Sebagai manusia yang hidup dalam dunia yang dipinjamkan oleh Allah yang hanya sementara sahaja ini dan kita sebagai khalifah yang diamanahkan untuk menjaga bumi ini seharusnya bersyukur dengan pemberian Allah kepada kita. Rezeki yang Allah berikan kepada kita untuk meneruskan kelangsungan hidup sepatutnya kita perlu mensyukurinya.
Kisah bersyukur dengan rezeki Allah ini adalah satu kisah benar yang aku olah untuk disesuaikan dalam blog ini tanpa ada penambah perisa untuk menyedapkan cerita. Cuma ayat mungkin berbeza tetapi ceritanya tetap sama sepertimana yang dilalui. Kisah ini bermula diantara dua insan yang kenal hanya melalui alam maya dan merupakan perbualan kali pertama di alam maya antara dua insin ini. Aku namakan dua insan tersebut Si A dan juga Si B.
Si A : Assalamualaikum
Si B : Waalaikumussalam
Si A : Apa khabar? Dah makan malam?
Si B : Sihat, baru je lepas makan.
Si A : Makan apa? Mesti sedap kan makan bersama isteri dan anak-anak
Si B : Makan Nasi lauk ikan cencaru masak sambal dengan sayur cendawan, alhamdulillah dapat lagi makan masakan isteri
Si A : Awak kerja apa?
Si B : Saya kerja kerajaan
Si A : Awak tak nak ke ubah kehidupan awak kepada lebih baik?
Wah, dalam hati si B ini terus timbul tanda tanya, baru je kali pertama chatting dan tidak pernah pun berjumpa dan tahu kisah hidup Si B ini tapi Si A ni tahu ke hidup Si B sekarang tidak baik. Itu dalam hati Si B sahaja. Dalam keadaan perasaaan bercampur baur si B memikirkan apakah jawapan yang sesuai untuk diberikan. Ikutkan hati Si B tu, nak je dia jawab, eh kita baru kenal malam ni tapi awak dah tahu hidup saya sekarang tidak baik. Si B meneruskan lagi sesi sembang tersebut dengan jawapan
Si B : Alhamdulillah kehidupan saya sekarang bahagia bersama isteri dan juga anak, syukur dengan rezeki Allah berikan pada kami.
Si A : Isteri awak kerja?
Si B : Isteri saya buat masa sekarang belum bekerja, sedang memberikan tumpuan sepenuhnya kepada anak kami yang baru tengah nak membesar.
Si A : Oooo..kalau macam tu boleh la suruh isteri awak buat biz (Bisnes).
Si B : Saya rasa isteri saya tidak mempunyai masa untuk buat bisnes, banyak kerja di rumah yang perlu dia buat, basuh baju, kemas rumah, mendidik anak, memasak. Jadi saya rasa nak buat bisnes belum sampai masa lagi lah.
Si A : Awak tak nak $$$(Duit) lebih ke? Untuk kehidupan awak. Cukup ke gaji awak kerja sekarang.
Si B : Alhamdulillah dengan gaji yang saya terima sekarang masih lagi mampu untuk membayar keperluan kami sekeluarga dan rasanya duit banyak mana pun tak cukup.
Nampaknya Si B sudah tahu akan maksud Si A yang cuba untuk menyogok dengan cerita tentang duit lebih, kehidupan yang lebih baik. Tapi Si B tetap melayan Si A dan ingin melihat apakah yang Si A inginkan.
Si A : Awak pernah dengan tak bisnes ni NX XXXXXX?
Si B : Oh pasal bisnes tu yer, pernah dengar, tiap-tiap minggu keluar Surat Khabar Harian Metro dalam ruangan Advetorial (Iklan).
Si A : Memang bisnes NX XXXXXX ni makin maju dan terkenal, dapat menjana wang tanpa perlu bekerja. Tak perlu pun cari orang. Bukan macam MLM.
Si B : Sebenarnya maaf cakap lah, terus terang saya memang tak berminat bisnes seperti MLM ni, dari tahun 2000 lagi saya dah kenal MLM.
Si A : Tapi bisnes ni bukan MLM tak perlu keluar cari orang dan pasang kaki pun, hanya dapatkan dua orang untuk daftar dibawah awak dan lepas tu awak akan terima income setiap bulan.
Dalam hati Si B, eh tadi cakap tak perlu cari orang, bukan MLM tapi kenapa nak kena dapatkan 2 orang berdaftar dibawah kita.
Si B : Maknanya kena cari juga kan 2 orang untuk berdaftar bawah kita. Maaflah saya memang tak berminat dengan bisnes macam ni.
Si A : Em, bukan kena cari orang pun hanya dapatkan rakan-rakan 2 orang dan berdaftar bawah awak. Cukuplah
Si B : Sebenarnya saya tak berminat bisnes macam ni, nak kena cari rakan untuk berdaftar dibawah saya dan tadi awak kata tak kena cari orang, habis tu yang awak lakukan sekarang ni, tengah bercakap dan cuba ajak saya join bisnes awak tu bukan ke cari orang namanya tu?
Si A : Bisnes ni tidak perlu sepenuh masa pun, awak boleh buat part time je walaupun awak kerja full time sekarang ni
Si B : Bukan tak nak, lagipun saya kerja sepenuh masa sekarang ni dan bila balik kerja saya pun ada buat bisnes juga sekarang ni.
Si A : Awak tak nak ke pergi haji percuma, kereta free dan rumah free?
Dalam hati Si B lagi, eh kesitu pula dia ni, alih topik pula, soalah kita kata atas tu tidak dijawabnya. Tapi Si B meneruskan perbulaan
Si B : Buat masa sekarang saya belum bersedia lagi untuk pergi haji sebab nak pergi haji hati kena ikhlas dan suci, niat tu memang ada dan bulan lepas kami sekeluarga dah pun buka buku Tabung Haji, pasal kereta tu, cukuplah dengan kereta yang kami ada sekarang ni dan saya masih lagi mampu untuk bayar secara bulanan. Pasal rumah pula kami pun dalam proses nak membeli rumah sekarang ni.
Si A : Memang orang yang tak nak berjaya dan tak nak kehidupan yang lebih baik akan banyak berikan alasan.
Si B : Eh, saya bukan beri alasan, tapi saya berterus terang buat masa ini saya belum berminat dan itu bukan alasan itu adalah hakikat sebenar.
Si A : Tak per lah, kalau awak tak berminat, ramai lagi orang yang berminat untuk merubah hidup mereka.
Si B : Bukan tak berminat tapi macam saya cakap kat atas tu lah, saya kerja full time dan ada masa saya pun buat bisnes saya sekarang ni. Itupun tak terbuat juga kadang-kadang, kerja yang customer bagi pun kadang-kadang lambat.
Si A : Awak marah ke ni?
Si B : Eh, siapa marah siapa ni, buat apa saya nak marah awak, apa yang saya dapat dan lagipun kita baru je kenal kan.
Si A : Em ok lah kalau macam tu.
Si B : Ok, good luck untuk bisnes awak tu…
Diam seketika..
Si A : Actually awak buat bisnes apa?
Si B : Sebenarnya saya buat bisnes setup blog, Consultant untuk blog, servis blog dan perkara yang berkaitan dengan internet.
Si A : Oooo
Si B : Kalau awak nak buat blog dan nak ranking blog awak di 1st page google nanti bagitaulah saya.
Si A : Ok, saya nak keluar dulu ni, nak gi jumpa prospek untuk bisnes saya ni.
Si B : Ok, kalau awak nak lihat hasil kerja saya boleh la lihat link di SINI
Si A : Ok salam
Si B : Salam
Ok perbualan antara Si A dan juga Si B tamat disitu, dalam hati Si B terfikir tentang erti bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan dan juga melihat ragam manusia bila bercakap mengenai DUIT.
Moral of the story : Entri ini pun dah cukup panjang dan aku pun tak nak ulas menjadi lebih panjang. Aku serahkan kepada kamu semua untuk ulas diruangan komen. Cuba lihat apa kaitan antara tajuk entri ini dengan kisah diatas.
aku paling bosan bila jumpa orang yang macam tu.. come on la ..kalau nak bisness ..bisness la betul2.. biasa la tu nak tarik org gomen.. jaga2…
aku dah lali dah boss
aku org gomen. meh aku nak helo dia sembang plak. hehehe… chat kat mana tu yer?
dekat facebook
itu dinamakan gelojoh, baru sekali jumpa online dah nak sponsor masuk biz dia. banyak kali juga jumpa orang macam ni. kita cerita sebenar, dia kata alasan, kita menolak dia kata negatif dan macam-macam lagilah.
tahniah atas post tentang iklan pixel, dah dok kat first page paling atas pulak tu…
terima kasih bang, saya cuba menjadi nuetral dan harap dia memahami apa yang saya nak sampaikan
saya suka dengar org mcm nie explain. last skali baru tolak. byk info kita dpt kalau kita mendengar.
aku kalau banyak masa memang layan je, tapi kalau busy minta maaf la
wah semakin aggresif kaedah mencari pelanggan sekarang ni ek…
itulah, kadang-kadang add di FB sebab ada udang di sebalik batu
aku kalau ada yg nak add tapi tak letak gambar betul atau guna nama pelik2 memang tak layan, mesti ada tujuan lain tu
aku accept jer sapa yg add aku. kalau dia x iklan kat aku. dia yg baca iklan aku. hehehe.. tadak kisah punya.
hehe bagus juga kalau macam tu
Pelbagai ragam sekarang ni, orang-orang macam ni kekadang menyusahkan pun ada, disebabkan terlalu dia nak buat duit, sambil sanggup berdolak dalik dengan apa yang diorang kata. Sekejap kata tak perlu ada Y, pastu dah lama, perlu plaks ada Y.
dunia sekarang, bila berpaksikan pada duit semuanya nampak betul eizil
salam..
ermmm..tektik nak meniaga la tu
pedulikkan..saya pun selalu kena
bengang gak…bersyukurlah apa yang
kita ada kan?
bersyukur dengan apa yang kita ada, bukan tak nak kaya tetapi biarlah diri kita dulu bersedia untuk menerimanya, takut nanti kufur nikmat
bimbang juga nanti jadi tak tentu arah kerana terlampau kaya
hilang segala nikmat
betul tu, bila dah kaya nanti takut lupa diri
aku dah berpuluh kali jumpa orang macam tu….banyak kali..sampai yang talipon pun ada
ragam dunia, haha
Hahhh!!!, memang bosan kalau jumpa orang macam tu. Malas nak layan. Kdg2 mulut ja manis.
p.s: 2 dlm 1 tu Bro.
manis mulut di pinggir bibir
pribahasa ka nie?
hahaha main sebat je peribahasa tu
semestinya..
harap cakap je lebat, isi tak de..
ble belah..haha
kadang2 mereka dah rasa mereka betul
ha ah betul tu bro.
kita bangkang sikit mula la nak melenting apa la semua tu..
kalau nak tahu ciri-ciri geng MLM, semua kita cakap salah dan mereka je yang betul
hehehe…mijie, kejadian benarkah nih?
kejadian ini benar wahai cik ejon, blog sy bukan blog mereka cerita, hehe
Salam,
Saya selalu sangat jumpa orang macam ni,mereka ni telah diajar cara untuk tackle prospek,mereka pandai mainkan emosi kita…
Bila saya kena macam tu,saya kata,saya tak ada duit untuk nak sertai biz mr/ms,terus dia jadi slow/down.sebab dia dah tahu kita tak berduit he3..buat apa nak jual lagi,buang masa jer kan
Setuju 100%. Mereka sudah diajar untuk bermain2 dengan emosi seseorang.
kadang2 bila bermain dengan emosi mereka pula yang akan beremosi
Hmm, betul juga tu.
setuju tu, tapi kakitangan kerajaan diberikan tumpuan sebab senang nak buat loan
berbagai cara manusia ni nak buat duit cuma kadang ilmu kurang je sehingga langgar etika yg betul
tapi mereka rasa mereka dah betul :0
longtail keyword revealed. “cara baru pengiklanan”
bagus seo article pixel iklan tu ek. nanti aku try kaji article tu. untuk santapan minda aku. thanks.
p/s: asyik belajar ja. bila nak buat post baru kat blog sendiri ntah.
hehe tuntutlah ilmu sampai ke negara china
sebenarnya macam ni bro..
diorang yg buat biz macam ni masih tercari2 langkah supaya biz diorang lancar je..
sy pun dulu ada masuk e-mall, pastu hampeh je sebabnya satu je…MALAS..diorang ni rajin cari client sebabtu maybe nak tarik bro sekali..
ikut orang lain caranya cari rezeki..
nak cari downline
Kalau minat boleh layan.. kalau tak minat, boleh blah.
sangat setuju
nyampah tahap gaban ngan orang yang suka push-push orang utk join diorang. nape awak tak sepak je montot dia mijie?? hahahah
sebab di alam maya, jadi tak mampu untuk saya sepak montot dia
macam2 taktik sekarang ni..aku macam bro jugak..sehingga saat ni..mmg tak minat ngn mlm..
kalau difikir duit…sampai bilapun tak habis…
aku tak sanggup korbankan masa aku semata-mata nak dapatkan duit lebih…so aku faham dgn apa yg bro cuba sampaikan..
terima kasih bro mijie
terima kasih kerana memahami
itu yang saya nak sampaikan sebenarnya
Paling menyampah bila kawan sekerja sendiri yang pekena kita..huhu..sy baru jer terkena 2minggu lepas..kawan sekerja tuh..tak suspect apa pun ajak pergi minum…memang rumah dia jauh, so, kita ni pikir la kawan punya hal, dok jauh, dia pulak lebih tua, so, pergi la jugak..kena pulak time tu nak kuar makan..mula-mula ingat dia datang sorang…tunggu dalam 10min lepas order makan, tup2 datang BMW 5series depan meja makan tuh, tengok2 member ni buat terkejut cakap tu kawan dia…huh…baru kenalkan diri, pastu terus tanya kerja apa macam…soal siasat kalah polis..tanya cukup makan ke tak, last2 otak ni dapat tangkap terus je sound direct.. ‘alo bro, aku bukan nak kurang ajar, aku datang nak makan, bukan nak dengar ko nak petikai kerja aku..kalau kerja ko cari orang untuk dapat duit, aku mintak maap..aku kerja shif, aku tak buat overtime langsung, tapi aku buat internet pun lebih dari gaji aku, aku tak petikai kerja orang lain…nak tau ke berapa income aku sebulan?nak tengok cek?terus terdiam 4orang tuh…
tanpa segan silu, aku pun melahap makanan aku tuh secepat mungkin, bayar dan blah…hangin giler..esoknya masuk kerja, aku pun siasat, rupanya kawan aku nih mmg geng MLM..dia dah aim aku lama sebab nak tarik aku join diorang sebab tengok macam aku berduit…hangin satu badan, lepas pada tu terus tak bertegur dah…huhu…patut la dorang bersungguh, melabur sampai RM36ribu!giler….
cerita lebih kurang sama kan?ni la taktik geng-geng MLM…..makin menyampah..kalau produk tu berguna dan kena pada harga takpe gak…
ops…panjang pulak komen..hehe
perghh…memang sempoi cara bro tu. diorang ni memang kite kene buat macam tu. kalau kite tak buat macam tu kat diorang. macam-macam la yang diorang akan buat untuk kite join Biz yang diorang buat. kalau modal tu munasabah ok la jugak. ni tak, melampau-melampau modalnye.
modal nak buat biz jual burger pun xder la byk sampai macam tu skali. memang patut pun bro kene buat macam tu kat orang-orang MLM yang tak betul nie.
selalunya modal bisnes dioarang mesti melebihi 1000 keatas
fuh..ini betul-betul pengalaman manis ni bro
adat dunia kan
Hehe..sangat manis bro..sampai harini mamat tu walaupun keje sekali, dia tak tegur dah…nasiblah shif dah bertukar ;p
hahaha mesti dia malu kan
hehehe…salah satu nikmat hidup…menyakitkan hati orang…tapi ok la tu klu tujuan nye betul…ahaks
hehe
kena bersyukur..tempat lain perang je
dalam maksudnya tu, hehe
andai bersyukur dalam erti kata sebenar insyaallah akan ditambahkanNya
*rezeki bukan hanya semata-mata duit*
aku kagum dengan mu wahai abg joe
itulah sebabnya kita perlu bersyukur
aiyoo susahnya sekarang nie… member2 dah tak ngan ..sebab pasal nielah… uhu
betul tu, kadang-kadang boleh hilang kawan
Salam;
De orang berniat baik, nak bantu supaya kualiti kita meningkat. Dia cuba2 nak tawar kan sesuatu yg ok, kita kena lah cool dan dengar jer, tak rugi. Memang setengah tu minda takde klas, cakap tak jaga hati kawan, tapi kita ni minda kelas baik punye dah matang , cool jer laa.
Lasli kita kata tengah uruskan bisnes kita yang dah 4 , 5 dsb dah nak taget 6 , 7 angka dsb . . he he.
De orang suka tawarkan peluang kan.
Kita kena ingat gak, dia nak tawarkan kebaikan – sunah (beniaga), bukan ajak kita buat tak baik, sebaiknya dengar dulu.. Tapi banyak orang kita ni yang tak mau usaha lebih, setakat cukup le .. cukup ler . . tapi bila perlu duit, anak sekolah, anak sakit kena operate dan macam lagi . . pening kepala mintak derma . kutip derma dll, kasian kan.
Eloknya kalo kerja halal tu kita tanya camna kalo saya nak buat , camne saya nak maju dan hebat, dia kan kasi jalan itu dan ini . . pas 2 , kita analisa dalam otak kita ok ke tak .
memang betul, kita patut dengar dan sebab saya ada masa jadi saya pun dengar apa yang mereka nak cakap dan apa yang diberitahu dan yg saya faham.ialah model bisnes yang meragukan…
hanya perlu cari 2 orang dan tunggu duit masuk bulan-bulan…jadi itu adalah MONEY ORIENTED ataupun money game, bukan bisnes
yang saya sangat pasti, rakan-rakan yang pernah mengajak saya menjadi jutawan dulu, tahap hidupnya juga masih seperti dulu, entah mana bmw, banglo dan wang simpanan berratus ribu yang mereka cerita dulu pun masih tak nampak.
jadi dari layan cerita merapu mereka, lebih baik buat benda lain yang lebih berfaedah kepada kita. sekarang bila ada oran ajak, saya tolak awal-awal lagi …
senang je nak uji abg. kalau mereka duit banyak ajak mereka beli emas sebagai pelaburan
tengok dia nak ke tak
Huh… aku pun x suka org mcm ni… berlambak betul yek bisness mcm ni kt Malaysia…
Skrg ni mcm zaman semua nak cepat kaya jee… salah 1 petanda kecil kiamat tu… huhuhuh
Apapun, aku tetap bersykur dgn rezeki yg di kurniakan walaupun side income xde… hanya mengharapkan gaji je semata2… walaupun begitu, usaha perlu ada untuk mencari rezeki lebih….
mencari rezeki biarlah kena dengan caranya kan
hmm facebook nih bahaya kalau disalahguna,,inbox saya pun penuh dengan iklan diorang tapi boo layan je. Lepas tuh, page diorang bertukar-tukar, kenapa nak tukar kan kalau takde ape2, nampak sangat ade something wrong kat sana. Kat profile diorang pun letak gambar kereta mewah untuk pancing orang. Diorang pun suka mengetag,,sound je si pengetag, senang,,tak berani dah nak tag-tag. Hope janganlah ramai yang terpedaya.
saya kalau banyak sangat yang di tag nye lepas tu saya block je, hehe
Hmm… kalau dah MLM, pusing macam mana pun tetap orang tau itu MLM. macam-macamlah dunia ni..
hehe no komen
ahahaha..mijie..aku terlewat baca entry nie..tapi, pengalaman aku memang serupa sebijik macam nie, chat kat facebook..
masa mula chat bagi salam elok je, then aku taw dia buat biz aku saje la tnye..
pastu dia start explain, aku ckp la aku tak minat nak cari org
pastu boleh dia tnya aku minat biz macam mana, aku ckp la affliate ke, kedai runcit, lagi aku suka dr mlm cari org nie
yg tak tahanya, dia siap boleh sound aku cakap, affiliate, kedai runcit tue, jual ke berok ke. x kena cr orang ke…pastu siap boleh kata aku ngok, baik gila budi bahasa..
bila aku cakap tak minat, dia siap kata takpela, aku anak dato, dah kaya..
haha. nsb baek aku mood ok masa tue, kalau tak, ada je orang kena maki hamun, takde adab langsung nak promote biz
hahaha kesimpulannya orang tu terdesak nak cari orang la tu
sampai takde adab dan budi bahasa
lain kali sound direct je bro
mahu cari extra duit…tapi mesti halal… huhu susahnya zaman sekarang nie
halal itu wajib untuk kita cari
Bagi aku, si A dan si B punya objektif sama. Cuma si A lebih aggresif berbanding si B. Cerita di olah semula oleh si B, artikel tak selari dengan cerita. Si A dan Si B sama, cara sahaja berbeza.
Dah baca artikel kat atas tu sampai habis ke? dekat atas tu tak sebut pun yang B sedang promote perniagaan dia, cuma bila ditanya oleh si A baru si B tu jawab…
sila baca dengan teliti
Si A : Oooo
Si B : Kalau awak nak buat blog dan nak ranking blog awak di 1st page google nanti bagitaulah saya.
Adakah dialog si A yg tertulis “Oooo” tu berbentuk soalan?
Dan dialog si B berikutnya jelas berunsur promote.
Bagi aku, manusia biasa yang punya ciri penilitian berbeza menyatakan si A dan si B sama.
Terima Kasih.
baca balik ayat kat atas sebelum tu,
Si A : Actually awak buat bisnes apa?
Si B : Sebenarnya saya buat bisnes setup blog, Consultant untuk blog, servis blog dan perkara yang berkaitan dengan internet.
Si A : Oooo
Si B : Kalau awak nak buat blog dan nak ranking blog awak di 1st page google nanti bagitaulah saya.
jadi yg oooo tu selepas penerangan dr si B selepas pertanyaan si A
First sebagai orang islam sudah pasti kita bersyukur dengan setiap kurniaan Allah Taala sebab rezeki, jodoh dan maut adalah ketentuanNYA. Tetapi dalam hadis juga berkata tidak salah kita berusaha mencari untuk menambahkan rezeki asalkan dengan saluran yang betul dan halal. Kita sedia maklum bahawa 9/10 adalah punca rezeki dari bidang perniagaan.
Jika kita mengutamakan duit, kita terpaksa usahakan yang terbaik tetapi jika kita mengutamakan usaha, duit pula yang akan mencari kita. Jika selama ini kita bekerja hanya semata-mata untuk mendapatkan duit dan apa kata sekarang kita ubah kepada jadikan duit untuk cara kita bekerja.
Dalam dunia globalisasi ini kita perlu fikir kehidupan kita berlandaskan peraturan atau matlamat. Dunia semakin canggih dengan pelbagai kemajuan selaras dengan kemodenan ekonomi negara. kita yang hidup tak kan hanya begitu saja tanpa ada sebarang perubahan. Tak kan nak kebelakang dan hanya memandang sahaja. Seperti contoh : Pergi kerja masuk pukul 8 pagi dan balik pukul 5. begitu lah hari-hari yg pasti kita akan lalui selama2nya beberapa tahun. 5thn, 10thn, 15thn …. kita bekerja cuba kita fikirkan apa yang kita ada, duit simpanan yang banyak.. impian ke sana sini telah tercapai. nescaya tiada, yang ada adalah hutang keliling pinggang. sampai bila nak ia berlarutan dan terus diselubungi permasalahan sedemikian. kita yang harus berfikir untuk bertindak berubah.
Bagi saya tidak salah apa jua bentuk perniagaan yang ada di zaman sekarang sebab mereka yang berusaha untuk berubah adalah berjaya. Cuma kita yang bersikap tangguh, takut hadapi kegagalan sahaja yang penuh dengan alasan. sebenarnya seribu alasan yang kita berikan, seribu juga lah halangan yang kita harus tempuhi untuk berjaya.
Buka minda kita, pandang ke hadapan. dunia makin canggih dan tak salah sekiranya kita bertindak hari ini untuk menjadikan kehidupan kita yang biasa sahaja keada luar biasa kerana apa yang kita buat untuk kehidupan pada masa akan datang untuk diri sendiri, orang tersayang dan keluarga kita.
Sesungguhnya Tarikh Lahir kita tertera di IC kita tapi Tarikh Mati kita tiada siapa yang tahu. Maka haruslah dari sekarang kita membuat persediaan untuk keluarga kita supaya pabila ketiadaan kita mereka tidak akan disisihkan.
Bagi saya tidak salah untuk kita menjenguk apa jua peluang perniagaan kerana ia merupakan sumber rezeki kita jua. Tak rugi untuk kita lihat apa yang kita tidak tahu. Singkirkan tanggap negatif pemikiran kita jika kita hendak berjaya.
Saya hanya berkongsi pandangan dan pendapat di sini dan tiada ada kena mengena dgn sesiapa pun. Terima kasih.
terima kasih nurjulia di atas perkongsian yg menarik ini dan sy mohon kebenaran utk buat entri komen saudari diatas
Pingback: Reaksi dari pembaca blog