Ketika jam menghampiri pukul 9.00 pagi pada 02 Febuari 2008 seorang anak muda berbaju melayu putih bersamping sedang berjabat tangan dengan imam. Pada waktu itu mata bertentang mata, lutut berlaga lutut dan dikelilingi kaum keluarga..
Suasana pagi itu amat nyaman dan selesa..taktala selesai sahaja imam menghabiskan sebutannya lantas terus disambung oleh anak muda itu. Lancar tanpa tersekat namun sewaktu imam bertanyakan saksi, seorang darinya inginkan sekali lagi.
Gaya lagak pemuda tersebut masih lagi tenang dan salam dihulur untuk kali keduanya dan lafaz yang dituturkan lancar tanpa sebarang bantahan..lantas semua saksi juga menyebut perkataan SAH.
Di saat itu, ada suatu perasaan yang menusuk kalbu si anak muda itu, kelopak matanya terlihat akan keluar air dan terus bergenang. Maka hilanglah statusnya sebagai seorang yang bujang dan kini sudah memegang status yang semua orang lelaki impikan namun tidak semua mampu mencapainya.
Saat itu juga anak muda itu terbayang akan penyerahan tugas dan tanggungjawab yang perlu di pegang dari seorang bapa mertua dan kini jatuh di bahu anak muda itu, sesungguhnya tanggungjawab yang bakal di pikul itu memang berat dan amanah itu harus dijaga sebaiknya.
Sejak dari itu, anak muda itu berazam untuk membawa bahteranya berlayar di lautan luas terbentang dan sentiasa cekal untuk menjadi pengemudi yang baik dan menjadi pemimpin kepada sebuah rumah tangga. Sesekali badai menghempas dengan air laut yang bergelora akan tetapi ianya harus jua diharungi demi memikul amanah yang telah dipertanggungjawabkan dan yang akan di soal apabila tiba saat di padang masyhar kelak.
Seperti pepatah orang tua-tua yang selalu menyebut “sedangkan lidah lagi tergigit” inikan dua insan yang mempunyai dua hati dan juga akal..cuma persamaan harus di cari serta menampal apa yang telah kurang.
Kini setelah tiga tahun melaluinya, segala pahit maung dikecapi bersama dan suka duka dikongsi. Tiada kata yang mampu dilafazkan tiada bahasa indah untuk dititipkan selain ucapan “SELAMAT ULANG TAHUN YANG KETIGA PERKAHWINAN KITA” untuk yang tercinta lagi disayangi.
Cinta kita dizahirkan di atas sebuah kertas yang suci lagi murni dan buat isteri tercinta, semoga hubungan kita akan terus berkekalan sampai akhir hayat.
Nota : Anniversary kali ini tiada sajak, tiada juga kek dan juga masak special untuk sayang yer, kali ini kita sambut dengan banjir di dalam dewan.
hajat di hati agak-agak mahu berapa ramai cahaya mata,mijie ?
*masa lu sms cakap sambut ulangtahun kat dewan mangsa banjir,gua nak tergelak – sorry !
*
Entri terbaru dari sangilapi..blogger yang terkejut
yang di rancang 4 bro joe, insyaAllah…
pasal sms tu…teergelak pun takper..kami pun dah tergelak dah, hahahaha…mkn megi time kat dewan tgh malam tu aku anggap dinner special..ngan org rumah, hehe
selamat ulangtahun perkahwinan bro Mijie.. moga bahagia hingga ke akhirnya..
cntik gmbar
Entri terbaru dari adele..Hak Yang Perlu Anda Tahu Jika Ditahan Polis
terima kasih adele, gambar tu time kami jalan2 ngan family kat putrajaya hari tu
perghh..posing, hahah, inilah model suami isteri bahagia yang kita cari..haha
hahaha kalau ada sapa2 nak booking boleh la kami bagi murah2 je
wah~
ini bukan klcc kan..;D
selamat ulang tahun buat bro dan sekeluarga..
Entri terbaru dari syahrilhafiz..Gayakan Tema Windows dengan WindowBlinds
putrajaya tuh… huhu,
Entri terbaru dari zik..Rahsia khusyuk dalam solat
hehe, tahu, saja nak nyakat..;D
Entri terbaru dari syahrilhafiz..Filem – Kembar Siang
klcc sbb 2 org ek, heheeh siot je
wah!!!!.happy Anniversary MIjie n Kak Nurul!!..Moga dapat anak ramai-ramai..ngehehehehe…
p/s : Fahim ker yang tolong amik gmbr nih..hahaha
aah la…fahim tolong amik kan gambar guna hp htc ayah dia kot.heh…
Entri terbaru dari wandisini..Mesir Yang Sebenarnya
terima kasih ejon, em fahim tukang tengok je, yg ambil adik ipar
Selamat menayambut ulang tahun perkahwinan. Err belaga lutut lain macam sahaja bunyinya bro
Nak buat macamana cadang hendak bercuti merehat diri kampung pula dilanda banji
Kalau orang barat siap buat renew aku janji perkahwinan.
Macamana kawan saya yang akan berlansung perkahwinan dengan jejaka pilihannya di Kandang Melaka
Entri terbaru dari akubiomed..Sambutan majlis hari lahir rakan sekerja
heheh lutut berlaga lutut tu ayat penyedap, em by the way thanks bro
ramai yang sambut ulangtahun kat dewan
tapi bukan dalam banjir
hehe
semoga kekal bahagia bersama rahmatNYA
‘sedangkan lidah lagi tergigit’
dan tak pernah juga gigi marahkah lidah lalu menggigitnya sekuat hati
Entri terbaru dari tehr..Buat Table Dalam Entri Dengan MS Word
terima kasih tehr…
Selamat Ulang Tahun. Moga-moga berkekalan hingga hujung hayat ya.
terima kasih shah…insyaAllah amin
ingatkan apa lah, anniversary rupanya.
moga bahagia dunia akhirat bro.
huhu. banjir pulak ye, harap2 semuanya selamat
Entri terbaru dari Affan..Merendah diri dalam berblog
heheh saje nak lari dari kebiasaan…jadi pilih tajuk mcm ni
wahhhh…terkesima tngk pic tu hehe…Selamat ulang tahun bro mijie..semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..aminnn
Entri terbaru dari aimannajmy..Jalan-jalan Stadium Darul Aman Kedah Part 1
terkesima? hahaha konsep gambar tu aku yang bagi idea..pastu suruh adik ipar yg snap, hehe
p/s aku pun baru perasan, gambar ni
Happy anniversary….semoga berbahagia sokmo…
Entri terbaru dari mycy..First Time Makan Ajitsuke Nori Seaweed
terima kasih boh
samo-samo…mari pakat tamboh anok pulok deh…
Entri terbaru dari mycy..It’s All About Mugen MF10 Sport Rim
Assalaamu`alaikum mijie,
selamat ulangtahun yang ke3 saya ucapkan. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat hendaknya. Membaca luahan hati awak mengenangkan saya kepada suami, mungkin beginilah apa yang dia rasa semasa pernikahan kami 9 tahun yang lepas. Hehe.. bezanya suami saya malu sangat nak bagi tau kat orang betapa dia cintakan saya. Lelaki pemalulah katakan..
Entri terbaru dari Mama Murai..Haramkan barangan Israel Kita sememangnya tidak mampu- kita bangsa yang cakap tidak serupa bikin!
waaalaikumussalam mama murai,
kadang2 sy pun tak terluah di depan isteri, jadi sy luahkan di blog ini untuk tatapan dia
bagus tindakan awak tue, wanita pun ada masanya ingin mendengar luahan sayang daripada si suami. Walau pun tahu sifat sayang itu boleh ditunjukkan pada tingkah laku. Tapi kadang-kadang ucapan sayang yang jarang sekali kedengaran itulah yang bisa membahagiakan seorang wanita. Terasa diri dihargai.
Entri terbaru dari Mama Murai..Pembeli tokek- Pejual tokek sudah jadi jutawan ke belum
Salam,
Selamat ulang tahun perkahwinan…kata orang dugaaan yg hebat datang selepas 5 tahun…apa apa pun yg penting..kita bijak menyesaikanya…
insyaAllah semoga semuanya berjalan lancar
sayang yang garang ni sayang sangat kat hubby……. seronokkan celeb anniversary kat dewan…. plan nk baking kek coklat kukus, tapi dapat makan nasi ngn lauk sardin je pn dh kira ok laaa… mlm mlm dpt mkn megi goreng….. huhuhuuuu…. terima kasih hubby kerana sanggup melayan kerenah sayang yang unpredictable ni….. semoga kesabaran dan kesanggupan hubby akan berkekalan dan bertambah seiring pertambahan usia perkahwinan kita… ameen…
Entri terbaru dari nurul..A story of one night ABC
amin…semoga kita akan terus tabah melayari bahtera merdeka,,,eh silap bahtera yg kita bina ini
Tahniah tuan dan isteri. Semoga kekal hingga ke akhir hayat. Post yang cukup cool dan berkesan.
terima kasih liza, lama tak nampak