Cara untuk menggunakan domain dot com di blogspot

Domain
10/05/2010 | 29 komen »

Cara untuk menggunakan domain.com bagi menggantikan .blogspot.com yang anda gunakan ialah anda terlebih dahulu perlu membuat pembelian domain dot com di mana-mana penyedia atau syarikat domain yang menjual domain.

Harga yang murah dan tempat saya selalu membuat pembelian ialah di NetKL dan merupakan syarikat penyedia di Malaysia. Harga yang ditawarkan untuk domain ialah serendah RM 29.95 sahaja.

Setelah anda selesai membuat pembelian domain apa yang perlu lakukan ialah membuat integrasi antara tempat pembelian domain dan juga dengan blogspot iaitu www.blogger.com supaya domain blogspot yang anda gunakan menjadi .com seperti contoh ini http://www.blogdomain.blogspot.com kepada http://www.bloganda.com

Untuk mengintegrasikan domain dan hosting blogspot perkara yang perlu dilakukan ialah log in ke akaun domain di NetKL dan tukar DNS Server supaya di pointkan kepada server google/blogspot.com anda. Untuk pembelian domain di netkl anda perlu submit ticket di bahagian support untuk mendapatkan password untuk akses kepada domain manager, setelah mendapat password log in ke page ini http://www.dns-diy.net dan masukkan domain serta password yang diberikan oleh NetKL

klik pada gambar untuk besarkan

klik pada gambar untuk besarkan

Seterusnya masukkan setting seperti gambar dibawah

create cname di netkl

klik pada gambar untuk besarkan

Masukkan maklumat seperti contoh di atas

host : www

type : CNAME

data : ghs.google.com

dan klik append untuk meneruskan proses dan langkah seterusnya ialah anda perlu create 4 point ip google untuk membolehkan domain anda  berfungsi nanti, anda boleh rujuk disini http://www.google.com/support/blogger/bin/answer.py?hl=en&answer=55373

lihat contoh gambar dibawah dan masukkan 4 ip tersebut satu persatu

216.239.32.21
216.239.34.21
216.239.36.21
216.239.38.21

Buat satu persatu-satu untuk sehingga selesai ke empat2 ip tersebut

a data untuk blogspot

klik pada gambar untuk besarkan

Sama seperti setup CNAME diatas masukkan maklumat seperti berikut

host : www

type : A

data : ip address iaitu 216.239.32.21 sehingga 216.239.38.21

Setelah selesai setup perkara di atas anda perlu lakukan langkah terakhir untuk setting DNS (Domain Name Server) di bahagian client log in netkl seperti gambar dibawah

setup dns di netkl

klik pada gambar untuk besarkan

Klik pada ruangan yang bertanda merah seperti gambar di atas untuk setup dns supaya domain anda akan dipointkan ke blogspot, masukkan dns yang ini untuk pengguna NetKL

ns1.dns-diy.net

ns2.dns-diy.net

Dan sebagai langkah terakhir ialah anda perlu log in ke www.blogger.com untuk setting

Pada bahagian Dasboard blogspot anda, klik pada bahagian Settings dan klik pada Publishing dan klik Custom Domain seperti gambar di bawah.

switch to advance blogspotKlik switch to advance setting untuk memasukkan domain yang anda beli di NetKL, sekiranya anda berjaya sehingga step ini cuba taip domain yang anda beli di address bar. Ok Selesai.

Artikel yang berkaitan

Tentang Penulis: Muhammad Tarmizi

Pemilik blog ini masih lagi bekerja sepenuh masa dan blog ini dibina kerana minat terhadap penulisan serta keinginan untuk terus belajar. Sudah mempunyai isteri dan seorang cahaya mata, untuk biodata penuh boleh lihat Pemilik Blog

29 Maklumbalas kepada: Cara untuk menggunakan domain dot com di blogspot

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge