Disebakkan kerajinan yang melampau dan sudah tidak boleh sabar untuk aku beritahu rakan-rakan pembaca blog sekalian maka pagi ini sahaja blog ini telah menerbitkan 3 entri termasuk entri ini. Tak pernah aku buat sebelum ni, sebenarnya aku baru sahaja install plugin wordpress untuk memaparkan waktu berbuka puasa dan imsak buatan anak malaysia yang di hasilkan oleh Mr Kay dan Isterinya.
Sebenarnya plugin ini aku dapat tahu melalui blog kakjie yang telah menulis review berkenaan plugin ini. Bersempena bulan ramadhan yang bakal menjelma dalam beberapa hari lagi dan sebagai umat islam aku ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramdhan al mubarak dan plugin ini akan beroperasi selama sebulan di blog ini bagi memudahkan aku dan pengunjung blog yang berada di sekitar daerah tempat tinggal aku
Apa yang sangat dibanggakan ialah plugin ini merupakan plugin buatan anak malaysia yang paling geek (istilah mr kay selalu guna) dalam blog dia kalau berbicara mengenai IT. Jadi bersempena dengan bulan ramadhan ini plugin ini aku rasakan amat sesuai untuk blog ini dan anda semua pun boleh mencubanya. Bila lagi nak pakai plugin anak malaysia yang buat dan nampak tersusun serta kemas. Syabas mr kay dan isteri.
Buat masa ini plugin ini hanya boleh memaparkan waktu berbuka puasa, waktu imsak dan waktu subuh bagi Negara Malaysia sahaja. Waktu-waktu tersebut di ambil daripada website rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) jadi anda tak perlu risau tentang kesahihan maklumat yang dipaparkan.
Cara install plugin ini?
Cara install plugin ini seperti biasa, macam install plugin-plugin yang lain dan kalau anda tak tahu nak install plugin dekat blog wordpress boleh merujuk tutorial install plugin yang telah saya tulis di sini install plugin blog wordpress.
Install plugin ni macam biasa, klik kat Add New plugin dan search ” waktu berbuka” selepas tu klik install, selepas siap install pergi di bahagian Appearance dan klik pada widgets dan drag plugin Waktu Berbuka ke sidebar dan selesai.
Oh ya memandangkan plugin waktu berbuka dan imsak ini lebih penting bila tiba bulan ramadhan (penting time waktu berbuka, hehehe) aku telah alihkan program affiliate dan promote ebook mas kahwin ke bahagian paling bawah. Buat duit dan ke “untungan” bukanlah segala-galanya. Pentingkan yang mana lebih penting.
Ok habis membebel pagi ini, dah penat nak berehat pula
semangat tu…3 entri sekali nafas…hehe
itula pasal, tetiba pagi ni dapat ilham
etomyam slow,lu pulak laju ye mijie
etomyam skrg ni tgh bisnes offline lagi masyukkk tu
wah..aku baru nak tanya camner pasang widget tu, rupanya plugin yer bro…hehehe
steady
hehehe plugin bro, untuk sebulan pakai
sempena ramadhan
menarik, boleh setkan ikut semua kawasan la kot. nak download dulu lah
boleh set untuk semua kawasan diseluruh malaysia mengikut zon yg telah ditetapkan oleh JAKIM
bila tengok gadget bukak puasa tu.rasa tak sabar nak ramadhan :p hehe
blog awk pun dah letak ye, pasni bulan puasa tak leh baca blog selalu nanti terpandang waktu berbuka puasa
gua masih guna plugin lama- plugin azan dari surau/masjid
apapun memang menarik plugin ini tambahan pula dihasilkan oleh anak watan !
siot je
Hahahaha… terbaik dari ladang! kiranya kalau kat sekitar rumah saya ada ler plugin tradisional tu dekat 3 buah speaker. hehe..
plugin lama lagi senang,dila
sumi nak install jugak… nanti sumi instal..sbb dh baca dr sume rblog kisah ini…
bangga kerana ini hasil org melayu!
wah..moga-moga pencipta plug in tu dimurahkan rezeki puasa tahun ni..amin…..
thanks bro sebab mendoakan
ameen
Bro Mijie, thank you sebab share plugin tu.. senang ler nanti saya rujuk jugak.. kadang-kadang tunggu announcement waktu berbuka kat tv sampai terlepas. ni dah duduk depan PC hampir 24 jam, sure tak terlepas! hehe..
terima kasih, ciptaan anak malaysia kita “MADE IN MALAYSIA”
Yay, dah selamat saya letak kat sidebar sempena mula Ramadhan esok
tahniah
Terima kasih banyak2 sbb sudi hebahkan. betul2 terharu dgn sambutan yg di berikan.
sama-sama bro, benda baik memang patut pun disebarkan
Plugin terbaik abad ni hahahahaha. I’allah time pose nanti nk install kat blog saya. Thanks bro sharing yg terbaik!
sama-sama
bagus ada plugin cam gini. meriah lagi blog bulan puasa nanti.
yer betul
wah ada jugak perasan kat blog2 yang lain tuh… hurm mula2 ingatkan bro mijie buat manual je..rupanya plugin ek..
mana buat manual bro, plugin tu
Hohoho, ada dah plugin ni. Terfikir jugak dulu. Tapi tak reti nak buat. TQ2…
senang je bro nak install
wahhh terbaik dari ladang la… sebab saya pengguna wp yang baru
made in malaysia
Thx bro the info..
kena pasang ni sempenan bulan Ramadhan
yer plugin wajib pasang bulan ramadhan ni
kalo buka bersantap yang manis manis
Pingback: Salam Ramadhan 1431H/2010 | aktechpage.com
puasa juga melatih kesabaran dan menguji iman
betul betul betul
Pingback: Wp plugin widget jadual waktu berbuka puasa | vangardx.net
Pingback: hari jumaat
Pingback: Kepentingan membaca ruangan komen dalam artikel blog