Semalam kenduri kahwin kawan orang rumah aku yang satu kampung dengan dia, kawan dia kiranya orang yang terakhir dalam geng-geng member dia yang lain yang semuanya dah kahwin. Memang dah sebulan lebih isteri aku nak ajak aku pergi kenduri kawan dia jadi aku pun balik kampung minggu ini.
Rasanya ramai yang dah tahu kalau kenduri kahwin di Johor perkara yang paling terkenal ialah TOL semasa pengantin lelaki sampai ke rumah perempuan. Dulu aku pun melalui pengalaman yang sama bila majlis kahwin aku dulu kena tol sampai ke atas pelamin, kenangan betul masa tu.
Apa kata layan gambar yang aku ambil masa kenduri ni.

kalau zaman aku dulu mana ada pegang kamera digital masa kecik-kecik, sekarang tengoklah budak-budak pun dah guna kamera

kali pertama aku tengok pengantin lelaki dan rombongan berarak menggunakan kereta, kumpulan kompang di belakang mengiringi kereta pengantin

inilah yang tiada di negeri lain iaitu pengantin lelaki kena bayar tol kalau tak, mana boleh naik ke rumah pengantin perempuan
Inilah yang unik bila kenduri kahwin di Johor iaitu duit tol yang diletakkan dalam sampul untuk diberikan, kebiasaannya kanak-kanak dan orang dewasa dari belah pihak pengantin perempuan akan sekat/halang pengantin lelaki untuk naik ke rumah pengantin perempuan dan wakil dari pengantin lelaki kena bayar tol dahulu.
Aku dahulu sediakan 50 keping sampul surat untuk bayar tol ni sebab selalunya paling-paling sedikit pun ada 3 tol untuk naik ke rumah pengantin perempuan, apa yang aku nampak ianya adalah sekadar penyeri lagi majlis kahwin ini. Mungkin sesetangah orang tidak berapa suka tapi bagi aku ianya unik dan membezakan dari yang lain.

kali ini pengantin lelaki hanya mampu tersenyum bila pengantin perempuan dilarikan ke atas rumah, manakala pengantin lelaki kena bayar tol lagi
Nampak tak unik bila kenduri kahwin di Johor dan isi dalam sampul tu tidak penting tetapi adat ini harus dikekalkan selagi ianya tidak bercanggah dengan Islam.
Sebenarnya setiap negeri mempunyai keunikkan masing-masing bila ada kenduri kahwin dan sebagainya dan tidak perlu rasanya untuk kita mengutuk adat dan budaya masyarakat setempat yang diamalkan selagi ianya tidak terpesong dari agama.
Apapun aku bukanlah jurugambar rasmi pada majlis kahwin ini, sajer nak bawak kamera aku untuk belajar tentang merakam gambar perkahwinan dan mencari pengalaman untuk kegunaan pada masa depan. Walaubagaimanapun kamera aku hanya menggunakan kit lense yang tak mampu nak zoom jauh-jauh untuk capture gambar, lainlah kalau si Azman Ishak ada masa majlis ni memang lain lah, dia ada DSLR dan lense yang mampu zoom jauh-jauh. Memang kacak la gambar-gambar dia tu.
.
.
Nota : Sekejap lagi nak bertolak ke Johor Bharu, hari selasa baru balik Kuala Lumpur, nanti nak tambah koleksi gambar-gambar di sana nanti.
Mesti nak sabitkan aku jugak kan? Hahaha… Ok..kalau tak puji nanti hang kecik ati… Kalau hang declare gambar ni tak pakai speedlight… Aku memang impress la untuk noob kategori seperti aku. Aku paling lemah nak snap movement. Tadek fast lense cam dan kamera mahai macam hang. Kalau nak fast.. iso kene naik plak.. so agak masalah utk aku kalau pakai high iso, noiise banyak gile.
Memang tak sama la cam kamera hang mahai bapak berantu tu. Noise reduce kamera hang memang optimum la…
By the way… Next artwork mungkin relese hari senin. Aku rasa rugi dah sebab sia siakan kamera ni sejak kian lama haha… Now at lease satu hari ade artwork untuk diupdate. Cam aku cakap… Persaingan sihat. Biar orang boring pon… Asik-asik aku tag hang… Hang tag aku. At the same time… Skill bleh gak improved. Kan?
Ok ah… Panjang komen. Aku on mobile. So kalau ade typo… Pepandai la edit eh haha… Nak gerak balik umah. Adios…
Entri terbaru dari azman ishak..Selamat datang ke Kampung Jenjarom, Banting
hahaha aku tak perlukan pujian hang pun sebab lense aku kit yang murah sahaja,,,hanya gambar yang ke 12 dan 13 sahaja aku guna built flash kat body kamera aku yang lain semua main shutter speed 1/15-1/80 sec…
iso aku hentam antara 800-1600 dan apperture f 5.6 – f8…tapi blur tu tetap ada la, nak sharp giler2 memang susah la
yang penting sama2 belajar
Rival ini terbuka kepada blogger yang mempunyai DSLR juga ker?
Entri terbaru dari akubiomed..Pemain veteran Selangor masih berbisa
sebenarnya rival ni saje suka je then tak pernah rancang pun, azman buat aku balas, aku buat dia balas macam tu je, kalau bro nak join takder masalah dan memang dipersilakan, benda mcm ni bukan wajib,
buat la bro, nak juga tengok hasil dari canon hehe
aku masih tengok gambar dengan baca je
dapat ilmu gak, kan
tapi tak boleh nak apply
huhu
Entri terbaru dari tehr..Pantun Berkait | Nasi Lemak RM 2.00
sama la dengan aku Tehr..
mampu tengok dan baca je, satu apa tak paham, yang aku tahu gambar tu cantik je heheh
Entri terbaru dari dinoBiz..Ilmu Batin – Beli Khadam Dalam Talian
Memang gagoh boh naik BMW takdok bumbong. takut kawe ngelih huhu. Gambar2 demo lawa. Tabik.
Entri terbaru dari Khairi..Bukan setakat di senawang, pocong turut dijumpai di stesen komuter dan terowong ke Ipoh!
kawe masih lagi belajar ni boh pasal seni mengukir cahaya nih
Bila la aku nk kahwin ni
Entri terbaru dari aktechpage.com..LENOVO IdeaPad K1: Tablet Pertama Dari LENOVO
demo nikoh jange lupo jeput kawe
bro buat saya belajar….cara bro ambil angle shoot sangat menarik….cantik2 gmbr semua….
Entri terbaru dari Norizwan..kerabat johor berbelanja RM 900K ubah suai kereta
ala bro, aku ni masih mentah ni
Pingback: Bekerja sambil bercuti di Johor Bharu
Salaam Mijie…
Mohon hubungi akak di talian 0196972567. Hp lama hilang, jadi no mijie tiada dalam senarai no teman2. Tq
ok kak
jejakmihrabmimbar.com dah expired…tu yang nak tanya mijie ni…Mohon sangat2 mijie dpt hubungi akak. tq
mmg seronok bermain DSLR ni..
Entri terbaru dari Mus..Ujian Ringan Untuk Toyota Hilux 3.0L D-4D
memang seronok, kalau banyak masa lagi seronok