Entri ini ditujukan khas untuk rakan-rakan Sekolah Menengah Kebangsaan Long Ghafar ( SMKLG ) yang mengambil SPM 1998, harap pengunjung blog ini tidak marah yer. Sekadar renungan untuk rakan-rakan dan kita bersama.
Renungan untuk rakan-rakan ku semua
Pernahkan anda berfikir, sewaktu ketika dahulu sekitar tahun 1997 hingga 1998 dimana pada waktu itu kita dikenali sebagai kawan.
Kita belajar, bermain dan semuanya bersama, balik sekolah bersama, study group bersama-sama
adakah kita sedar bertapa besarnya sumbangan kawan-kawan kita sehingga kita berjaya dan hebat seperti hari ini?
adakah anda sedar dengan wujudnya persaingan di kalangan kawan kita, maka kita dapat bersaing dan cemerlang di suatu ketika dahulu?
Pernahkah anda sedar suatu ketika dahulu sekitar 1998 kawan-kawan kita lah yang wujud disekeliling kita?
Sedar atau tidak waktu itu, belum lagi ada insan seperti anak anda, isteri anda, kawan-kawan baru anda, rakan sepejabat… dan waktu itu anda hanya ada KAMI disekeliling?
Tahukan anda kami yang bergabung sebagai rakan di suatu ketika dahulu bukan inginkan wang ringgit malah harta anda. Kami juga sudah mempunyainya.
Kami tidak inginkan kebahagian anda bersama keluarga untuk dikongsi, cuma ingin bertemu kembali atas dasar kita pernah berkawan
Kami tahu anda telah berjaya, gaji besar, pangkat besar dan semuanya besar, tapi kami tidak inginkan semua itu, menumpang glamer anda jauh sekali
Malah ada dikalangan kami yang berjawatan tinggi dan ada yang hidupnya sudah bahagia tapi mampu untuk duduk dan senyum bersama kami.
Sebagai yang terakhir, ingatlah kawan-kawan ku semua, senang kita di hari ini mungkin hari mendatang kita susah, siapa tahu melainkan Allah jua yang menentukan
Ingatlah rakan-rakan ku sekalian, di saat kita senang, bahagia dan gembira kita boleh lupakan rakan-rakan yang pernah membahagiakan kita suatu ketika dahulu, tetapi bila sampai masa anda bersedih, boleh kan anda lupakan kami semua? ataupun kami lah tempat anda mengadu?
Cuba bayangkan di mana kawan kita sebagai cikgu sedang mengajar anak kita di sekolah, tetapi masing2 saling tidak mengenali, teramatlah rugi..
Cukuplah sekadar ini sahaja.khas untuk anda semua yang bernama KAWAN
oh…ni mesti kes member wat kerek dh ni..
lebih kurang mcm tu lah ejon, kami dlm proses nak buat reunion tapi masing2 buat hal sendiri tak nak respon..so apa boleh buat
owh..fikir positif…dorang tak respons sbb tak smpat nak fikir lagi kot…hehe
itulah..dah 2 minggu tp masih lagi tiada sambutan
biaselah tu mijie..kadang2 (mungkin selalu), asyik2 macam kite saje yg beria-ria nk buat reunion..member2 mulenye semua mcam nk join…tapi bile tibe time nk mintak support..semua terus diam…sekali dua ok lagik..kalau berkali..huuuu
dalam berkawan ni tak perlu beramai,cukup setakat yang memahami
*mijie,blog lu sedang buat pengubahsuaian ke? susunaturnya lu dah ubah ke ?*
betul tu, cuma kami inginkan group tersebut kembali bersama, hehehe
bang joe, susun atur yg mana tu? hari tu ada la ubah sket2
ada error ke? heehehe
hahaha…rupa-rupanya streamyx gua yang biol,mijie
….sekarang musim hujan ada gangguan
hahaha, abg joe buat sy terkejut
oh hidup ni umpama roda, kejap je kita kat atas esok lusa dah kat bawah…reunion memang bagus.
aku ingat dalam 2 bulan ni dah 3 kali reunion budak sekolah lama aku buat..samapi tak terkejar ngehehe
best nye bro, sy mungkin 10 julai ni mini gathering
entri ang menyentuh..teringat kawan yang sentiasa membantu dalam apabila dalam kesusahan..buat lawak jenaka bila keputusan peperiksaan tak seperti yang diingini..
memori tu
peringatan untuk diriku… betul2 , ingat nak buat juga reunion sekolah… kawan2 semua dah ramai yang kahwin nie..
takper kalau dah kawen boleh bawa bini skali
mijie..kalau dah kawen..ade kes lagi jadi rumit..bini tak kasi joinlah..suami tak nk ikutlah..seganlah..algi macam2 kerenah..
Kerjaya dan cara hidup yang berbeza, pengurusan masa juga berbeza. Kalau dulu masa zaman sekolah memanglah mereka sama-sama dengan kita, tapi kini masa merubah segalanya.
Bukan senang nak buat reunion…… namun usaha mesti diteruskan kalau sudah ada niat di hati. Semoga berjaya!
itulah….nak usahkan juga sampai berjaya, insyaAllah
Salam,
nice entry bro,Teringat kembali time spm 1998,tulah kali terakhir saya melangkah meninggalkan kawan sekolah sehingga sekarang hanya 1-2 orang je yang ketemu kembali…sedih.
takpe pasni boleh buat siri jejak kasih, hehe
Kawan…memang begitu adat di dunia ini.
Bila dah kawen, ada kerjaya, masing2 ikut haluan masing2.
Kadang2 tu masa yang mencemburui kita utk tidak me’reunion’kan sesama kita.
Bagi yang tnjuk ‘act’ tu, berpijaklah dibumi yang nyata. Memang susah nak cari kawan sejati kawan…
itulah, belum rezeki lagi kot untuk kami berjumpa