Sebenarnya sudah lama NetKL menyediakan pakej blogging ini tapi baru hari ini aku berkesempatan untuk membuat review berkenaan promosi yang NetKL buat ini. Aku rasa mungkin ramai yang dah tahu dan ada juga yang belum tahu berkenaan dengan pakej yang ditawarkan ini.
Pakej Blogging yang ditawarkan oleh NetKL ini pada aku cukup bagus untuk orang baru yang mula nak mempunyai hosting sendiri dan juga domain sendiri. Dengan dua pakej yang ditawarkan iaitu Blogspot dan juga WordPress pada aku ianya cukup menarik.
Sesuai untuk mereka yang baru hendak bermula menggunakan wordpress self hosting dengan domain berbayar dan juga mungkin untuk mereka yang tidak mempunyai masa untuk setup blog wordpress dan hanya perlu bayar sahaja semuanya sudah tersedia.
Pakej pertama yang ditawarkan oleh NetKL ini ialah untuk Blogger/Blogspot dengan hanya mengenakan RM3 untuk proses setup yang akan mereka lakukan iaitu pointkan domain dot com yang dibeli kepada blogspot . Jadi apa yang perlu ialah bayar RM3+Harga Domain dan aku rasa ianya cukup berbaloi untuk mereka yang sudah berhajat untuk mempunyai domain yang berbayar. Untuk maklumat lanjut boleh lihat di sini.
Secara peribadi aku merasakan pakej ini merupakan satu pakej yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana penyedia hosting di Malaysia dan terbaik pada pendapat aku untuk Blogger. Dengan hanya bermodalkan RM 31.60 kos untuk membeli domain dan dengan pakej Blogging ini hanya perlu bayar upah RM 3 sekali seumur hidup untuk mereka transfer domain yang telah dibeli tersebut ke blog blogspot yang sediada.
Untuk pakej yang kedua yang ditawarkan aku rasakan ianya adalah terbaik pernah aku lihat. Apa yang perlu dibuat hanyalah mengeluarkan modal RM70 dan pilih domain yang diinginkan selepas itu semua proses akan dilakukan oleh pihak NetKL. Terbaik dan murah..itu sahaja yang mampu aku katakan.
Kalau nak dibandingkan dengan pakej paling murah di NetKL tawarkan sebelum ini iaitu Basic Hosting yang berharga RM 60 setahun mereka hanya berikan 400MB storan, 7GB Bandwidth tetapi dengan pakej blogging yang mereka tawarkan ini harga hanya beza RM10 ataupun dengan kata lain, tambah RM10 untuk menikmati pakej blog wordpress yang disediakan.
Dengan hanya RM 70 iaitu berbeza hanya RM 10 dengan pakej basic hosting yang ditawarkan. Pihak NetKL menawarkan 500MB storan untuk pakej ini iaitu penambahan sebanyak 100MB dan 10GB Bandwidth yang diberikan pada aku cukup berbaloi tawaran ini kalau nak dibandingkan dengan pakej basic yang mereka ada.
Apa yang pasti pakej blog wordpress yang mereka sediakan ini aku rasakan amatlah murah kerana dengan hanya RM 70, semuanya NetKL lakukan. Setup blog wordpress secara percuma, import post dari blog yang lama sehingga semuanya siap. Bayar RM 70, pilih domain dan terima blog yang sudah siap.
Untuk maklumat lanjut bolehlah melayari laman web NetKL.
.
.
.
mijie-ini bukanlah review berbayar, hanya sekadar berkongsi maklumat kepada semua.
Wahahaha.. Pakej yang menarik & murah!
memang menarik dan murah
Dalam perangcangan nak beli satu lagi domain dan hosting.
ini mesti projek baik ni
Rancang nak beli untuk wife saya,dia tak tahan tengok saya asyik dok depan laptop jer he3..
wah bagus tu, aku pun belum belikan lagi untuk wife aku, hehe setakat ni guna blogspot je dia
hari tu offer dia tak nak lagi
Mijie, hosting nih bleh ltak byk2 domain ker? ke 1 jer
satu sahaja
tak faham
hosting letak banyak2 domain? macamana tu?
ada hosting yang boleh kita letak domain banyak2, sesuai untuk orang yg buat niche blog
hosting letak banyak domain ni maknanya kita beli 1 hosting dan 5 domain kemudian letak semua blog tu kat hosting tu. tapi semua tu kena lihat pada pakej berapa bandwidth sebulan dia bagi dan adakah addon domain dibenarkan atau tidak. letak banyak domain kemudian bandwidth tak cukup pulak, naya karang!
ooo lagu tu, baru la faham
buat blog lagi dan letak pada hosting yang sama
hehehe – thanks
yeke…alaaa…
ala lala la tok, tok jangan saman, haha
dah agak mesti ejon tanya pasal ni
dia memang, hahaha
Salam~
Menarik dah pakej ni. Tak payah pening-pening setup sendiri. NetKL semua buatkan.
Anda hanya perlu berblogging. Hee. ^^
yer betul, tinggal bayar dan blogging je
amat bersetuju bro, kalau Rm70 setahun sebulan jatuh berapa ringgit jer tu..cukuo murah dan patut dicuba ni
tak sampai rm10 je sebulan….memang patut di cuba kalau yang berminat
free domain tu yang saya kurang berkenan! dia bagi murah dan free domain sebab nak mengikat kita.
salah satu cara, tapi pendapat saya pula, dah ok dengan harga tu tak perlu pening nak cari hosting lain dan domain tempat lain
silap-silap netkl buat macam ni atas cadangan lu
…..[gua agak je]
hoho rasanya bukan kot, tapi dulu aku pernah bincang dengan bos dia pasal projek kita dan tanya tentang komisen kalau aku nak buat bisnes blog ni, mungkin dari situ kot idea dia, hehe
cadangan dan hadiah bro joe buat aku faham sikit hal domain dan hosting ni
terima kasih sekali lagi
kalau nak beli hosting untuk satu lagi..
kena kemaskan yang ada sekrang ni dulu..
tak le tamak..hihi
sabar, step by step
betul3..
mantain dulu =)
betul dah tu, nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran
bab-bab nak setup nie memang aku fail, utk blog baru aku tu pun, nasib baik ko yg tolong, kalau takkkk!!!
kalau tak ambil masa lama skit tu je, hehe
ini pakej sudah kira banyak bagus… tak payah pening kepala nak setup blog bagi yang kurang pengalaman. nak setup blog bukan senang bagi yang tak betul-betul tahu. macamana nak buat database, macamana nak tukar permalinks, macamana nak tukar file permission, macamana kalau file.htacess error dan sebagainya..
betul tu, semuanya dah dibuat, tinggal cuci tangan je
salam..
kalau bab hosting tu boleh tak
gunakan platform blogspot?
saya tak pandai guna wordpress ni?
salam zulkbo,
dekat gambar atas tu ada dua pakej sebenarnya tu, satu untuk kekal dengan blogspot tapi guna domain dot com yang berbayar,
pakej ke 2 baru guna wordpress
*wordpress ni senang sebenarnya
Saya sendiri mengunakan NetKL sehingga hari ini saya tidak ada masalah dan harganya pun berpatutan untuk yang mahu mula berjinak-jinak dengan dunia blog
memang untuk starter boleh cuba netkl ni
menarik….pakej blogspot tue baru aku dengar..hehe, lepas nie siapa yang kata wordpress tu susah, boleh guna domain sendiri kat blogspot kan?
itula pasal, ni 1st time aku tengok offer macam tu, lepas ni takder alasan untuk tidak berblog dengan domain sendiri kan, hehe
wahlamak, best la yang baru nak daftar…saye ni guna domain netKL, tapi hosting company len…hmmm, ade kes dulu…hukhuk
em memang best
macam jomhosting gak, best!
memang best
alamak promosi… blog2 lain pun terabai…warrghh..
haha tak per zik, ada peluang boleh la sambar, hehe
Kalau dulu lagi dah ada pakej ni, takdela kau tergagap gagap sampai dua tiga hari untuk stup wp,
biasala kan, saya dulu lagi teruk
ha..ah..very the senang yer..bayar jer..setel
hehe istilah baru, very the senang
kawan abg baru beli hosting, abg dah suruh beli kat NETKL tah dia silap dengar ke apa dia pegi beli kat DATAKL… jadi nena install wordpress secara manual..
alahai, mungkin tak baca dulu kot pasal promo ni
nama pun sama KL, tu pasal lebih suka sms dari call pada hal-hal yg boleh mengundang kekeliruan. Nasib baik kos hosting tu sama .
betul tu, tapi dah beli nak buat mcm mana kan
best ke net kl ni..tapi mmg agak murah berbanding exabytes
murah dan berkuasa
tahun dpn tkr hosting ni plak..hehe..memain je
hehe
mcm mn sy xphm jugak la
Entri terbaru dari annuar..KEBINASAAN KE ATAS MAKHLUK DI ATAS MUKA BUMI
sy ada dua mcm mn cuba bc dan bg pndangan bole tak???harap dpt mmbatu
Entri terbaru dari annuar..KEBINASAAN KE ATAS MAKHLUK DI ATAS MUKA BUMI
apa yang tak faham ni, dua apa? cuba ckp biar jelas
saya ngah mencari ni. tgh menimbang mana hosting yang menarik
Entri terbaru dari nasslimdiet2..Tips diet-mengapa saya selalu lapar dan selera bertambah selepas minum SD2
cari yang murah, reliable dan support dia pantas, itu tips dari saya