Kehadapan kekasihku,
Sudah lama dinda tidak mengutuskan sepucuk surat untuk kanda, sedar tak sedar hampir 3 minggu dinda tidak mengadu dan menghubungi kanda. Terasa rindu yang teramat apabila kanda sepi tanpa berita
Kekasihku,
Tahu tak kanda semenjak 2,3 minggu ni selepas kanda tinggalkan dinda dengan kelajuan 3.15 Mbps dan minggu-minggu berikutnya dinda terasa begitu terseksa dengan sikap berdiam diri kanda. Sudahlah kanda tinggalkan dinda dengan kelajuan sekitar 380kbps sahaja….sampaikan dinda nak buka email untuk melihat kalau-kalau ada email dari kanda pun teramat seksa…lagi seksa dari cirit birit…..dinda sedih tau tak kanda?
Kekasihku,
Sampai hatikan kanda biarkan dinda bergerak dengan kelajuan begini, sedih sangat bila kanda tinggalkan begini….sampaikan dinda nak berkunjung ke rumah kawan-kawan dinda yang selalu dinda pergi seperti ijad, abang joe, boss, madlut, etomyam dan ramai lagi kawan-kawan dinda yang dinda nak sebut sekarang pun dah tak mampu nak luahkan…sebab dinda terasa dada ini sebak sangat.
Kekasihku,
Bukan dinda tidak telefon kepada kanda, tapi bila dinda telefon…kanda pun layan acuh tak acuh jer, dah la suruh kanda buat benda yang bukan-bukan….ada ke patut kanda suruh dinda uninstall balik Maxis Broadband pastu install balik….suruh macam-macam lagi la…apa kanda ingat dinda sekolah sampai darjah enam je ke? kanda tahu tak dinda sekolah sampai tingkat 7 tahu…Ijazah Sains Komputer, majoring in networking masih lagi ada dalam simpanan dinda. Tu lah kanda bila datang laju jer…nak tengok ijazah dinda pun kanda tak sempat kan…
Kekasihku,
Tak per lah kanda, dinda sebenarnya sudah tawar hati dengan kanda..perasaan dinda sudah hampir hancur…..di saat surat ini dinda tulis pun, kanda masih lagi main-main ngan dinda kan, kejap kanda tukar lampu jadi biru, kejap tukar jadi hijau…apa kanda ingat hensem sangat kanda dengan lampu hijau tu….bukan dinda tak tahu, kalau lampu hijau tu line GPRS….dinda tak nak warna hijau…dinda nak lampu biru….HSPA la kanda….. high speed….high speed
Kekasihku,
Cukuplah kanda mainkan perasaan dinda, sampai rumah istimewa (niche blog) dinda yang 3 tu dah tak terusik gara-gara kanda….sampai dinda nak marah pun dah tak larat lagi.
.
Kekasihku,
Oh ya kanda, untuk makluman kanda, dinda sudah berkenalan dengan teman baru, nama dia streamyx….nampak dia hebat sebab dia boleh bertukar menjadi transformer kalau dinda amik pakej kombo…so dinda harap kanda jangan cemburu ataupun jeles kalau dinda beralih arah lepas ni, mungkin kanda pun dinda akan buang tak pun dinda campak jauh-jauh supaya dinda dapat melupakan kanda.
.
Kekasihku,
Dinda tidak berniat nak play three wood (kayu tiga) tapi dinda dah mual dengan sikap kanda, janji-janji manis kanda…dulu kanda tunjukkan kehebatan kanda, gah….semua tempat kanda cakap kanda sudah takluki…siap tunjuk lagi kat dinda peta kawasan jajahan kanda….rumah dinda pun ada dalam jajahan kanda…. Tapi kanda tahu tak, dinda simpan lagi peta tu, tak caya tengok gambar kat bawah tu
Tengok, kan dinda dah cakap….peta ni dinda simpan sebagai bukti supaya kanda tak berikan alasan nanti….harap kanda memahami keluhan dinda disini…sudah hampir 500 patah perkataan surat ini ditulis. Dinda pun dah hampir putus asa dengan kanda.
Kekasihku,
Jadi sebagai akhirnya, dinda harap kalau suatu hari nanti dinda tidak lagi bersama kanda dan ingin putuskan hubungan kita, harapnya kanda faham dan dapat menerimanya. Kanda sekarang sudah banyak berdusta dengan dinda…
Sekian sahaja luahan hati dinda buat kanda.
.
.
.
Yang Ikhlas,
………………………….
(Dinda mu tersayang)
*surat ini merupakan cetakan berkomputer, sebarang tandatangan tidak diperlukan
.
.
.
.
.
.
.
.
Nota kaki : Semasa anda membaca entri diatas, gantikan perkataan ” kekasihku”, “kanda” kepada “maxis broadband”.
Nota kaki 2 : dinda ialah penulis blog ini.
.
.
.
Cerita ini tidak kena mengena samada yang hidup ataupun yang telah mati
Haha…
Baru ko tahu kenapa aku potong streamyx aku… then aku kutuk Celcom Beruk MakYeh band aku…. sampai akhirnya aku pakai P1 Wimax….
Darah tinggi dan tekanan perasaan aku semakin menurun sejak pakai P1 Wimax…
p/s: buat masa ini, kasih sayang aku pada P1 Wimax masih lagi utuh!
huhuhuh sekarang ni kekurangan kasih sayang, maxis b-e-r-u-k band aku asyik buat hal je
harap2 minggu depan dapat berita baik dari streamyx…then semoga ianya akan ok
hahaha luahan penuh ikhlas, broadband ada problem ke..stemex kat area estet aku ni ok je bro hehehe
memang problem sgt2 skrg ni, tahap kritikal sudah 2 minggu, sakit jiwa dah ni….tunggu streamyx masuk la
antara cabaran yang perlu dihadapi oleh blogger di malaysia
ambil pakej mahal pun belum tentu terjamin lagi….keluhan yang tiada kesudahan.
cabaran yg menyesak jiwa…
bila lah agaknya kat malaysia ni nak maju dari segi kemudahan internet ni
haha…ingtkan surat ape la tadi mijie…nasib baik kat tempat saya masih okay lagi celco broadband.
sebenarnya surat ni untuk awk, hahahaha
hehehe…yeke…tq2..nanti nak reply eh…haha
hahahaha
Perghhh… surat cinta terhebat abad ini utk Maxis Broadband….
Demo ada hantar x surat ni kt customer service Maxis Broadband???
Jiwang gila ayat2nya, nape x try pkai P1 Wimax…
Kt rumah sewa kawe kt Desa Sri Serdang ni ok je P1 Wimax…. ni member housemate punya…
dia pakai sejak Feb 2010, setakat ni ok, no prob…
hahahha surat ni setelah luka ku parah…
P1 wimax belum sampai kawasanku
Hohoho…bagus isi kandungan surat ni.
Buat masa ni kat tempat saya streamyx ok lagi. Cuma minggu lepas baru tukar modem baru sebab rosak. Dah 2 tahun pakai. Nasib baik lifetime warranty…
Kesiannya.. Maxis buat hal ek.. Sabo je la.. Streamyx kat umah aku pun hampeh kedaung.
tu lah…sakit hati ni
Luahan hati yang penuh perasaan dan penghayatan. Tapi pada sebuah b-e-r-u-k.. band. Kih!kih!kih!
p/s: gurau jer…
tapi kasih sayang saya terhadap maxis broadband masih lagi kuat ..:-P hehe
hehehe
marin beria nak bb tu… dh dpt, nk bb lain plak…. tu la, nak berinternet menaun-naun…. bb merajuk sbb sll panas hati. emmmm skrg ni lagi laa… sll dgr mama panggil malam2….. huhuhuhuhu….. itu tandanya mata dh ngantuk, tdo la…. kesian anak tdo ngn mama jek…
ala mama, rilek la, bisikan2 halus tu daddy buat tak tau je, huhuhu…lewat mlm kan daddy tidor ngan mama dan anak juga