Macam mana nak buat sticky post

Belajar Wordpress» Tutorial
28/08/2010 | 53 komen »

macam mana nak buat sticky post

Tutorial datang lagi, kali ini aku nak bercerita tentang blog wordpress iaitu bagaimana nak buat feature post ataupun sticky post untuk blog anda. Cuba lihat gambar diatas, post tersebut ialah pada 24 Ogos 2010 tetapi aku letakkan ia sebagai sticky post dan ia akan kekal di homepage blog anda.

Cara untuk membuat sticky post senang sahaja dan anda tak perlukan theme yang canggih manggih dan juga mengunakan plugin, ia hanya sedikit setting semasa ingin publish post tersebut dan siap. Mudah bukan dan anda tak perlu pun menjadi seorang blogger tegar untuk membuatnya.

Sebelum pergi jauh lagi, ada baiknya diterangkan apakah funsi sticky post tersebut. Sticky post digunakan untuk meletakkan mana-mana post di mainpage di atas sekali dan kekal post tersebut sehingga kita merubah kembali menjadi post yang biasa, Terdapat banyak kegunaan sticky post ini dan antaranya ialah untuk tujuan promosi post tersebut dan sebagainya

Ok kita terus pergi kepada langkah-langkah ataupun cara untuk membuat sticky post di blog kamu. Mula-mula ialah apa yang perlu anda lakukan ialah tulis satu artikel terlebih dahulu dan sebelum artikel tersebut di publish anda boleh setkkan supaya post/artikel tersebut akan kekal berada di muka utama blog anda.

Caranya ialah publish post tersebut dan apa yang anda perlu lakukan ialah klik pada kotak tersebut dan publish. Hanya klik pada Visibility dan Edit dan tick pada box tersebut.

sticky post untuk blog wordpress hidup seorang blogger

Seperti gambar di atas, sebelum klik butang publish klik pada visibilty>edit dan paparan gambar dibawah akan keluar dan sticky skit seperti gambar dibawah

cara nak buat sticky post

Setelah tick pada stick post dan klik ok selepas itu siap dan anda boleh publish artikel tersebut untuk melihat hasilnya di dalam blog anda.

Selain itu anda juga boleh membuat sticky post pada post-post yang terdahulu dan tak kisah walapun artikel tersebut berada setahun dalam blog anda. Untuk membuat sticky post pada yang lama langkahnya ialah klik pada quick edit pada post tersebut dan tick pada bahagian sticky post dan update. Lihat contoh post Hidup seorang blogger part 1 dengan menggunakan quick edit seperti gambar di bawah.

membuat sticky post pada blogNampak tak pada garis merah pada gambar di atas? hanya tick pada make this post sticky dan klik update pastu selesai. Diharapkan selepas ini anda boleh mencuba di blog anda sendiri untuk melihat adakah fungsi sticky post ini berkesan ataupun tidak. Ok tamat.

Cerita lain

Semalam semasa aku membuka stastitik pengunjung blog menggunakan awstats terus nampak lucky number 4 haha. Kadang-kadang HIDUP SEORANG BLOGGER ini ada juga manisnya bila secara tidak sengaja dapat melihat nombor yang cantik begitu.

4444 unique visitorTengok unique visitor 4444 yang secara tidak sengaja semasa aku membuka stat awstats ini, terus hati berbunga-bunga di samping peningkatan trafik pada blog ini tetapi dapat screen caputre pada nombor yang kaum cina tidak suka kerana menganggap nombor 4 ialah membawa maksud kematian.

.

.

mijie-harap-harap selepas ini dapat screen capture alexa rank untuk blog ini pula dengan nombor yang cantik :)

Artikel yang berkaitan

Tentang Penulis: Muhammad Tarmizi

Pemilik blog ini masih lagi bekerja sepenuh masa dan blog ini dibina kerana minat terhadap penulisan serta keinginan untuk terus belajar. Sudah mempunyai isteri dan seorang cahaya mata, untuk biodata penuh boleh lihat Pemilik Blog

53 Maklumbalas kepada: Macam mana nak buat sticky post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge