Memiliki Blog Dot Com sendiri murah sebenarnya

Belajar Wordpress
09/02/2010 | 25 komen »

belajar buat blog dot com

Mungkin ramai yang tidak setuju kalau saya katakan memiliki blog dot com sendiri murah, memang betul dan dulu saya sendiri pun akan cakap kalau nak ada blog dot com sendiri mahal sebabnya…

dulu semasa saya belum tahu apa itu blog dengan hosting sendiri dan tak tahu macam mana nak beli domain dot com, saya merasakan ianya mahal kerana pada masa itu, saya tidak mempunyai ilmu mengenai blog dot com ni

Tahukah anda, domain untuk .com .biz sekarang hanya berharga kurang dari RM 30 setahun? murah kan Rokok Dunhill 14 pun RM 6.90 sekotak, 1 kotak x 7 hari = 7 kotak x Rm 6.9= RM 42 seminggu….Rokok pun mahal lagi dari domain .com yang hanya menelan belanja RM 30 setahun, bukan nyer sebulan RM30

Cuba bayangkan kalau nama anda zakaria dan anda beli domain zakaria.com, kan cantik dah indah tu ada domain sendiri dari menggunakan platform blogspot yang mana blog anda pun jadi panjang zakaria.blogspot.com

Dekat mana tu domain murah tak sampai RM 30, ada banyak syarikat hosting yang menjual domain dengan harga tak sampai RM 30, antaranya ialah NetKL.com dimana harga untuk satu domain ialah RM 29.95.

Nah tengok harganya tak sampai RM30 dan saya rasa anda tidak ada alasan untuk memilikinya, at least satu domain pun dah cukup, apa lah sangat RM30 tu kalau nak bandingkan makan KFC untuk 3 orang set dinner plate pun dah cecah RM 30 lebih.

Tetapi itu baru saja domain, anda juga perlu memiliki hosting untuk meletakkan domain anda, senang citer mcm ni lah Domain tu nama pengenalan anda dan hosting tu macam rumah la, dan bila sentuh bab hosting ni makin ramai akan memberi alasan, tak pandai lah nak beli hosting sendiri, mahal la hosting ni

Kalau pergi dekat NetKL.com tu kat situ anda beli jer pakej hosting dengan harga RM60 dan dapat free domain untuk tempoh setahun, so saya rasa kosnya RM 60 untuk setahun tidaklah terlalu mahal bagi saya.

Saya bukanlah agen Netkl ataupun sebagainya, memang ada hosting yang lebih murah harganya, RM 10 setahun pun ada, tapi saya nak rekemen pun malu sebab faham-faham sendiri la, kalau dah murah tu, banyak masalah akan timbul dan dari pengalaman saya sendiri pun memang tidak mengembirakan dengan harga RM10 tetapi servis yang amat teruk.

Jadi untuk mereka yang diluar sana untuk anda memula langkah dan belajar menggunakan blog dot com sendiri, mulakan langkah anda dengan membeli hosting dan domain dot com anda. Kalau tak tahu dan tak pandai banyak ilmu dan maklumat blogger kat malaysia ni yang dikongsi dan google jer.

Selepas ni saya akan tunjuk macam mana cara nak beli domain dan hosting, tunggu artikel seterusnya dari saya, kalau ada sebarang pertanyaan lontarkan di ruangan komen atau klik dekat hubungi saya

Terima Kasih

Tentang Penulis: Admin

Pemilik blog ini masih lagi bekerja sepenuh masa dan blog ini dibina kerana minat terhadap penulisan serta keinginan untuk terus belajar. Sudah mempunyai isteri dan seorang cahaya mata, untuk biodata penuh boleh lihat Pemilik Blog

25 Maklumbalas kepada: Memiliki Blog Dot Com sendiri murah sebenarnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge