp xleh..kne tngu 24 jam ke? leh x tlg tunjukkn cara nak wat domain sy valid..sy dh pening pk psl ni..

    • Admin berkata:

      kalau beli domain saja dan gunakan free host mcm ooowebhost tu, memang rumit skit tapi boleh buat

      kn buat manual, uploadkan file wordpress then setup,

  • nor berkata:

    salam, nk tanya sikit saya mmg zero psl domain & hosting ni. tad sdr kata hosting tu harganya RM60/thn, utk continue kita kena byar lagi lakan . berapa sama mcm beli first time jugak ke?klu kita nk beli domain jugak camna ya?

    • Admin berkata:

      setahun rm60, kalau nak renew pun tetap kn rm60

      kalau beli ikut pakej netkl yg saya bagi dkt belah kanan atas tu, domain akan diberikan percuma, jadi hanya bayar rm60 every year

  • Afif berkata:

    saya skrang ada guna hosting 000webhost.. memang uptime guarantee lah..xde down lg stakat ni..domain lak saya pakai co.cc..xde apa2 masalah pun..suma saya pakai free of charge..sape2 yang xde duit tuk sewa domain dan hosting 2 bleh pakai hosting 000webhost.com dan domain dekat co.cc..
    semuanya free..

    • Admin berkata:

      memang benar, tapi kalau yang percuma pasti ada kekangan dan kawalan :)

      betul boleh guna 00webhost dan domain co.cc dan ianya percuma

      • afif berkata:

        sesuai untuk orang baru belajar buat blog cam saya lah. saya pun berhajat nak ada blog dot com sndri cuma xde masa lg skrg.. dalam pencarian hosting dan domain pun mmg netkl terbaik dan termurah dimalaysia. saya xpernah jumpa lg yg plg murah dari netkl..

  • annuar berkata:

    sy ada bli domain dari go daddy tp mcm mn nak jadikan domain sendri…
    saya ada pakai iklan nuffnang..n kalo ada domain sendri traffic akan bertambahbanyak tp mcm mn ya …
    tolong bantu br nk blaja???

    • Admin berkata:

      cuba baca tutorial blog ni, dalam kategori tutorial sy dah buat semuanya, dalam search blog ni pun ada

      kalau dr godaddy kn redirect/setting dns ke blogger.com

      trafik bukan kerja sehari, kena rajin dan banyak lagi membaca

  • Hafriz berkata:

    cONFIUS pasal hosting… nk bli hosting utk guna kt blogspot…boleh ke? Minta nasihat skit..

  • idahsalam berkata:

    tutorial yang sgt bagus. Mudah faham. terima kasih.saya banyak belajar dari sini.
    Entri terbaru dari idahsalam..Siapa Justin Bieber Ni

  • syafira berkata:

    hi…suka baca info kat cni .. emm cuma nak tanya,
    bagaimana dgn choice hosting yg khas utk blogging
    plan.,..?

    yg pakej mywordpress

    • Admin berkata:

      pakej hosting bergantung pada kita nak yg macam mana, kalau nak bljr better amik yg harga murah seperti netkl tawarkan

      • syafira berkata:

        actually saya tgk yg netkl, dia terdapat satu lagi pakej yg mana dia akn install wordpress terus dlm tu, dan harga dia RM70 setahun..emm nak tanya pndapat bro, yg mana satu yg lebih sesuai dan kelebihannya…tq….~
        Entri terbaru dari syafira..100 greatest ROCK ballads oldies

        • Admin berkata:

          beza tak banyak antara pakej rm60 dgn 70, kalau ambil pakej 60 kena install sendiri wordpress tp kalau ambil yg 70 dah siap install blog wordpress dan bandwidht serta kapasiti berbeza sedikit

          kalau nak senang ambil yg pakej 70 sbb terus dpt blog wordpress tp kalau nak belajar setup blog wordpress ambil pakej 60

  • elly berkata:

    Salam admin,

    Sy baru la join n register ke NetKL ni. Ada bbrapa soklan nak tanya seems tak tau sgt pun pasal setting2 ni..sy ada blogspot. Ok skrg ni macam nak transfer kan semua content dalam blogspot tu ke wordpress hosting? Boleh ajar ? Domain sy dah ada sendiri.

  • Ku Azlan berkata:

    Salam saudara Tarmizi.Adakah NetKl menyediakan pakej domain serta hosting sekaligus?Terima kasih.Harap saudara Tarmizi reply ke email saya.

  • Farida Nadzri berkata:

    Wah.. mmg cepat betul la feedback dr Net KL ni..
    best mmg best ! Fast Furious beb !
    Entri terbaru dari Farida Nadzri..Aku sanjung tinggi Dato’ A Samad Said

  • ariza berkata:

    topik artikel saudara nie pencetus minat saya utk memiliki domain sendiri..cumanya,mintak penjelasan lebih lanjut:
    –>kalu saya dah ada hosting sendiri,tang mana nak login..kalu saya beli domain sahaja,hosting tak beli,maknanye saya still login di blogsport or di wordpress
    –>adakah setting dlm blog asal akan berubah bila kita berpindah hosting ?
    –>dari segi editing,mcm mana plak?
    mohon tunjuk ajar

    • Admin berkata:

      salam saudari,

      kalau dah beli hosting sendiri, pihak hosting akan hantar email untuk login….

      ada banyak keadaan sebagai contoh, kalau ada hosting sendiri tapi kalau domain tak der memang tak boleh guna sbb mcm mana hosting tu nak berfungsi kalau domain yg pointkan pada hosting tu tiada

      tetapi kalau beli domain tp tak beli hosting maknanya kat sini saudari kn pointkan domain yg dibeli tadi ke hosting sepert blogspot ataupun wordpress yg free tu

      sekarang ni saudari kn buat keputusan apakah bentuk yg saudari inginkan, kalau untuk login hosting dan domain pihak penyedia hosting akan berikan login di cpanel sebagai contoh http://www.domainanda.com/cpanel dan dkt sini boleh login utk setup blog wordpress

      kalau dah berpindah hosting dr blogspot ke wordpress sudah tentu akan ada perubahan dr segi interface, theme dan sebagainya

      so skrg ni saudari kn decide bentuk mcm mana saudari nak, boleh rujuk pada artikel2 yg sy tulis dlm blog sy

  • ariza berkata:

    tq atas explanation..makin curious,makin excited utk memiliki domain/hosting sendiri..cumanye, saya dlm dilema utk pilih package dari netkl..basic package (mysilver)=rm60 yearly..1 lagi=rm70 yearly utk package blogging plan–>wordpress..the idea is saya nak set up online business..mana 1 yang ideal..soalan curiosity seterusnya-saya observe ramai blogger promote utk switch dari XXXsport ke wordpress (self-hosting) bila dah ada domain sendiri..mohon tunjuk ajar

    • Admin berkata:

      perbezaan pakej untuk mysilver dengan blogger pakej tu ialah yg mysilver tu semua kita kn setup sendiri manakala yg pakej rm70 pihak netkl akan setup untuk kita blog wordpress, kita tinggal touch up dan tukar theme sahaja

      berkenaan pertukaran dr blogspot ke wordpress sy ambil contoh mudah dari segi kawalan, kalau gunakan blogspot kita masih bergantung pada blogspot itu sendiri, maknanya luar kawalan kita kalau blogspot nak tutup blog kita dan sebagainya

      kalau wordpress kita berkuasa sepenuhnya, maksud dkt sini kita tak perlu risau blog kn tutup dan sebagainya selagi kita patuhi syarat yg diberikan oleh penyedia hosting…

  • ariza berkata:

    dah makin faham..terima kasih3x for your fast action…

    • Admin berkata:

      ok sama2

      • ariza berkata:

        saudara admin,netkl dahpun set up wordpress utk domain yg saya request..next step-saya kena import dari blogsport to wordpress, rite??
        kpd rakan2 semua, milikilah domain anda sendiri..ibarat mcm umah sendiri atas nama sendiri dan hiasi umah sendiri tanpa was2..

  • iza berkata:

    Assalam..
    Baru terfikir utk beli domain…
    tengah bersemangat ni tapi rasa sayang pulak kat blog lama…
    50-50 samada nk buka blog baru atau tukar blog lama ke domain…
    tengah cari maklumat sebanyak mungkin…
    nak cuba domain dulu, nanti kalau ada duit lebih boleh la fikir utk hosting sendiri pulak…
    terima kasih atas penerangan tu….
    Entri terbaru dari iza..Dunia Akhir Zaman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge