Tahun ini giliran raya di Johor dan kebetulan pula sebelum nak raya..kak ipar baru balik dari Newcastle dan terus turun di Lapangan Terbang Senai, Johor. Jadi aku pun ambil cuti hari jumaat dan selasa untuk hari raya kali ini.
Nak dapat cuti kali ini sikit punya susah disebabkan kerja yang banyak dan kebetulan pula semenjak 2, 3 minggu ini aku sibuk dengan kursus sana sini, tapi dapat juga cuti last minit dan rancangnya nak balik awal pada hari khamis tu tetapi dekat pukul 6 petang baru selesai kerja.
Sampai rumah aku terus bersiap dan 6.45 petang terus keluar rumah dan menghala terus ke airport senai sebab bini aku dah tak sabar nak jemput kakak sulong dia tu, tapi alhamdulillah perjalanan tidak jem macam abang kita azman ishak tu, kalau tak memang tak sempat nak sampai airport senai. Sampai di airport senai pukul 9.30 malam, laju skit la bawak.
Lepas dah selesai semua balik kampung mentua pagi esoknya dan sehari sebelum nak raya orang sibuk buat persiapan raya aku masuk kebun mentua sambil bawak kamera untuk capture bebarapa keping gambar. Masa tu niatnya nak ambil gambar burung tapi takder pulak time aku bawak kamera, bila tak bawah kamera bukan main banyak lagi burung.
Bila tak dapat burung, rama-rama dengan pepatung la yang aku dapat ambil, nak zoom jauh-jauh lense pendek je tak boleh nak lawan lense azman ishak kalau dia masuk hutan dia bawak 210mm. Ok sila komen hasil sekeping dua yang tak berapa ni.
Bila dah boring sebab tak dapat tangkap gambar burung aku pun ambil gambar kucing, tengok telatah anak kucing memang menghiburkan dan buat aku tersenyum sorang-sorang.
” Minggu depan ingat nak buat outing untuk fotografi dekat KL, ada sesiapa nak join tak? Nanti Azman Ishak jadi ketua kita, dia sifu tu.”
Nota : Ada beberapa keping lagi gambar tapi malas nak masukkan dalam entri ni sebab tak kena dengan tajuk, tunggu next entri pula untuk beberapa keping lagi gambar.
Sekarang dah makin maju kan. aku nampak gambar hang lain dah la ni. mungkin pasal ade texting compare to normal watermark. cun le beb. so tak perlu dah nak letak image captoion. nice nice dah ni. ok. So aku akan komen start dari gambar atas sekali sampai bawah ye.
1st… nak ucap time kasih pasal komen kat blog aku tanpa rasa segan silu. serries aku appreciate.
2. Gambar nombor 1 – Cun gile la untuk aku compo dia.. but.. kalau di kebawahkan sikit dan kurangkan sikit space pada ruang atas.. aku rasa kompo hang menarik. kan kita ade 3rules tu… so bahagikan screen kepada 3 bahagian.
3. Kenapa ye.. gambar kita untuk no 2 memang kelaut? hahaha.. jangan marah bro. aku hampir tak perasan mane satu rama-rama yang hang maksudkan tu. Kalau untuk subjek macam ni.. aku rasa hang perlu dekatkan lagi kamera tu. pas tu kecikkan DOF hang (Wide Aperture… mungkin :p aku pon tak pandai)
4. ni melampau ni nak komen. hahaha bukan balas dendam ye… Gambar pepatung tu. cam ngadap bontot. asal hang tak pusing tangkap dari depan? susah? ye… itu la aku rasakan. tension gile nak dapatkan angel pepatung dowh.
5. gambar kucing agak menarik. tapi mata dia over-exposed. nampak cam kucing tu cacat. siannn dia… tapi moment dalam gambar tu tell lot of story… aku suke scenes tu beb.
p/s: gambar pepatung tu… kalau hang pakai ISO rendah.. (100 – 200) hang snap sedekat mungkin. kene sabar la.. lepas tu… crop bahagian kepala ke kepak untuk dapatkan macro zoom. lepas tu baru resire gambar untuk scale same dengan size width blog. itu je la teknik yang aku buat kat pepatung aku. ahaha.. kene skill sikit la kan sebab aku pakai kamera murah.. tak macam hang. lol~
Entri terbaru dari Azman Ishak..Semalam balik pahang.. Hari ni dah balik Kolumpo!
gambar kedua tu aku tahu dah kalut tp aku nak masukkan juga dlm entri ni, memang masa nak snap rama-rama tu sikit punya susah
kn lak kaler putih lagi la susah nak dpt focus, pastu bila aku dekat dia lari, bila dpt dekat nak snap tak boleh guna auto focus, last2 aku zoom je tu dr jauh skit…dah hasilnya mmg hancur pun…
pasal pepatung tu, dah berapa kali tu aku cuba, aku gi depan dia lari memang hampeh, dok dalam kebun nak jalan penuh ranting kayu bagai lagi….
ok thanks sbb komen, akan diperbaiki lagi lepas ni
Kadang-kadang tidak perlu pergi jauh hanya disekitar rumah kita boleh abadaikan subjek yang mempunyai karektor tersendiri
betul tu bro, cuma kesuntukkan masa je nak cari subjek
Saya suka kucing! Hehehe!
Entri terbaru dari Dila.13..5 Tips Menulis Ketika Bertugas Di Luar
sy pun suka kucing, anak sy pun suka kucing, hehe
heiii… jgn ckp mata dia cacat…..”cian,,,dia…”,kata fahim.
hehe hai mama
raya sakan korang..hihi
Entri terbaru dari Kujie..Burung Layang-layang Regency Jerai Hill Resort
haha kakjie lagi la raya sambil jalan2, jeles tau tengok org naik gunung jerai tu, sy naik sana masa tahun 1999 last
bokeh cantik tu..
gambar rama-rama dengan bunga nampak sama,takde kontra.. kalau highlight kan salah satu mungkin lebih menyerlah..
Entri terbaru dari Izwan..16 Cadangan Plugin WordPress Penting Untuk Blog
huh!comel2 belako gamba demo snap!
Entri terbaru dari yusri..Luzilicious
Salam,
Okeh serius gambar kucing tu memang terbaik hahahha, comel sangat
Entri terbaru dari yanmie..Belajar Fotografi – Teknik Bokeh