Gambar ni diambil semasa kami mengunjungi pasaraya jusco taman equine. Kami sememangnya bercadang untuk membeli walker untuk muhammad fahim supaya lebih senang skit nak buat kerja.
Bila saya cuba letak anak saya tu kedalam walker bukan main suka lagi dia, sampai tersenyum dan mulut pun ternganga dan sempat saya snap beberapa keping gambar untuk dijadikan kenangan.
Walker yang muhammad fahim duduk tu brand sweet cherry dan harga dia lebih kurang RM178…tapi masa tu kami tak terus beli sebab nak tunggu J-Card day dulu minggu selepas tu dan diskaun dalam 30%…em not bad diskaun yang bakal dapat tu.
Dan semasa J-Card Day saya terlalu busy dengan kerja jadi tak sempat nak berkunjung ke jusco dan terlepas untuk membeli dengan harga diskaun, rugi rasanya tapi nak buat macam mana..bukan rezeki namanya. Jadi 2 hari lepas akhirnya saya pun pergi ke jusco dan beli walker untuk muhammad fahim.
Bukan main suka dia bila dapat walker dan sebenarnya walker ini membantu isteri saya dirumah kerana anak saya ni aktif….kalau tak letak dalam walker habis satu rumah dia meniarap…jadi bila dah ada walker pergerakan dia terhad dan senang untuk isteri saya mengawasinya. Pastu dia pun macam happy je bila berada dalam walker.
Isteri saya pun sekarang senang skit nak buat kerja-kerja rumah, masak dan sebagainya sebab muhammad fahim dah duduk dalam walker.
emmm….dah habis dah..
p/s: sebenarnya entri ni ditulis sebab nak tunjuk gambar muhammad fahim yang saya edit menggunakan Adobe Photoshop CS3, jangan marah yer sebab saya merapu
yeap, adobe photoshop cs3, mmg best and sng nk guna! thumbssss up!
betul tu, sy pun main godek2 je cs3 tu….dan itu lah hasilnya
Malangnya windows vista tak boleh guna CS. huhu
oh yer ke, sy guna windows 7 home premium tak der mslh, hohohoh
boleh tahan dia punya harga rm178.. walker tuh..
brand sweet cherry memang mahal skit, tapi sbb berkualiti kan
I baru jer beli walker untuk baby I, masuk 6 bulan dah..sweet cherry harga RM200..tak per untuk anak, beli pun hasil bis online..rezeki anak..
memang betul, beli yang elok pastinya berbaloi