Sedar tidak sedar hari ini genap 4 tahun perkahwinan aku dengan isteri tercinta Nurulaini binti Abdullah dan masa yang berlalu dengan begitu pantas, sekarang kami sudah bertiga dan tidak lama lagi insyaAllah akan bertambah seorang lagi dalam keluarga kami.
Sepanjang 4 tahun perkahwinan kami bermula pada saat majlis akad nikah pada 02 Febuari 2008 sehingga sekarang pelbagai onak dan duri yang ditempuhi sehingga hari ni serta ombak badai yang datang melambai, namun alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana mengekalkan ikatan hubungan kasih sayang kami.
Tiada kata yang mampu aku luahkan melainkan kasih sayang aku pada isteri yang tercinta tidak berbelah bahagi dan hatiku hanya untukmu sayang. Nak luahkan ayat-ayat romantis ni aku tak pandai sangat jadi cukup sekadar aku katakan isteriku adalah yang terbaik untuk aku.
Kadang kala kata-kata tak terluah dekat papan kekunci ini untuk dikongsikan kerana perasaan ini begitu sukar untuk digambarkan, jadi biarlah ianya terpatri didalam hati ini. Pernah juga cuba untuk diluahkan dan kalau nak diluahkan boleh je rujuk entri ulang tahun yang ketiga tahun lepas tajuknya ” suatu ketika dahulu”.
Begitulah cepatnya masa berlalu, terasa macam baru hari ini aku dipertanggungjawabkan untuk menyambung tugas ayahnya untuk menjadi seorang suami dan menjaga anaknya.
Sebagai penutup, buat isteri yang sangat ku cintai “SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN KITA YANG KE 4″ dan semoga perkahwinan kita akan kekal sehingga penghujung nyawa.
Nota : Orang kata fasa pertama perkahwinan ialah 5 tahun pertama dan semoga kami akan terus dapat melayari bahtera perkahwinan ini sehingga penghujung nyawa.
Happy anniversary Mijie!semoga ikatan bertambah erat
Entri terbaru dari Azman..Bila Blogger Jadi Peguam
terima kasih bro, insyaAllah
huhhuhuuu… i love you hubby…. embamnya masa majlis kahwin tu kan… 4 tahun… tak lama lagi kita berempat…. semoga Allah sentiasa menghadirkan rasa kasih sayang dan cinta antara kita…. semoga kita dapat celeb kat menara berputar suatu hari nanti… heheheheeee…..
sama2 sayang, acik tak hari ni baru nak reply muahahaha
Selamat ulangtahun perkahwinan yg ke4..
semoga terus kekal bahagia dalam susah & senang..
Entri terbaru dari kakyong..Contest Malaysia Top Blogger | Meh le kome support kakyong[dot]com©
amin, terima kasih kakyong
Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan. Isteri pun sudah tidak lama untuk menyambut anak yang ke 2.
Entri terbaru dari akubiomed..Projek hujung minggu – DIY Photography Mini Studio
terima kasih bro, semoga semuanya berjalan lancar
dah publish ke? laaa tak kasik tau pon… hehehe ape pon.. aku rasa tak terlambat nak ucap selamat ulang tahun untuk anda dan isteri dan keluarga.
lagi setahun untuk fasa pertama kan.. pergh.. aku lagi dua tahun nak habis fasa pertama… ape pon.. alhamdulillah… memang bukan senang nak paham antara satu sama lain… kalau mudah nak paham… maka nanti tadek la timbul kenangan dalam hubungan plak kan.. ok la.. byeee~
Entri terbaru dari Azman Ishak..Tips untuk pengguna Sony Alpha 290 & 390
panjang berjela kalau bab komen, apa2 pun semoga kita sama2 menjadi bapa hitler..opss bapa mithali
selamat ulang tahun ke-4 buat mijie n kak nurul!! semoga happy dan kekal bahagia selamanya!!
Entri terbaru dari ejoncb..Wa baca Fatihah saja..
terima kasih ejon
selamat ulang tahun..semoga kekal bahagia hendaknyer..amin:)
Entri terbaru dari Comel..Kad Kahwin Lisa Surihani dan Yusry Kru Yang Simple
terima kasih atas ucapan itu
Selamat Ulang Tahun Perkawinan Yang Ke-4
Semoga langgeng, rukun dan dapat menjadi keluarga sakinah, mawaddah, warahmah.. Menjadi keluarga panutan bagi lingkungan sekitar anda
Entri terbaru dari Rina As..Reconsideration Request, Solusi Mengatasi Masalah Blog di Google
terima kasih, amin insyaAllah