Demam sudah baik

Keluarga
17/07/2010 | 6 komen »

Alhamdulillah demam saya sudah baik, cuma tinggal batuk je masih lagi belum pulih sepenuhnya (sebab batuk pun hisap rokok). Anak saya dah hilang demam dan mula aktif, tadi sebelum tidur pun masih lagi nak main kejar-kejar dengan daddy dia dalam rumah dengan walker bulat dia tu. Tapi batuk dia dah mula nak baik. Alhamdulillah.

Mama dia pula malam ni sakit kepala pula, demam dah takder, mungkin  sebab penat dalam minggu ni asyik berjaga malam je melayan karenah anak dan juga berulang alik ke hospital sampai dua malam gara-gara anak panas mengejut.

Kepada rakan-rakan yang meninggalkan komen dan doa kepada kami sekeluarga, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kerana mendoakan kesihatan kami sekeluarga.

Saya pun tak nak membebel panjang cuma sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan anda semua, semoga Tuhan membalas jasa baik anda semua. Terima kasih.

Tentang Penulis: Admin

Pemilik blog ini masih lagi bekerja sepenuh masa dan blog ini dibina kerana minat terhadap penulisan serta keinginan untuk terus belajar. Sudah mempunyai isteri dan seorang cahaya mata, untuk biodata penuh boleh lihat Pemilik Blog

6 Maklumbalas kepada: Demam sudah baik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge