Masakan mak mertua

Keluarga
07/11/2011 | 11 komen »

hidangan sehari sebelum raya aidiladha dan hari lahir

Tiada yang istimewa melainkan makan masakan ibu, tak kisah ibu sendiri ataupun ibu mertua sebab kedua-duanya masa memang terbaik. Sempena cuti hari raya aidiladha ni dan juga kebetulan tarikh lahir aku sehari sebelum hari raya jadi mak mertua masak special sempena nak raya dan juga birthday boy, hehe.

Masakan semua ikut keinginan masing-masing, cucu nak makan bubur pulut hitam, lepas tu menantu pulak nak makan sup ekor dan anak sendiri nak makan asam pedas jadi mak mertua masak semua sekaligus supaya masing-masing dapat merasa apa yang dihajati. Kalau nak tanya tentang rasa memang tak boleh nak gambarkan sebab sedap dia tak boleh diluahkan dengan kata-kata (ok bukan bodek) dan hanya yang makan sahaja dapat tahu rasanya. Apa kata layan snapshoot juadah yang telah berjaya di hadam dalam perut aku.

bubur pulut hitam

sup tulang meletup

asam pedas memang terbaik kalah linda onn punya resepi

bergedil buat sendiri

periuk kera letak pulut

“Masakan ibu memang terbaik dan rasanya memang sukar nak dapat dekat kedai, terima kasih mak sebab masak istimewa dan juga nasi dagang yang sedap, memang orang kata air tangan ibu tu memang sukar ditukar ganti.”

 

Artikel yang berkaitan

Tentang Penulis: Muhammad Tarmizi

Pemilik blog ini masih lagi bekerja sepenuh masa dan blog ini dibina kerana minat terhadap penulisan serta keinginan untuk terus belajar. Sudah mempunyai isteri dan seorang cahaya mata, untuk biodata penuh boleh lihat Pemilik Blog

11 Maklumbalas kepada: Masakan mak mertua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge