Assalamualaikum dan salam sejahtera semua rakan-rakan ku,
Sebelum aku nak cerita pasal tajuk entri ni mungkin kalau yang dah lama follow blog aku (eh ada ker? syok sendiri haha) mungkin anda semua perasan entrinya banyak merapu meraban dan macam-macam ada. Dari mula blog ini wujud banyak tutorial aku buat lepas tu cerita pasal diri sendiri dan sekarang pula tengah nak menggila bercerita pasal kisah hidup sendiri dan juga gambar yang diambil. Maklumlah dah ada hobi baru iaitu mengukir cahaya menggunakan kamera yang tak berapa nak canggih ini.
Jadi kalau yang dah jemu dan bosan maaf la yer sebab blog ni pun register dengan domain menggunakan nama sendiri dan matlamat awal dulu pun memang nak menulis kisah tentang apa yang aku rasakan, maklumlah blog personal jadi aku sumbat apa yang patut selagi ianya tidak keterlaluan.
Cuma masa diawal kemunculan blog ini aku mencari rentak untuk menulis dan belajar tentang skill penulisan serta mencuba untuk membentuk identiti sendiri.
Baik berbalik pada tajuk entri ini, jumaat lepas aku memang dah rancang nak balik bercuti di kampung isteri tercinta dan kebetulan pula aku dapat tugasan untuk mengajar di Johor Bharu, kira pakej 2 in 1 la ni, bekerja sambil bercuti. Jumaat balik labis dahulu sebab ada kenduri kahwin kawan isteri aku di kampung tenang labis.
Lepas tu barulah aku ke Johor Bharu pada hari ahad untuk mengajar para kontraktor mengenai bidang yang aku kerja sekarang dan kursus ini dianjurkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) bertempat di M Suites Hotel. Jadi aku bawa isteri dan anak aku untuk ikut sekali sebab bilik di hotel dah pun disediakan termasuk makan minum. Dapatlah kami bercuti free lepas tu dapat lagi claim mengajar.
Memandangkan isteri aku tidak bekerja dan anak aku pun belum lagi bersekolah jadi banyak kali juga aku bawa isteri dan anak pergi outstation.
Ok sampai sini dahulu dan lepas ni layan sahaja cerita melalui gambar-gambar di bawah, itupun kalau gambar tu ada cerita haha. Ops ya gambar ni aku langsung tak edit, cuma kecilkan saiz menjadi 600 pixel dan juga letak watermark..jadi kalau gambar tu dah kelaut ke apa sila komen kat bawah nanti, masih lagi belajar tentang seni fotografi dan harap suatu hari nanti aku mampu hasilkan gambar yang setanding otai-otai fotografi diluar sana, insyaAllah.

check in petang ahad di hotel lepas maghrib kami keluar makan steamboat di medan steamboat luton van dataran bandaraya johor bharu, orang johor mesti tahu kan? oh ya WB kelaut gambar ni

ni hasil isteri aku yang snap, masa ni aku tengah nak melayan fahim memilih steamboat yang dijual dengan menggunakan van, ada lebih dari 10 gerai menggunakan van

ni la rupa steamboat yang dah berjaya masuk perut aku, gambar ni menggunakan single focus point dan setting yang kelaut tu ada yang blur, yang terang sebab titik fokusnya disitu

ok sila abaikan kalau nampak sangat kuning gambar ini, lepas makan steamboat tadi kami ke danga bay jalan-jalan

ni lah rupanya kapal yang dibuat restoran di danga bay tu, aku hanya tengok dari jauh je la, kalau kamera si Azman ni memang best sebab lense dia boleh tembak jauh

sebelum nak balik ke hotel, jadi nak melayankan fahim aku suruh mama dia temankan fahim naik kuda berpusing-pusing tu

ni fahim bergambar dengan pelakon drama wan maimunah, dia duk hotel sama dengan kami, peramah orangnya dah bahasakan diri dia ibu, dia suruh fahim panggil dia atok, hehe
Ok dah habis yang dekat johor bharu, banyak juga gambar yang aku ambil tetapi tak boleh la nak letak semua..lagipun ada gambar aku yang tak mandi sebelum turun sarapan kat hotel haha korang pun tak nak tengok kan, gambar-gambar lain tu pun untuk dikongsikan dengan adik beradik yang lain je.

kami berhenti di R&R Pagoh untuk makan tengahari semasa perjalanan balik ke kuala lumpur, ok gambar ini tiada motif

fahim ni kalau orang nak ambil gambar jangan harap dia pandang kamera, gambar ni diambil di antara celahan pagar

salah satu hobi fahim ialah bergayut, aku letak dia bergayut lepas tu aku snap gambar dia, dekat seminit juga dia duk bergayut, ok kepada ibu bapa lain, jangan contohi aku kerana risiko anak jatuh sila tanggung sendiri
Nota : Harap kamu semua tidak bosan mengunjungi blog aku ni sebab kebelakangan ini asyik cerita pasal gambar sahaja. Daripada gambar-gambar tu tersimpan dalam hard disk lebih baik aku kongsikan bersama untuk sama-sama kita belajar. Oh ya hari ni dah hari rabu yer, jadi anggaplap ini ialah wednesday dengan kata-kata.
Nota 2 : Gambar kat atas ni aku hanya letak watermark dan juga kecilkan saiznya sahaja, kali ini malas nak touch up sebab sifu aku si azman ishak dah bising haha.
“Mengukir cahaya memerlukan seni”
Waaa… ni baru betul. sambil menyelam minum air. dapat bercuti lagi. hehehe…
Kalau gambar yang steambot tu kalau amik dari sudut tepi mungkin lagi cantik. Pada aku laa.
Sebab biasanya kalau aku snap dari tepi biasa lagi banyak yang boleh di nampak. selain tu, nampak kelainan berbanding gambar asal.
P/S: Aku cakap macam pernah snap guna DSLR je. HEHEHE. Tapi tak pernah pun. Tapi biasa pakai kamera biasa je. Biasanya, setting semua sbelum snap gambar.
Entri terbaru dari Master Pak Pandir..YouTube Repeat – Cara mudah untuk mengulangi video secara automatik
ala tak per bro, betul juga tu apa yang bro cadangkan tu
hehehe… TERBAIK!!!
Entri terbaru dari Master Pak Pandir..YouTube Repeat – Cara mudah untuk mengulangi video secara automatik
thanks bro
Sama-sama…
Entri terbaru dari Master Pak Pandir..YouTube Repeat – Cara mudah untuk mengulangi video secara automatik
Wahaha.. Makan Steamboat di Dataran Bandaraya tu
Selamat datang ke Johor Bahru!
Entri terbaru dari anif..Version 2.0 – Wordless Wednesday #12
itulah, 2 hari lepas ada tweet mana tahu ada org jb nak jumpa lepak minum2 hehe
saya tak dapat kerja kerajaan, tp kerajaan tetap kena tanggung percutian saya…. huhuhuhuhuuu…. dpt la juga merasa duit kerajaan kan….. next trip, melaka pula…. tak sabau nye nk jumpa kawan lama…… terima kasih daddy bwk kami jenjalan….. orang johor tp tak pernah sampai ke danga bay tu….
Entri terbaru dari nurul..Ramadan bulan mulia
hahahaahahaaa… keluar muka sendiri la pulak…. i tak tau nk setting camne hahahahahahaa layannn
Entri terbaru dari nurul..Ramadan bulan mulia
sebab u gunakan email i
yeah melaka here i come haha
hahaha… demn yuuuu sejak bile aku berstatus sifu. same-same kelaut kot!!!.. by the way.. malam tadi sebelum tidok dah bace. then malas nak reply berbagai mentioned semua tu.. hahaha baik aku berselubung.
tadek nak komen ape sebab aku pon same je cam aku cakap kat atas… kelaut. but.. gambar kuning tu rasanya white balance tak kene.
tapi ape pon kan… yang aku jeles sebab noise hang sangat low. even pakai iso tinggi. maklomla.. kamera mahai… bhahaha…
jap jap.. aku nak tacap gambo semalam. hari ni lom hapdate lagi. bz banget donggg!
Entri terbaru dari Azman Ishak..Setelah hampir setahun, akhirnya berjaya jugak projek ni.
memang benar kuning tu sebab white balance, masa tu dah malas nak ejas, jadi aku belasah je la..
pasal iso tu no komen boleh dak haha memang noise tu kurang sedikit la kalau tinggikan iso pun
pasal tu kalau gambar aku kalau banyak noise… aku buat cross processing sebab nak kaver perkara ni. so tone warna akan jadi lain.. perhatian orang dah tak pikir pasal noise tu.
lagi satu buat bnw agak sesuai untuk gambar yang noisy.. baru nampak art dia kat situ.
Entri terbaru dari Azman Ishak..Setelah hampir setahun, akhirnya berjaya jugak projek ni.
ok baiklah
Selamat bercuti bro…:)cantik gmbr bro masa kuda pusing tu…masih sedang belajar untuk speed trap, setting TV
Entri terbaru dari Norizwan..kerabat johor berbelanja RM 900K ubah suai kereta
boleh kita sama2 belajar