Selamat hari isnin semua dan semoga hari ini kamu semua terus ceria dengan tugas dan peranan masing-masing dalam menjalani kehidupan seharian yang penuh dengan pancaroba dan karenahnya. Nak tak nak kehidupan itu mesti diteruskan jua walaupun rintangan dan dugaan yang datang melanda.
Tertarik dengan post yang diterbitkan oleh saudara rohaizad tentang apa itu cinta dan blog ini pun hadir dengan entri mengenai cinta. Harap doktor-doktor cinta di luar sana jangan marah bila blog ini berbicara mengenai cinta.
Cinta itu subjektif
Sebab kenapa dikatakan cinta itu subjektif kerana bila ditanya kepada manusia yang bergelar insan mengenai cinta, masing-masing memberikan pendapat yang berbeza. Ada yang mengatakan cinta itu suci yang lahir dari hati nurani. Tidak kurang juga yang berkata cinta itu adalah satu perasaan kasih dan sayang. Kalau ditanya kepada 10 orang berbeza mengenai cinta dan pasti 10 jawapan yang berbeza akan diterima. Inilah yang dikatakan cinta itu subjektif kerana ianya bukan menuju kepada satu jawapan yang satu. Tiada jawapan salah dah juga betul.
Cinta itu subjektif
Subjektif yang dimaksudkan di sini ialah jawapan yang diterima itu berbeza dan sebab itu cinta itu dikatakan subjektif. Tetapi walau apapun subjektif tentang cinta, maksud dan pengertian cinta itu adalah menjurus kepada satu matlamat yang sama iaitu perasaan kasih dan sayang.
Dari mata turun ke hati
Baik dalam lagu mahupun sajak, puisi dan filem serta drama semuanya ingin menonjolkan pengertian cinta. Ada yang berkata cinta bermula dari pandangan mata dan turun ke hati seterusnya menusuk kalbu seseorang itu. Apakah benar yang dari mata turun ke hati itu dinamakan CINTA?
Mudah benar untuk berkata itulah cinta yang lahir pada pandangan pertama dan wujudnya ia memberikan kesan kepada individu tersebut sehinggakan makan tak lalu, mandi tak basah dan tidur pun tidak lena. Besar sungguh kesan cinta itu pada jiwanya sehingga kesannya di umpamakan sebegitu.
Jadi apakah erti cinta yang sebenar?
Jika soalan dilontarkan untuk mengetahui erti cinta jawapannya ialah subjektif. Setuju ataupun tidak tanya diri kita adakah apa yang dilalui itu sebenarnya cinta. Apakah ia hanya sebuah perasaan yang dibuai dengan keenakkan yang kalau kita sedar ianya hanyalah perasaan yang wujud di satu sudut hati kita.
Aku pula berkata cinta itu hadir tanpa kita mencarinya, ianya bukan dipaksa untuk melahirkan sebuah cinta. 10 tahun bercinta belum tentu kita akan bersama. Lengkapnya cinta apabila pertemuan dua hati yang memerlukan antara satu sama lain. Bukannya cinta itu milik seorang tetapi ianya milik bersama untuk dirasai.
Kesimpulannya
Cinta terlalu subjektif untuk ditafsirkan namun mempunyai satu arah yang sama. Ada orang berkata cinta mestilah di rebut, ada pula yang berkata cinta itu hadir tanpa kita sedar. Semuanya adalah betul, cinta bukan hak milik mutlak ke atas seorang individu tetapi ianya milik bersama yang patut dirasai bersama dan meletakkannya di tempat yang sepatutnya.
Jangan jadikan cinta itu sebagai alasan untuk menghalalkan yang haram, jangan jadikan cinta itu alasan untuk bermuram durja dan jangan hilang pertimbangan apabila merasai cinta. Sebaliknya gunakanlah pengertian cinta dalam konteks yang sebenar-benarnya.
Orang akan melihat cinta itu dari satu sudut yang berbeza-beza dan bukan hanya sekadar melafaz i love u, saya cintakan awak. Sebaliknya hargailah cinta dengan menghayatinya dalam erti kata yang sebenar-benarnya cinta.
@mijie-Berat untuk menulis tentang cinta kerana ianya terlalu subjektif.
heheehe..cinta pandang pertama? tak pernah jadi kt saya kot, sukar nak percaya org..hehe..
subjektif? betul,
cara melaksanakan dan menunjukkan cinta pun subjektif yang kadang kala boleh bawa salah paham..ahaks!!
tak percaya tak semestinya tak boleh jatuh cinta kan
eh, tak percaya sebab tuh la tak terjatuh cinta.haha
haha ada je ejon ni
Saya pernah mengalami cinta buat kali pertama tanpa saya sedari. Cinta pertama adalah dimana hati berjaya diketuk oleh seorang insan yang akan kekal walaupun tidak ada jodoh dengan si dia ia akan tetap kekal kerana ia adalah cinta pertama. Betulkata orang hidup tak keruan, mandi tak basah, tidur tak lena, lautan api sanggup direnangi itulah pengalaman manis yang saya alami walaupun saya tidak ada jodoh dengannya kerana ia adalah cinta pertama saya. Walau bagaimanpun cinta insan kepada Allah akan berkekalan
cinta pertama memang sukar untuk dilupakan…
emmmm… balik nnt kna msk bilik siasatan nih…..
iskh awak ni menyibuk la…..
Cinta bukan alasan utk halalkan yg haram dan hilang pertimbangan. Yup, saya setuju!
Cinta juga bukan alasan utk kita lupakan-Nya, yang terlalu layak untuk lebih dicintai
sangat betul, cinta itu tiada alasan
betut betul
cinta itu tiada alasan tapi sering digunakan sebagai alasan
cintaku pada yang Esa
yang sebenar-benarnya
cinta itu subjektif..setiap org punye pandangan dan cara sendiri..:)
yer betul, definasi yang berbeza tapi maksud yang sama
wah bro steady ulasan pasal cinta ni
sememangnya cinta sungguh indah dan unik untuk dirasai
hari ni nak jadi doktor cinta, haha
huhuhu teringat kembali zaman sebelum kawin, cinta sebelum kawin dan cinta selepas berkahwin juga sangat berbeza…
memang berbeza bang, saya pernah melaluinya
cinta itu buta dan aku masih tidak dapat melupakan cinta pertamaku..hik3…
hehe cinta pertama memang indah
Cinta Oh Cinta. Kadang2 pening kepala dibuatnya.
p.s: nak tumpu sambung belajar dulu. Hehe.
pentingkan yang mana lebih penting dahulu
bagi aku cinta itu pelik
aku juga percaya cinta boleh terjadi sebelah arah
aku juga berpendirian cinta bukan untuk memiliki tetapi untuk membahagiakan
cinta memang palik
[apa yang aku merepek ni?]
hehe merepek tentang cinta itu pelik yer
dah boleh bukak satu ruangan nie.. masalah2 cinta sila luahkan disini…
haha tu dah nak jadi doktor cinta tu zik
cerita tentang cinta mengingatkan zaman muda-muda dulu…
“10 tahun bercinta belum tentu kita akan bersama” lagi sadis dengan ayat ini….
huhu teringat kenangan lampau yer
cinta ada berbagai rupa.
ada cinta pandang pertama,
ada cinta pendam di jiwa.
namun….
cinta dahulu dan cinta sekarang,
sangat jauh berbeza.
dahulu bercinta selepas kahwin sekarang bercinta sebelum kahwin
dulu nak jumpa ketuk botol macam cerita pramlee, sekarang sms,mms,videocall huhuhu canggihnya dunia…
hoho sekarang memang canggih sampai sikap manusia pun canggih bang
cinta…cinta nie takkan habis pun kalau dibicarakan, tak percaya? dari dulu sampai sekarang, sentiasa ada lagu bertemakan cinta…hahaha
haha memang pun lut, lagu, filem tetap wujud mengenai cinta
Terlampau subjektif…
tu yang buat aku layan sekadar yang patut je
Ps : Cinta tak Buta tapi orang yang bercinta tu sengaja buat buat buta
betul sangat dnobiz, buat-buat buta
cinta tak mengenal rupa, pangkat dan harta..itu cinta buta..bercinta dalam panggung, pastu raba sana sini tu membutakan cinta..hehe
“Cinta ibarat kurap makin digaru makin sedap” he3.. mmg susah nak digambarkan tentang cinta terlalu meluas.
itulah kehebatan cinta, hehe
Sorry boss. Aku baca 1st paragraph pastu last sentence ja. mungkin sebab aku tgk pic bro, pastu rasa mcm, no no.. mat rock nie xleh story pasal cinta. Aku xnak baca sebab..
Aku masih nak kekalkan persepsi aku yang MuhammadTarmizi seorang rocker dan bukan mat jiwang. Hehehe..
Anyway, pasti ada ramai lagi yang membaca dan terpesona dengan pandangan subjektif anda.
hahaha statement tak boleh blah, aku boleh jadi ustaz, rocker, mat bunga dan sebagainya hahah
semuanya aku pernah lalui, seorang yang ikut tabligh, kumpulan usrah (ada jawatan dalam kumpulan tu, hhaa)
mat rock masa belajar dulu memang layan sampai sekarang,
jiwang, hehe manusia punyai hati dan perasaan
semuanya aku dah lalui
berapa lama join tabligh tu,mijie ?
cinta? ia bagai suatu perperangan……kahkahkah
masa study dulu, setahun je, hehe
peperangan=cinta=peperangan
peperangan melawan nafsu…ok gak!!!
Cinta itu buta
butakah cinta?
Cinta tu bergantung kepada individu tu, kalau mat rempit cinta dia keranjang, kalau orang soleh solehah cintanya kejinjang pelamin…wallahu’Alam..
insyaAllah bro rashid, memang itulah yang diharapkan