Anak tertidor dalam kereta? mungkin situasi ini ada diantara kalangan pembaca yang pernah melalui pengalaman ini. Pesanan ini adalah untuk kita bersama supaya ianya dapat dijadikan pengajaran dan peringatan untuk kita bersama.
Kepada anda diluar sana, jangan tinggalkan anak anda tidor dalam kereta bersendirian kerana ianya boleh mengundang kejadian yang tidak diingini malah banyak kejadian dimana anak meninggal dunia kerana di tinggalkan dalam kereta dalam jangka masa yang lama.
Pengalaman yang saya lalui semalam hendak saya kongsi bersama supaya anda diluar sana boleh menjadikannya sebagai pengajaran. Kisahnya semalam selepas balik kerja saya bersama isteri dan anak singgah sebentar di pasar malam berhampiran dengan kawasan taman saya. Saya tinggalkan anak saya dan isteri di dalam kereta manakala saya pergi ke pasar malam sendiri.
Selepas saya selesai membeli belah beli barang di pasar malam saya berjalan menuju ke kereta dan semasa hendak menaiki kereta saya melihat seorang ibu muda sedang mengetuk cermin keretanya. Lantas saya terus pergi bertanya kepada ibu tersebut kenapa kak? Rupa-rupanya anaknya telah tertidor didalam kereta dalam keadaan enjin kereta tersebut hidup dan anaknya mengunci kereta tersebut.
Seingat saya semasa mula-mula saya berhenti kereta hendak ke pasar malam, kereta ibu tersebut telah pun berada di depan kereta saya. Maknanya kereta ibu tersebut dah hampir 45 minit dalam keadaan enjinnya hidup dan anaknya tertidor sendirian di dalam kereta. Muka ibu tersebut teramat cemas kerana anaknya tidak bangun dan saya cuba membantu untuk menggoyangkan kereta tersebut, tetapi anaknya masih lagi tidak bangun.
Sebenarnya teramat bahaya kalau kita ataupun anak kita tidor dalam kereta dengan enjin hidup dan air cond terpasang kerana sekiranya berlaku kebocoran gas ataupun kandungan udara yang mengandungi oksigen berkurangan boleh membuatkan kita pengsan dan apabila mencapai satu tahap dimana badan kita hanya menerima 6% oksigen sahaja udara dalam badan. Kita boleh koma. (Sesiapa doktor tolong betulkan kalau saya silap).
Berbalik pada kisah tadi, pelbagai cara saya buat untuk mengejutkan anaknya supaya bangun, tetapi ianya tidak berhasil dan saya lihat ibu tersebut terlalu cemas dan hampir menangis kerana terlalu risau. Selepas itu si ibu muda tersebut menelefon suaminya untuk datang bawa kunci spare. Saya tanya ibu tersebut, berapa jauh dari rumah? dan jawapannya sedikit melegakan kerana hanya sekitar kawasan tersebut.
Sementara menunggu suaminya datang membawa kunci spare, sempatlah saya beri nasihat dekat ibu tersebut jangan tinggalkan anak dalam kereta dan pesan kat anak supaya jangan kunci kereta. Saya cakap kalau terpaksa tinggalkan anak dalam kereta pastikan cermin tingkap dibuka sedikit supaya udara dari luar dapat masuk ke dalam kereta. Ini penting supaya kitaran udara dalam kereta tidaklah dipenuhi dengan kandungan gas berbahaya.Lagi satu pantau pernafasan anak di dalam kereta, kalau dah hampir tiada pergerakan dada. Tindakan segera perlu dibuat seperti pecahkan cermin kereta.
Ibu tersebut hanya mampu mengangguk kepala tanda ia mendengar nasihat saya. Lagi satu kalau pelbagai cara dibuat untuk membuka pintu kereta tidak boleh. Pecahkan cermin kecil pada bahagian pintu belakang dan cara nak pecahkan cermin kereta tersebut ialah ketuk dengan benda tajam di bahagian bucu cermin kerana titik lemah cermin kereta ialah di bucu pada setiap bahagian cermin (Harap anda yang membaca jangan salah gunakan ilmu ini).
Saya tunggu sehingga suami dia datang dan dapat buka kereta tersebut baru saya pun balik ke rumah. Masa saya hendak meninggalkan mereka saya nampak suaminya macam marahkan isterinya dan tunduk. Harapnya mereka dapat menyelesaikannya secara baik terhadap kejadian yang berlaku.
Tips untuk anda :
Itu sahaja pengalaman yang saya lalui dan diharapkan pembaca blog semua dapat mengambil iktibar dari kejadian tersebut dan ingat! seboleh-bolehnya jangan tinggalkan anak anda bersendirian dalam kereta. Banyak kes kematian yang berlaku semasa anak berada di dalam kereta sendirian.
pengalaman dan pengajaran yang amat berguna ni bro mijie, nasib baik tak berlaku apa-apa yg tak diingini…iskh kalau tak tak pasal-pasal keluar paper insiden tu huhu
itula pasal, kalau tak dgn saya pun turut glamer, hehehe
saya biasa tinggalkan jugak bebudak tu dlm keta, tapi bukan dlm keadaan tido lah, biasanya matikan enjin dan bukak tingkap sikit bagi udara masuk..ok ke ?
Haha,aku susah nak tido dalam kereta,asyik berangan je..hehe
bagus mcm tu
berangan nak kaya..haha
semoga kite sll beringat….
yer sayang…cari slip periksa b dulu, tak jumpa ni…ada satu je yg baru,yg tahun 2008 tak jumpa
aku walaupun belum khawin lagi tapi aku lebih mengutamakan anak-anak saudara aku hohoh..salam kenal bro
itu yg sebetulnya..harta boleh dicari
salam kenal
gua kadang-kadang rasa pelik dengan sikap sesetengah ibubapa yang kurang peka dengan keselamatan anak-anak mereka.
gua rasalah kunci spare kereta biar kena selalu bawa di badan
…apa-apa hal senang !
biasalah sebab diorang tak pernah kena, kalau dah kena baru lah mereka mula nak peka, cehh
selalunya kunci spare sy ada dalam handbage wife
dlu mak gua ade pesan:off aircond n tutup enjin bila kereta x bergerak.br sekarang tau kenapa. B)
lagi satu turunkan cermin
erkk.. bahayanya. tak sangka jadi macam tu. takmau la benda buruk berlaku. kalau sayang anak, jangan buat gitu dah.
macam saya kalau nak tinggal tu baik tutup je enjin biar mak / akak / abg yg jaga anak kecil tu
itulah pasal, kn alert benda2 mcm ni
hohohoh…biasanya aku yg selalu kena tinggal sbb selalu tido dlm kete bile travel jauh2..keh keh keh
hehehe kalau org besar tdor tak der mslh, ketuk je kereta mesti bangun, lainlah kalau tidor mati
bahaya tinggal ank dlm kete dgn enjin n aircond masih hidup.. thanks bro for this info
sama2 bro
anak ni x tahu apa2…so perlu ada org yg jaga dlm keta
Pingback: Sotong ramal Germany kalah!!! « bujang3
memang bahaya…. dah banyak kali dengar, budak kelemasan dalam kenderaan yang bertutup…. kalau nak tinggalkan sekejap tak per la..itu pun kena pastikan tingkap diturunkan sikit, supaya ada udara masuk…. (pendapat aku ler)
bahaya …jangan tinggalkan anak2 di kereta…
Memang sangat-sangat bahaya. pernah berlaku pada saya, masuk dalam kereta dengan anak umur 2 tahun, start enjin dan hidup aircond. lepas tu nak kuar kejap ambil barang, tutup pintu, lepas tu kereta terus auto lock sbb enjin baru start ram tinggi. tingkap semua rapat. panik mula2. lps tu budak mula main dalam tu pasang cd kuat2, main tekan butang sana sini, akhirnya dapat attract dia utk tekan butang release lock, cepat2 buka pintu. apa2 pun kena hati2
Ni benda biasa, malah sekolah memandu pun ader citer benda ni. Org kita mmg ambil mudah sesuatu benda. Dah jadi baru gelabah.
Salam,
Perkongsian yang sangat berguna.. mmg tak boleh biarkan anak2 sendirian dalam kereta, banyak bahayanya..
dan info pasal cermin tu, 1st time tau ni.. mungkin berguna juga tu kalau dalam keadaan terdesak
Masa anak aku berusia 2 tahun pernah juga aku tinggalkan sekejap dalam kereta tetapi dia tak tidurlah. Kunci pun kebetulan aku tinggal sebab nak beli makanan tepi jalan. nak jadikan cerita dia boleh pula tertekan lock. Suruh naikkan balik dia tak faham.. nasib baik rumah dekat.. mintak tolong orang hantarkan aku balik rumah ambil kunci..
bahaya gak kes ni..tulah, diharap semuanya dapat berhati-hati lepas ni..
memang berbahaya kan bro. tapi tulah benda info macam ni banyak ibu bapa tak ambil port… silap!
Pengalaman sendiri : Pergi kedai beli barang, tinggalkan anak bujang umur 4 tahun dalam kereta seperti biasa. Dia memang akan lock kereta.
Dalam 5 minit bila dah selesai beli barang. Tengok dia dah tertidur. Puas juga nak kejutkan sebab anak bujang ni kalau dah tidur, BOM meletup pun tak sedar
Alhamdulillah, 5 minit ketuk cermin baru dia tersedar. Lepas kejadian tu, kalau nak bawak dia masa beli barang. Kena pastikan dia dah tidur secukupnya
selamat menonton final game bro…pagi ni.