Hari ni kalau ikut kalendar masihi genap 2 tahun Muhammad Fahim dilahirkan, selamat hari lahir Muhammad Fahim anak daddy yang teramat daddy sayangi. Fahim dilahirkan melalui pembedahan pada jam 01.00 pagi di hospital segamat pada 10 Oktober 2009 (10.10.2009) dan muhammad fahim berkongsi tarikh lahir dengan mak sedara dia Cik Yuyu.
Nak cerita pengalaman rasanya terlalu panjang dan kalau nak diringkaskan fahim dijangkakan lahir pada 02 oktober 2009 tetapi dah overdue selama seminggu jadi selepas seminggu mama fahim belum ada tanda-tanda nak bersalin dan ketika itu tekanan darah mama naik mendadak jadi mama kena tahan wad pada 08 Oktober 2011.
Masa tu daddy tengah berkursus di Wakaf Tapai Terengganu dan bila dah tahu mama kena tahan wad, daddy bergegas balik dan jangkaan daddy mama dah sampai masa nak bersalin. Bila dah sampai doktor cakap belum ada tanda-tanda untuk bersalin lagi jadi daddy pun berkampung di hospital segamat 3 hari 2 malam menunggu mama di wad.
Jadi pada hari kedua malam doktor telah bagi ubat untuk paksa bersalin, sedih bila daddy tengok mama kesakitan sebab 3 kali doktor bagi ubat supaya mama dapat melahirkan fahim. Kali yang ketiga tu mama kena inject dan masa tu daddy pun dah tak sanggup tengok kesakitan mama dan daddy pergi jumpa doktor dan minta doktor buat pembedahan untuk melahirkan fahim.
Malangnya bila daddy berjumpa doktor daddy kena marah sebab doktor cakap kalau jadi apa-apa kat mama dan anak dalam kandungan siapa nak tanggungjawab? Doktor tanya daddy nak tanggungjawab ke? Dalam hati daddy masa tu hanya pasrah dan tak sanggup lihat kesakitan mama, tapi daddy bukan doktor jadi daddy hanya ikut sahaja apa yang doktor cakap masa tu.
Selepas bukaan 5 cm mama dah lemah dan tak mampu lagi menahan kesakitan, masa tu nak je daddy jumpa doktor dan bagitau suruh operate tapi daddy tahu jawapan yang sama akan diberikan dan daddy mesti kena marah lagi sebab mengarah doktor.
Masa tu kalau fahim nak tahu daddy dah tak tahu nak buat lagi, nasib baik atok dan nenek ada temankan daddy jadi mereka bawa daddy keluar pergi minum sekejap malam yang ketiga tu supaya daddy dapat tenang. Bila balik sahaja minum dalam pukul 11 malam daddy masuk jumpa mama dekat wad bersalin dan masa tu daddy dah hampir nak menangis bila tengok mama.
Tak berapa lama selepas itu doktor panggil daddy dan dia dah prepare semua dokumen serta bagitahu daddy yang fahim dah berak dalam rahim mama. Masa tu daddy dah tak tahu nak cakap apa lagi dan bila doktor serahkan dokumen untuk daddy tandatangan supaya mereka dapat membuat pembedahan yang segera terhadap mama malam tu juga.
Bila daddy baca dokumen tu daddy terasa marah sangat-sangat sebab situasinya sama, bila tiba masa nak bedah dalam dokumen tu pun ada nyatakan daddy memberikan kebenaran untuk dibedah dan sebarang risiko ditanggung oleh kami. Masa tu rasa nak hempuk je doktor sebab petang tu daddy dah mintak suruh mama dibedah tapi dia marah daddy persoalkan siapa yang nak tanggungjawab.
Ini bila dah keadaan terpaksa baru nak segerakan pembedahan, persediaan untuk pembedahan hampir sejam dibuat dan pukul 12 malam mama masuk bilik pembedahan dan masa tu daddy tak boleh temankan mama dalam dewan bedah.
Masa tu hanya Tuhan sahaja tahu bagaimana perasaan daddy, penat setelah 3 hari berada di hospital, makan minum semua di hospital dan gementar takut semua ada.
Lebih kurang jam 1 pagi akhirnya daddy dapat melihat fahim dalam bakul dalam tray tapi daddy tak tahu lagi keadaan mama masa tu dan selepas setengah jam fahim dibawa keluar berseorangan dan masa tu kali pertama air mata daddy tumpah bila dapat menatap wajah anak daddy iaitu zuriat daddy bersama mama. Masa tu daddy mengalir air mata sambil ditenangkan oleh nenek.
Pertama kali dalam hidup daddy dapat menatap anak daddy sendiri dan apa yang buat daddy ingat sampai sekarang ialah fahim dah buka mata masa tu.
Selang setengah jam selepas tu barulah mama keluar dan masa tu daddy teramat gembira dan bersyukur ke hadrat Illahi kerana melindungi kedua-dua orang yang daddy sayangi.
Kini pejam celik pejam celik hari ni muhammad fahim dah pun berumur 2 tahun, setiap detik dan saat terabadi indah dalam memori daddy. Walauapapun telatah dan perangai fahim, kasih sayang daddy pada fahim tidak pernah kurang walaupun sedikit.
Untuk anak daddy : SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 2 …I LOVE U SO MUCH
.
.
Nota : Doktor tu cakap patut fahim tak nak keluar secara normal sebab berat fahim masa dilahirkan ialah 4.1 kg
Selamat menyambut Hari Lahir kepada Fahim. Rupanya Fahim dilahirkan melalui tingkap macam anak sulung saya
yer betul bro, tak mau keluar ikut normal sebab berat dia 4.1kg
Selamat Hari Lahir buat Fahim, moga menjadi anak yang soleh dan taat kepada ibu bapa. Tahniah encik Tarmizi kerana berjaya mengharunginya, inilah yang dikatakan ujian..
terima kasih ranger
Selamat hari lahir buat Fahim..
Simpan tulisan ni bg Fahim baca bila dia besar nanti Mijie, baru dia taw, susahnya mama dia nak lahirkan dia..=)..
Hopefully, adik Fahim lebih senang..Amin..=)
Entri terbaru dari ejoncb..Hati aku memang Kering Agaknya?
amin, terima kasih makcik ejon
deeply touched baca cerita daddy fahim…happiest birthday my special nephew!!
Entri terbaru dari mama long..reminiscing…
terima kasih mama long
doktor tu bodo sebenarnya. huhu.. cik anol ingat masa tu cik anol kursus kat kuala nerang. masa besday fahim sekarang pun cik anol baru balik dari kuala nerang.. what a coincidence…
hahaha satu kebetulan yang betul
selamat hari lahir fahim. sabor jelaa dengan sikap doktor tu. kalau aku memang dah lama aku sound terus.
aku cakap atas pengalaman masa aku sakit dulu.
Entri terbaru dari Master Pak Pandir..YouTube Repeat – Cara mudah untuk mengulangi video secara automatik
pengalaman pertama bro, lagipun tak nak tegangkan suasana
Betul juga tu. Kita kena tenang dalam menghadapi saat-saat genting macam tu.
Entri terbaru dari Master Pak Pandir..Letak link je dah dapat $1
thanks bro
Sama-sama bro…
Entri terbaru dari Master Pak Pandir..Letak link je dah dapat $1
Selamat hari lahir Fahim…
Mace-mace pengalame pasal anok nih…thanks for the sharing…
Alhamdulillah anak membesar dengan sihat dan sempurna…
Entri terbaru dari yusri..Nenda Pulang Ke Rahmatullah
terima kasih bro yusri
Selamat hari lahir fahim….:)pengalaman bro buat saya termenung sebentar huhu…pengalaman anak pertama saya pun lebih kurang begitu….harap seterusnya saya lebih tabah lagi huhu…..tapi gembira sangat huhu…
Entri terbaru dari Norizwan..Paling awal tercatat Guiness World Record 2012
gembira selepas bertarung dengan perasaan yang gelisah sblm tu
panjang citer. layan bace aku dengan mama amirul malam ni. selamat hari lahir Fahim. moga jadi anak yang solleh… nanti dah besar… dah kerja… sila blanjer acik Man ok. hahaha!
Entri terbaru dari Azman Ishak..Dady Day Care #vol-4
boleh, nanti fahim belanja acik man cendol semangkuk lepas tu acik man belanja fahim sony PSP
Happy birthday fahim…
kes yg sama ngan wife sya…4 org lahir ikut tingkap..tp sorang kene simpan sbb overdue smpai budak tu “buang” dlm kandungan…
Entri terbaru dari yas..Kasihnya Ibu – Sanggup mengorbankan nyawa sekalipun
itulah, ramai yang alaminya kan
Dh lama tk singgah sini…fahim dh patut dpt adik bro…
on the way bro, insyaAllah bulan april tahun depan
Salam,
Terima kasih sudi berkomen entri terbaru cikmin tu…baru balik dari kelas asas photography..alhamdulillah..dah faham la serba sedikit…lepas ni boleh lah apply apa yg dipelajari…
Anak daddy yang muhammad fahim ni..lebih kurang dah sama nama dan umurnya…muhammad faheem ammar anak ibu nak cecah 2 tahun 16 sept ni…
happy besday muhammad fahim…semoga menjadi anak yang soleh…
Entri terbaru dari cikmin..Pecah Dara..Puas!!
sama-sama cik min, kita ada minat yang sama, iaitu fotografi, pastu dslr pun model yg sama hehe
Happy Besday kepada Fahim, semoga beliau sihat dan ceria selalu…
huhuhuh… thanks berkongsi pengalaman melahirkan anak pertama.. aku punya mcm mn x tau la, harap2 selamat nanti…
Entri terbaru dari aktechpage.com..Portal Pencen: Pengiraan Anggaran Pencen, Ganjaran dan GCR Bagi Persaraan Wajib
sama-sama bro, insyaAllah semoga dipermudahkan untuk bro nanti
selamat hari lahir buat anaknya fahim… pantas masa berlalu… tup2 dah 2 tahun…
Entri terbaru dari zik..Misi terbaru: VFF CUP 2011 Hanoi,Vietnam
betul tu zik