Tips keselamatan dalam rumah

Keluarga
25/10/2010 | 43 komen »

pasang pengesan asap atau smoke detector di rumahSelamat hari isnin buat semua dan pastinya ada lagi yang dilanda monday blues dan sambil melayan apa yang perlu dilakukan pada hari isnin. Kita lupakan tentang sindrom yang melanda tersebut dan blog ini ingin berbicara berkenaan dengan tips keselamatan dalam rumah yang bagi aku ianya boleh dikira penting.

1. Pasang Alat Pengesan Asap / Smoke Detector

Tips keselamatan dalam rumah yang pertama aku ingin kongsikan ialah pemasangan alat pengesan asap di dalam rumah. Kalau kamu semua nak tahu fungsi alat pengesan asap ialah seperti juga nama alat ini iaitu untuk mengesan asap sekiranya berlaku kebakaran ataupun mengesan asap yang kamu sengaja buat banyak-banyak dalam rumah. Kalau setakat hisap rokok alat ini takkan berfungsi kecuali kamu hisap rokok secara berjemaah.

Alat ini berfungsi untuk mengesan asap sekiranya berlaku kebakaran dan mengeluarkan asap yang banyak, apabila alat ini mengesan asap maka ia akan mengeluarkan satu bunyi siren yang sangat kuat dan cukup untuk mengejutkan jiran sebelah rumah pada waktu malam. Ada dua jenis alat pengesan asap ini iaitu self contained (bahasa melayunya aku tak tahu nak translate macam mana, tapi lebih kurang maksudnya ialah berdiri sendiri la, tak bergantung pada alat lain untuk berfungsi) dan yang kedua ialah jenis alat pengesan asap yang berfungsi secara bersistem (yang ni banyak dekat pasaraya, pejabat dan sebagainya).

Untuk rumah cukup sekadar hanya memasang yang jenis self contained kerana harganya tak sampai RM 100 untuk satu alat pengesan asap ini. Pasang juga cukup mudah, gunakan 2 skru dan letakkan dekat siling rumah anda.

Seperti gambar diatas, aku letakkan dekat siling rumah yang berdekatan dengan ruang makan, cuma kalau anda semua nak pasang janganlah letak betul-betul di tempat dapur masak. Sebabnya alat ini kan mengesan asap dan kalau dah kamu tengah buat ayam masak paprik siap keluar api dan asap berkepul-kepul memang alamatnya berbunyi panjang alat pengesan asap ni.

Dari segi penyelanggaraan pun tidak susah kerana bateri yang digunakan ialah 9v yang empat segi dan mampu bertahan sehingga 1 hingga 2 tahun bergantung kepada kekerapan alat tersebut berbunyi. Kalau alat ini dah berbunyi beep dalam selang masa sekejap maka bolehlah terus tukar bateri. Kos untuk sebiji bateri pun tak sampai RM 10 pun. Apalah sangat kalau nak bandingkan dengan langkah keselamatan yang diambil. Beli Playstation, beli TV canggih-canggih dan segala macam lagi kat dalam rumah boleh kan, takkan nak keluarkan duit untuk alat begini pun tak boleh bukan.

Oh ya, aku bukanlah nak promote suruh kamu beli alat pengesan asap ni, yang aku nak kongsikan ialah tentang alat pengesan asap ini dan cara ianya berfungsi itu sahaja dan selebihnya ialah tips keselamatan dalam rumah.

Tahukan anda? Kebanyakkan kematian yang berlaku semasa kebakaran bukan disebabkan oleh mangsa mati terbakar sebaliknya mereka terlebih dahulu mati kerana disebabkan oleh terhidu asap beracun semasa kebakaran berlaku.

Nampak tak fungsi alat pengesan asap ini? Kalau tak nampak baca 10 kali ayat yang aku quote diatas.

Ok entri ini pun dah panjang dengan 500 perkataan, kita sambung bahagian kedua nanti untuk tips keselamatan yang seterusnya iaitu Alat Pemadam Api dan juga Susun Atur di  dalam Rumah.

.

.

Kalau anda semua tak nak ketinggalan untuk mendapat entri-entri yang terkini dalam blog ini bolehlah berbuat demikian dengan subscribe/langgan melalui email dan blog ini akan menghantar entri terbaru ke kotak email anda.

Masukkan Alamat Email anda dibawah:

Jangan risau privasi email anda akan tetap dijaga
Delivered by FeedBurner

Artikel yang berkaitan

Tentang Penulis: Muhammad Tarmizi

Pemilik blog ini masih lagi bekerja sepenuh masa dan blog ini dibina kerana minat terhadap penulisan serta keinginan untuk terus belajar. Sudah mempunyai isteri dan seorang cahaya mata, untuk biodata penuh boleh lihat Pemilik Blog

43 Maklumbalas kepada: Tips keselamatan dalam rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge