Artikel ini ditujukan untuk mereka yang masih lagi baru dalam dunia internet dan masih tidak tahu untuk membuat langkah permulaan, mungkin bagi mereka yang sudah mempunyai blog dan memang mahir serta mempunyai ebook sendiri, produk sendiri, perkhidmatan sendiri ataupun sudah ada laman web jualan sendiri
Artikel ini juga bukan ditujukan kepada yang dah mahir dan otai blogger seperti saudara rohaizad yang memang dah mantap, kak jie yang memang dah glamer dengan blognya, madlut yang sudah mula mengorak langkah, cik faezon kita yang memang dah ada hala tuju dengan blognya, akmal yang sudah mantap, boss lagi lah dah masuk berkepul-kepul dengan duit paypal serta sangilapi seorang tukang kasut serta rakan-rakan lain yang mahir dengan blog.
Artikel ini ditujukan buat anda yang baru pertama kali mengenali dunia blog, website ataupun sebagainya yang telah memulakan langkah pertama membeli domain dot com sendiri serta menggunakan hosting sendiri.
Kalau sebelum ini saya sudah menulis artikel Memiliki domain dot com sendiri murah sebenarnya dan Macam mana nak beli Domain dan Hosting, namun pada kali ini saya pergi kepada persoalan pengunjung blog ini yang telah menghubungi saya bertanyakan apakah tindakan yang harus dilakukan setelah mempunyai domain dan hosting sendiri. terima kasih kepada nelson kerana bertanyakan soalan dibawah dan saya terbitkan satu entri ini khas untuk anda serta kepada pengunjung blog ini.
Baiklah saya akan membincangkan secara ringkas apakah tindakan yang perlu anda lakukan setelah membeli domain dan hosting sendiri dan tidak tahu dimana untuk bermula. Saya dulu pun pernah melaluinya sewaktu mula mengenali blog dan setiap hari saya mencari maklumat di internet dengan melayari blog-blog tempatan untuk mengetahui apakah langkah yang perlu dilakukan.
Kali ini saya cuba menyenaraikan apa yang perlu dilakukan selepas membeli domain dan hosting tetapi masih lagi buntu untuk memulakan langkah pertama.
#1 Lakaran tentang konsep yang dinginkan.
Sebelum memulakan langkah pertama saya terlebih dahulu membuat lakaran ataupun peta minda apakah yang akan saya lakukan dan halatuju saya. Langkah ini penting bagi saya kerana ia akan menentukan ke mana arah yang akan saya tujui (lebih kurang macam matlamat la). Disinilah keputusan perlu dibuat samada nak masuk dalam dunia blogging, penjual ebook dan sebagainya.
#2 Merangka strategi yang perlu dilakukan
Setelah keputusan dibuat sebagai contoh saya telah membuat keputusan untuk memasuki dunia blogging dan saya mula mengumpul maklumat dan apakah yang perlu ada untuk memiliki blog. Saya senaraikan platform yang akan saya gunakan untuk buat blog. Setakat yang saya tahu iaitu platform wordpress, blogspot dan juga joomla.
Disini lah saya mula mengkaji apakah kelebihan dan kekurangan yang ada dalam platform wordpress, blogspot dan joomla dan keputusan yang dibuat ialah menggunakan platform wordpress kerana terdapat banyak kelebihan yang ada pada wordpress berbanding dengan yang lain.
Jadi kepada semua buatlah keputusan apakah platform yang ingin anda pilih sekiranya anda membuat keputusan untuk berblogging dan pada pandangan peribadi saya platform wordpress adalah yang terbaik setakat ini yang saya gunakan. Saya pernah menggunakan blogspot dan sekarang pun masih lagi guna blogspot untuk blog-blog lama saya.
#3 Mula belajar platform yang anda pilih
Bahagian akhir yang saya lakukan apabila telah memilih wordpress sebagai platfrom untuk berblog, disini saya mula belajar untuk menggunakan wordpress, belajar bagaimana untuk install blog wordpress secara manual, install plugin untuk blog wordpress, mengetahui langkah menukar theme blog wordpress tanpa ftp dan sebagainya.
Bahagian terakhir ini tidak akan berhenti kerana disini saya mula menulis blog, belajar seo dan setiap hari saya belajar mengenai wordpress untuk memahirkan lagi penggunaan blog wordpress
Kesimpulannya, untuk anda yang masih lagi baru dan mahukan langkah pertama dalam berblogging belajar satu demi satu dan seterusnya jangan berhenti belajar.
tanamkan minat yang mendalam terhadap blog anda
ok sekian sahaja entri yang cukup panjang dan tanpa gambar-gambar yang indah
panjangnya nama domain awak
tu nasib tak masuk bin lagi.. kalau masuk lagi la panjang…
hahaha..boss ni..lawak betul laa..hihi
hahaha boss ko memang mantap la
panjang? memang panjang pun
gua masih newbie lah,mijie…namun article ni mengingatkan gua agar menilai semula arah tuju gua dalam berblogging…memperbaiki mana-mana yang masih terkurang
lu dah memang hebat bro, ada sesuatu yg buat aku kagum dengam bro…
Apa yg penting, minat nak tahu.
betul tu, minat tambah usaha
salam bro mijie….hehe..thanz r sb postkan tips ni..amat2 berharga wt newbie cm sy…
sama2
Tukar2 pendapat dan ilmu dengan kawan2 sentiasa…..
betul tu, sharing is caring
kepada bro mijie..thanz a lot.terharu sgt2 ngn post ni(cm kenal je soklan email 2)….arap kengkawan dpt stay n menyokong bro mijie…i will do my bez bro!..
memang bro nyer email la tu
salam…
terima kasih dengan tips yang berguna nie..
sesuai untuk saya yang masih baru..
sama-sama, sy tgk qaseh nyer blog pun dah mantap
Bersama-sama kita manfaatkan info yg sungguh berguna…
yg elok amik yang tak elok jadikan sempadan
start dengan wordpress.. paling mudah.. dan simple.. most problogger use it!
betul ckp boss, start dgn wordpress
terima kasih mijie..bagi ingatan kat aku yg selalu terlupe arah tuju blogging nie..mijie mmg cool macam name blognye..:D
hahaha, cool ke? menulis mengikut apa yang dirasai
sungguh hebat blog ini, keep it up
salamm,
salam
biasa je
salam..
ya..memag sesuai utk orang macam suri ni..huhuhu..
ilmu mmg elok di manfaatkan sgn sebaiknya
betul tu, ilmu yg baik kn amik….apa yg tak elok sy tulis jgn ikut
bro memang sempoi…. bagus tips macam nie…
ini je yg mampu disumbangkan
baru dapat baca post nih. best jugak ada org tolong tunjuk jalan sekali-sekala dari terkial-kial nak kena fikir, apa nak buat yer. Thanks for the sharing Mijie. Ha, lagi satu, Thanks jugak selit sikit2 nama kite yer..hihi..suka nya.. =)
baru dpt baca? naper ye…hehehe
sajer nak selit, org berbudi kita berbahasa
“Akmal yang sudah mantap”
Mantap tang mana tu??
Apa yg penting, tanamkan minat dalam membuat sesuatu perkara…insya allah akan membuahkan hasil
blog yg menarik
Pingback: Tweets that mention Perkara yang perlu dibuat selepas beli domain dan hosting -- Topsy.com
hehe..wordpress memang banyak kelebihannya, kalau nk belajar blog wordpress dari segi teknikal, bleh buat blog simulasi dulu..hehe
(sebenarnya baru sempat baca artikel nie hari nie, sebab dlm 2 3 hari nie dok mengadap coding theme je, sbb x puas ati blog tech mijie sgt kemas..haha, jgn marah mijie, sy spy blog tech mijie..hehe)…:)
And lagi sekali , Thanks share trafikk..hehe….:)
oh ho…patutlah
em heheh blog tech tu kn silent kat sini, sbb tu projek SSB, heheheeh
kemas ke? kalau nak tahu nanti kita google talk k
Info yang mantap bro..Sure newbie akan cari info sebegini…
itulah…untuk newbie la ni
wordpress nie mmg friendly pasal dia pakai plug-in saja..dulu aku pakai jomla, mmg tak berapa friendly…
itula pasal
wahhhhh.. sangat berguna! Ann baru pindah ke wp semalam.. aaaa excited nak transfer dr entri2 dr blogspot ni. tp kena tunggu server stabil la plak… nanti bolehlah minta tunjuk ajarku sifu ya.. heheheee.. tq tq tq tq.
ann tahniah, saya dah tgk blog awk tu, masih belum tukar theme lagi yer…tak per take time to learn wp dulu, nanti dah ready selongkar blog ni..
kalau nak tukar theme pun sy dah tulis tutorial, plugin dan sebagainya..
oh ya lagi satu kan, kalau boleh delete semua kategori, pastu buatkan kategori yg khusus untuk blog awk tu
biasalah kalau sedut artikel dari blogspot yg lama memang dia jadi mcm tu
ok…memang nak buat pasni.. haha.. sebab tadi pun admin netkl yg tlg transferkan.. sy mana la reti hal2 camni, tp nk belajar cabar diri punya pasal. Anything is possible kan..
Malam ni bolehlah godek2 sini..
first time masuk sini, aku suka la…. banyak info tentang ber”blogging” untuk aku belajar… terima kasih bro…. Alhamdulillah..!! masih ada orang yang ikhlas menurunkan ilmu untuk manafaat semua…TQ!!!
sama2, selamat menjelajah ke dunia baru
first2 ada jugal wordpress punya blog. tapi time tu rasa macam susah., (mmg betul2 tak tau la orang kate..) so, berpindah ke blogspot dan masih kekal sampai sekarang…
yang ni kena faham, wordpress yang self hosting then berbeza dengan wordpress.com tu
thanks.. dh faham la sikit..
okies
thanks bro mijie. lepas ni bleh la saya belajar tutorial yang ada kat sini. skang ngah buat plan n susunatu untuk blog baru
Entri terbaru dari nasslimdiet2..Tips diet-mengapa saya selalu lapar dan selera bertambah selepas minum SD2
selamat membaca