Persiapan menjelang hari raya aidilfitri

Keluarga
21/08/2011 | 23 komen »

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca blog yang budiman.

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana kita masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara yang dibekalkan oleh NYA tanpa bayaran dan kita masih lagi dapat bangun dari tidur di muka bumi ini serta diberi peluang untuk menikmati ramadan pada kali ini. Gunakanlah kesempatan ini sebaik-baiknya kerana belum tentu kita dapat berjumpa pada ramadan yang akan datang.

Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan sambut hari raya aidilfitri dimana hari kemenangan bagi umat islam yang berpuasa dibulan ramadan.

Bila bercerita bab menyambut hari raya ni, masing-masing sibuk membuat segala persiapan, aku pun tidak kurang juga membuat persiapan untuk hari raya yang bakal tiba nanti. Boleh dikatakan hampir 90 peratus persiapan sudahpun dilakukan dan tinggal beberapa perkara yang belum lagi dibuat untuk hari raya nanti.

baju melayu hari raya

Baju melayu sambutan maal hijrah yang lepas guna untuk raya kali ini

Dulu semasa bujang boleh dikatakan persiapan hari raya bagi aku cukup ringkas, hanya beli baju melayu ataupun kain pelikat itu sahaja dan yang lain-lain tu pakai je yang digunakan harian. Tapi bila sekarang dah mempunyai keluarga sendiri jadi persiapan pun dah lain. Tambahan lagi ini dah kali ke 3 aku menyambut hari raya bergelar suami dan tahun ke 2 bergelar bapa.

Tetapi baju melayu tahun ni aku gunakan baju melayu yang diberikan oleh Jabatan aku semasa majlis sambutan maal hijrah yang lepas, jadi dah dapat berjimat untuk satu set songkok, samping dan baju melayu. Lagipun baju tu hanya dipakai sehari sahaja..dan secara automatiknya juga tema hari raya kami pada tahun ini ialah warna hijau.

Baju isteri pula aku beli sebulan sebelum puasa hari tu dekat Jakel Shah Alam, dan bajunya pun dah siap tempah jahit sebelum puasa hari tu. Persediaan awal ni aku buat sebab selalunya baju orang perempuan ni bila dah masuk bulan puasa memang tempahan untuk jahit baju pun pasti dah penuh.

Jadi aku dan isteri dan selesai tinggal anak kami fahim sahaja yang belum beli dan sebelum puasa hari tu juga ada J Card Day dekat Jusco Taman Equine dan masa tu kami ambil kesempatan untuk beli baju raya fahim. So persiapan hari raya kami hampir selesai sebelum tiba puasa lagi.

Tinggal baju melayu fahim je baru beli semalam dekat Nilai Square, itupun dah penuh pusing-pusing dekat sana nak cari warna yang hampir sama dengan baju melayu aku, tapi jumpa juga akhirnya baju tu. Harga pun tidaklah mahal untuk sepasang, dari RM 30 dapat Rm 25 tapi sebab tempat nak lekat butang bajunya dah tertanggal kami minta RM 20 untuk sepasang tu. Alhamdulillah semuanya selesai dan tinggal nak beli baju yang dah siap sebagai tambahan untuk isteri itu sahaja.

Mungkin sesetangah orang selesa membeli belah untuk hari raya pada waktu sekarang untuk merasakan feel hari raya tapi kami sebenarnya lebih suka bersiap awal, lagipun aku dah tak sanggup mengharungi jalan sesak, orang yang ramai berasak-asak untuk membeli baju raya di Ibu Kota Kuala Lumpur dan beberapa tempat lain yang menjadi pilihan orang disekitar lembah klang ni.

Semangat hari raya pada tahun ini ditambah lagi dengan berita gembira yang kami dapat iaitu fahim nak dapat adik tahun depan.

Nota : Macam mana persiapan hari raya kamu semua? Share la dekat sini.

Artikel yang berkaitan

Tentang Penulis: Muhammad Tarmizi

Pemilik blog ini masih lagi bekerja sepenuh masa dan blog ini dibina kerana minat terhadap penulisan serta keinginan untuk terus belajar. Sudah mempunyai isteri dan seorang cahaya mata, untuk biodata penuh boleh lihat Pemilik Blog

23 Maklumbalas kepada: Persiapan menjelang hari raya aidilfitri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge