Hari ini agak santai blog ini diupdate dan dalam perjalanan ke tempat kerja pagi tadi dengar berita di dalam radio berkenaan dengan Felda ( Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan) bersedia untuk menyediakan pengurus rumah tangga untuk menggantikan amah yang ada pada masa sekarang.
Jadi aku nak bincangkan dengan kamu semua tentang kewajaran untuk menggunakan pengurus rumah tangga untuk menggantikan amah yang banyak digunakan oleh keluarga di malaysia ini.
Sebelum itu, apa yang aku faham dan baca dari surat khabar menyatakan pihak Felda akan menyediakan pengurus rumah tangga ataupun pembantu rumah kepada mereka yang enggang mengambil pembantu rumah warga asing.
Difahamkan pihak felda bersedia untuk menyediakan pembantu rumah berkemahiran yang diistilahkan sebagai pengurus rumah tangga dari kalangan lelaki dan juga wanita pada sebarang peringkat umur. Ini bererti selepas ini pembantu rumah yang disediakan terdiri dari kalangan lelaki mahupun wanita yang mempunyai kemahiran untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan rumah tangga kepada keluarga yang memerlukannya.
Petikan dari Utusan : “Felda mengambil inisiatif ini sebagai usaha mengurangkan kebergantungan kepada pembantu rumah asing di mana kumpulan pertama terdiri daripada seramai 100 orang pelajar yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi akan diberi kursus.
“Mereka akan menjalani latihan kemahiran selama setahun mulai Januari depan yang akan dikendalikan oleh Yayasan Felda mengikut silibus berasaskan kemahiran,” kata Pengerusi Felda Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor semasa meraikan 106 bakal haji Felda dari wilayah Terengganu di sini hari ini.
Menurut beliau, kursus seperti penjagaan kesihatan, memasak, penjagaan kanak-kanak akan ditawarkan secara percuma kepada anak- anak peneroka Felda yang berminat tanpa had umur.
“Kita yakin sambutannya menggalakkan. Ia usaha Felda untuk beri peluang pekerjaan kepada masyarakat Felda. Jawatan ini juga dihormati, dengan gajinya yang stabil, ada uniform dan berkemahiran,” katanya.
Mohd. Yusof berkata, anggaran minimum untuk perkhidmatan mereka ialah adalah antara RM700 hingga RM1,000 sebulan, bergantung kepada kemahiran Pengurus Rumah Tangga tersebut.
“Gaji mereka ini adalah murah berbanding caj untuk mengambil pembantu rumah asing selain berbagai syarat.
“Felda boleh janjikan yang mereka ini lebih boleh diharap, mampu dan lebih menenangkan majikan kerana majikan akan dimaklumkan tentang latar belakang mereka,” katanya.
Beliau berkata, majikan juga boleh berbincang dengan Yayasan Felda yang bertindak sebagai ejen kepada kumpulan itu mengenai syarat-syarat kerja. – BERNAMA
Apa yang aku nak ulas ialah terdapat kelebihan dan juga kekurangan sekiranya menggunakan khidmat pengurus rumah tangga yang disediakan.
Kebaikkan pengurus rumah tangga
Secara keseluruhannya kebaikkan ataupun kelebihan pengurus rumah tangga yang berkemahiran ini ialah pembantu rumah yang bakal digunakan itu telah dilatih selama setahun dan mencakupi bidang kemahiran seperti penjagaan kesihatan, memasak, penjagaan kanak-kanak.
Berbanding dengan pembantu rumah yang ada sekarang, kebanyakkan pembantu rumah warga asing hanya diberikan kursus yang sekejap sebelum diserahkan kepada majikan mereka. Pemantauan dan kemahiran hanya diuruskan oleh ejen-ejen mereka.
Tahap kebolehpercayaan terhadap pembantu rumah juga menjadi satu isu yang tidak pernah selesai sehingga sekarang dan sekiranya menggunakan pengurus rumah tangga warga tempatan, tahap kebolehpercayaan terhadap mereka dapat diselesaikan walaupun tidak sepenuhnya. Sekurang-kurangnya latarbelakang mereka diketahui dan yang pasti mereka adalah rakyat negara kita sendiri.
Bukan untuk menindakkan tahap kebolehpercayaan terhadapat warga asing yang menjadi pembantu rumah tapi sekurang-kurangnya langkah yang diambil oleh Felda adalah sebagai satu cara untuk mengurangkan kebergantungan terhadap warga asing dan juga kepada mereka yang takut untuk menggunakan warga asing disebabkan oleh tahap kebolehpercayaan yang rendah.
Kekurangan pengurus rumah tangga
Dalam membincangkan kelebihan dan juga kebaikkan yang ada mungkin sedikit kekurangan kepada bakal majikan ialah pertamanya dari segi anggaran bayaran gaji minimum iaitu RM 700 sehinggan Rm 1000 sebulan. Mungkin ini akan menjadi satu halangan kepada majikan ataupun keluarga yang berhasrat untuk mengambil pembantu rumah kerana kemampuan ataupun keupayaan untuk membayar gaji minimum yang bakal dikenakan.
Gaji bulanan ini akan menjadi penghalang kepada golongan yang berpendapatan sederhana tetapi kepada golongan yang berpendapatan tinggi mungkin tidak menjadi masalah buat mereka.
Selain itu, pihak Felda perlu lebih meneliti dengan lebih terperinci kepada bakal peserta yang akan menjadi pengurus rumah tangga tersebut dari segi latar belakang mereka, keinginan dan minat yang ditunjukkan serta kesanggupan mereka untuk menjadi pengurus rumah tangga.
Kesimpulan
Walauapapun blog ini secara umumnya menyambut baik langkah FELDA untuk menyediakan pengurus rumah tangga kepada majikan ataupun keluarga di malaysia ini yang memerlukannya. Setidak-tidaknya ia akan memberikan pilihan kepada majikan untuk mendapatkan pembantu rumah dan bukan hanya terhad kepada satu pilihan yang ada sahaja.
Kamu semua pula bagaimana? mari kita bincang tentang kewajaran pembantu rumah tangga ini.
Saya rasa wajar, dan bagus jugak kalau ambil pembantu rumah dari Malaysia nih. At least, kurangkan pengangguran jugak. Lagi 1 budaya dah sama, cakap pun sama, so komunikasi sama.
Latar belakang pun kita tahu, kalau hilang ke apa, boleh cari kt family dorng sbb tahu asal mana.
Tapi pasal gaji tu, tak tahu la cukup ke tak. Hehe.. mesti ada yg nak demand lagi tinggi n majikan nk demand lagi rendah.
yang sy pasti, 1 benda para majikan kene ubah bila ambil org gaji ni, Jangan anggap mereka mcm hamba, mereka hanya pembantu, pengurus rumah tangga yang sebenar adalah ibu bapa tersebut. Kene jaga ego mereka jugak, baru semua nampak professional. Ahaks!!.
betul tu, komunikasi dan budaya yang sama membolehkan majikan berasa selesa dengan pengurus rumah tangga ini
terima kasih ejon kerana satu ulasan yang bernas
Nak ulas panjang lagi sebenarnya nih Mijie, tapi…kang tak terbaca pulak..hihi
eh apa salahnya, ulas jangan tak ulas
Haha..lagi 2, mcm rasa puas ati plak bila guna maid Malaysia, baru lah org seberang sana tak ramai dah kat sini. Bagi sorng keje kt negara dorng la. huhu.
betul tu ejon, awak memang bijak
tenkiu-tenkiu..haha
sama-sama
setuju dgn ulasan ejon, sebab bila dah orang malaysia..bab komunikasi tue penting..orang malaysia lebih faham apa yang kita nak berbanding indon, bila kita bercakap dengan mereka, macam ayam dengan itik
aku pun setuju, komunikasi penting dalam sesuatu urusan
Baru nampak macam professional – Ada title “Pengurus” dihadapannya
betul juga kan, title pun dah profesional namanya
Bila dah profesional macam benda gomen kena sediakan tentulah mereka ini akan minta epf, socso dan berpersatuan mampu majikan Malaysia.
betul tu, kebajikan perlu dijaga, harap ada orang felda baca artikel ni
yang saya risaukan bukanlah pengurus rumah tangga yang profesional tapi majikan yang tak profesional pada kemudian hari.
bila diberikan title pengurus rumah tangga, maka perjanjian perlu dibuat apa yang perlu dan tak perlu dilakukan oleh pengurus rumahtangga tersebut supaya tidak timbul penganiayaan.
langkah ini pasti ada kelemahan tapi bagaimana kita bertindak mengawal kelemahan tersebut dari berulang.
maaf ye komen panjang sangat. saya sangat setuju sekiranya menggunakan pengurus rumah tangga warga tempatan. saya pun tengah cari sorang ni. hehehe…
betul tu, itu yang saya tulis tadi supaya pengawalan dan pemantauan perlu berterusan supaya ianya tidak menimbulkan masalah di kemudian hari
mungkin lepas ni pihak felda akan sediakan kursus asas kepada pelatih pengurus rumah tangga ni.
Salah satu inisiatif yang baik oleh pihak FELDA semoga boleh membantu mengurangkan kemelut pembantu rumah ni.
p/s: teringat pulak kat pembantu rumah aku dulu warga tempatan, sempat khoje dua hari aje budak pompuan tu. wife aku tak confident nak jaga anak-anak pasal budak tu hisap rokok sama laju dengan aku hehehe
betul bro, felda sediakan kursus percuma selama setahun untuk pengurus rumah tangga ini
p/s: ooo dulu pembantu rumah lelaki ye, hehe
pompuan lah,mijie bukan lelaki
…”.sempat khoje dua hari aje budak pompuan tu”.
oh silap tadi, haha bila baca tadi sebut pasal rokok terus aku ingat lelaki, haha
lepas ni kena cari lelaki pula..
lelaki kadang2 susah nak buat kerja-kerja mcm ni donny
gua rasa adalah lebih baik,diamalkan macam orang-orang dulu – suami cari nafkah,isteri jaga rumahtangga.
tak perlu serabut fikir pasal pembantu rumah
*sebenarnya isu ini berkait rapat dengan isu lain*
ada benarnya juga pendapat bro joe itu…dan aku pun sekarang memang macam tu, isteri jaga rumahtangga
tetapi memandangkan tuntutan hidup di bandar besar yang mencabar memerlukan dua2 perlu bekerja untuk memastikan kehidupan yang baik
aku harap isteri aku akan dapat menguruskan satu syarikat pada tahun depan dan semoga projek aku dapat dilaksanakan….bekerja di rumah
pada gua memang banyak kebaikan kalau hanya suami mencari rezeki.
isteri walaupun ada kelayakan tinggi ada bagusnya didik anak[insyaallah anak pun cemerlang segenap segi]
kalau perlu dua-dua bekerja,jangan ada anak dulu
– antara jalan penyelesaiannya.
*tengok berita semasa sekarang berapa punya sedih ibu yang kematian anak bila dalam jagaan orang lain – memang terkilan sepanjang hayat ! *
yang last ni memang gua suka sangat dengar ! moga berjaya walaupun ada rintangan yang bakal ditenpuhi
setuju dengan pandangan abg joe, memang takut kalau nak letak anak dekat nursery
aku ada pengalaman masa org rumah nak kerja, letak anak dua hari kat nursery, seharian dia tak nak makan dan tak nak minum susu
hari kedua dah mula demam pastu aku amik keputusan suruh orang rumah berhenti kerja dan jaga anak..
sampai 2 minggu anak aku demam, sampai gi emergency wad 2 kali ambil darah…sekarang ni memang serik
yang ayat last tu terima kasih bro
hehehe..Abg Joe ni sependapat dgn saya kot.
Bagi saya pun , sy lg suka jd suri rumah walaupun belajar tinggi-tinggi. maybe sebab dah biasa tgk ayah kerja n Mak kt rumah kot. Bg saya, ilmu yg saya dpt, boleh saya guna untuk didik anak-anak walaupun saya tak kerja. At least, saya dpt tgk anak-anak saya membesar dgn sempurnaa dpn mata. Dan takkan pernah ada rasa terkilan sbab abaikan anak2 masa dorang tgh membesar. Tapi tula, kalau org tnya, sy jwb sy suka jd suri rumah suma gelakingt sy maen2.
wah….suri rumah yang memegang master, sangat hebat..apa-apa pun kalau itu yang terbaik dan saya pun memang menyokongnya
hahaha.up sket..nk jd suri rumah yg memegang tittle Dr plak..hihihi..
hahahaa tiba-tiba ada satu dialog di sebuah tempat membeli sayur
si A : sayur kat sini segar kan,
si B : yer, tu sebab tiap2 minggu sy datang ini
si A : em kita selalu jumpakan tapi tak pernah tahu nama awk
si B : em sy Dr Alia
si A : oooh dr alia, sy nisa, em awk kerja kat ne yer?
si B : sy suri rumah je
(dalam hati si A, wah surirumah tapi pangkat Dr, memang hebat)
*cerita ini tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah pergi
hahahahaha….mcm best jer tuh..
hahaha
Saya rasa ramai majikan yang mampu membayar gaji Pengurus Keluarga dari RM700 – RM1000 sebulan. Sedangkan syarat untuk mengambil pembantu rumah asing sekarang pun, majikan mesti berpendapatan lebih dari RM1500 sebulan. Saya sendiri sanggup membayar gaji sedemikian jika perkhidmatan yg diberikan benar2 berbaloi. Daripada duit kita byk keluar ke negara asing, apa salahnya kita memberikan sumbangan kepada anak bangsa kita sendiri. Masalahnya, kdg2 mentaliti org kita. Dulu pernah kami memberi tawaran kerja pembantu kepada keluarga yg susah di pantai timur, tapi tiada siapa yang mahu. Bg segelintir masyarakat kita, mereka sanggup menganggur dpd jadi pembantu rumah; tak ‘standard’ kononnya. Pembantu rumah bukan hamba, nama pun pembantu. Jadi bila FELDA dah wujudkan peluang pekerjaan sebegini, majikan & pengurus keluarga mestilah sama2 bersikap professional.
terima kasih nor pendapat yang diberikan, memang ada benarnya kalau dah pendapatan kita stabil dan kedua2nya income yang membolehkan kita mampu untuk membayar gaji kepada pembantu rumah.
pasal mentaliti tu memang rakyat malaysia susah sikit nak ubah…bila sebut pekerjaan semuanya nak jawatan yang dipandang oleh masyarakt
*kawan saya pernah bercerita tentang pengalamannya di jepun, pekerja kilang di jepun pergi kerja pakai kot seperti seorang eksekutif walaupun hanya sebagai operator…budaya di sini memandang sesuatu pekerjaan itu adalah satu kerjaya yang seharusnya diletakkan di tempat yang sepatutnya
salam..sy blom ag berkahwin..huhu..lau da bkahwin,insyallah akan cri gak pembantu umah nie,tp mau cri yg ade hubungan kekeluargaan..sb tahap kepercayaan terhadap mereka lebih tinggi…agpun,gaji mereka,kita blh bincang ngn persetujuan 2 pihak….(hehe..pendapat buat mse nie)..
bagus juga idea tersebut, bincang dan supaya win-win situation,..dua2 pihak berpuas hati
memang wajar menyediakan pengurus rumahtangga dikalangan tempatan dengan skil yg terlatih. Bibik dari luar tu bukan semua bagus pun.
itulah…banyak yang tak elok dari berita yang elok tentang bibik dari luar ni
Satu perkara baru yang menarik untuk dimulakan oleh felda,gaji rm700.00 keatas lumayan juga.:)golongan lembut patut ambil peluang ni…
betul juga tu, kerja mereka ni selalunya tip top
x berapa setuju. dorang nie bab kerja mungkin bagus. tapi bila kena marah sket. Emo lebih. susah nak handle. pastu plak nanti akan berdendam ngan majikan. Dan lepas tu tindakan diluar jangka tu agak tinggi. Not recommended kalau nak suh jaga anak kat umah.
Sorry la kalau ada mereka yg terasa, tapi you all better jadik businessman la. Buka boutique, hair dresser, designer ka atau lain2 biz. Lebih sesuai dan praktikal. Sebab apa aku cakap mcm nie, sebab aku notice dlm diri you all semua, sikap mempertahankan diri dan berdikari tu lebih kuat. Sesuai buka biznez sendiri.
mungkin ada benarnya apa yang bro anwar katakan, apapun aku sukakan perbincangan di artikel ni…
nampaknya pihak MLVK kena wujudkan satu kursus lagilah ni..
kurang pengganguran..jadi wang malaysia pun tak derlah terkeluar ke negara asing seperti Indonisia heee..
satu kes akan jadi plak penceraian..haa..tu yang tak blh lari sebab pembantu rumah akan ada fair dgn majikan plak huhu.. harus di elakkan..takala isteri sibuk mmg kes ni akan mjdi parah kelak huhuuhu..
klu blh uruskan rumahtangga sndri tu lbih baik dan mudah juga bagi kaum hawa mendapat seberapa byk pahala dari suaminya..
typical malaysian woman akan pk benda nie dulu la. kemudian kuar hujah. aku x kata salah. BENAR juga tu. x boleh x pandang issu ni.
tapi aku rasa keja bergaji rm700-rm1000. x perlu kut majikan sediakan tempat tinggal lagi. keja ikut work hour la. Kalau shift buat cara shift, kalau siang ja majikan sebuk. keja siang jela. malam balik la umah sendiri. Boleh elak masalah affair2 nie.
aku pun fikir begitu, kalau dah bayar 700 tapi makan minum tempat tinggal semua support memang parah juga tu
tapi saya rasa percentage untuk kes-kes sebegini adalah rendah suri, mungkin ada tapi tak banyak kat, apa-apa pun diharapkan inisiatif yang diambil akan memberikan penyelesaian yang terbaik untuk manfaat masyarakat secara umum
setuju juga..tetapi felda kenalah buat pemantauan kualiti kerja pegurus RT tu.. juga majikan..perlu ada dasar dan undang2.. kdg ada pembantu yg baik majikan yg jahat.. ada pula majikan yang baik pembantu yg naik kepala.. sampaikan majikan makan hati berulam jantung… demi keselamatan anak sanggup jadi hamba perasaan terhadap pembantu yg kurang ajar…. sehingga hari ini saya pernah ada 7 pembantu..yang 5 tempatan dan 2 asing..yg 3 tempatan berhenti kerana menyambung pelajaran yg 2 lagi berhenti 2 kerana diberhentikan dengan cara halus..mencuri..24 jam tonton tv, pukul anak aku….5 hari ja aku bagi gaji 300 hantar pulang… 2 yang asing.itu pula yg ok dan x bnyak karenah.. 1 stlah bkhdmat 2 tahun pulang ke indonsia..masih berhubung skg.dah beranak pinak..yg 1 org yg skg dah tahun ke 3.. ok saja…sya suruh cuti hri sabtu dan ahad tiap minggu.. selalu x mau cuti katanya selesa di rumah kami..anak-anak pun sayang..harap dia terus sihat, baik dan tetap sayang anak2 saya sehingga dia kahwin nanti.. xpayah sy bingung cari pembantu lain lagi……
terima kasih pendapat yang ellena berikan, memang benar seperti yang saya katakan dalam artikel ini, pemantauan perlu dilakukan supaya tidak timbul masalah yang berbangkit nanti…
ada pro n kontra dia
pengurus rumah tangga sebagai satu jawatan
idea memang menarik
perlaksanaannya nanti saya fikir tidak akan seperti yang diharapkan
si isterilah sebenarnya pengurus rumah tangga, tetapi kerana isteri berkerjaya, perlu ambil pembantu
sebagai pengurus rumah tangga, si isteri tidak sesuai berada di luar lebih dari masa di rumah [bukan tak boleh bekerja, tapi perlu bijak memilih masa kerja]
sekadar pendapat saya
sebenarnya dalam hati kecil ini mengharapkan isteri aku akan menjadi suri rumah dalam menguruskan hal rumahtangga kami
dan harapkan biarlah dia dapat buat bisnes dari rumah
sebenarnya isterilah pengurus rumahtangga yang terbaik !
oleh itu para suami kena pertimbangkan ganjaran yang setimpal mengikut kemampuan masing-masing
tapi kalau isteri mengurus atas dasar tanggungjawab dan ikhlas,itu lebih baik
terima kasih abg joe atas percambahan idea yang diberikan
Sangat setuju jika apa yang dirancang benar-benar dilaksanakan. Pengaliran keluar matawang kita dapat di kurangkan. Kalau dah jawatan pengurus rumahtangga, gaji memang kena lebih, tapi janganlah majikan nak pengurus rumahtangga tu kerja 24 jam.
Anak kecik nangis tengah malam pun minta pengurus rumahtangga uruskan. kalau macam tu pengurus rumahtangga pun tak boleh tahan. Harus ditentukan masa bekerja berapa jam sehari.
Setakat ini saya tak perlukan pengurus rumah tangga, asal suami isteri saling bantu membantu, tentu tak ada masalah…
dari segi pengaliran wang keluar memang menguntungkan pihak kita..
Bagi aku, usaha yang cuba dilakukan oleh pihak FELDA ini perlu dipuji sebenarnya, sebab selain menyelesaikan masalah untuk pembantu rumah ni, ianya juga memberikan peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada golongan-golongan yang memerlukan.
Semoga perlaksanaannya akan dirancang dan diteliti dengan lebih mendalam. Soal gaji minimum RM700 tuh mungkin akan membebankan sesetengah majikan/tuan rumah, aku sendiri kalau macam tuh, tak mampu untuk menggaji pembantu rumah.
Beban bukan masalah. Org yang nak gajikan pembantu rumah yang terlatih kena bayarla ikut harga dia.
This is what business is about. Pay accordingly for a better service/product.
Kena ingat, Felda bukan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Felda is doing a business proposal.
pendapat dari pihak majikan, FElda dan bakal pekerja perlu diambil kira supaya semuanya mendapat persetujuan yang terbaik
itulah, kajian teliti perlu dilaksanakan dengan lebih mendalam supaya keputusan yang keluar akan memberikan impak yang besar terhadap semua pihak
kalau aku nak pakai orang gaji..mmg org tempatan lebih selesa..
sebab budaya yang sama, percakapan dan risiko
aku tak rasa ramai rakyat malaysia yang nak buat kerja macamni,..walaupun kerja ni mulia,tapi rakyat malaysia ni sememangnya memilih kerja,..hanya pendapat peribadi
aku pun nak cakap lebih-lebih kan nanti ramai pula yang terasa…kerja yang halal tapi dianggap hina
Tak ramai yang nak jadi bende mcm tu..nak2 rakyat malaysia…gaji agak tak berpatutan memandangkan kos sara hidup yg tinggi di Malaysia..
mungkin untuk sesetengah golongan masih lagi mampu untuk membayarnya
banyak sudut perlu dilihat sebenarnya
apa agaknya yang harus dilakukan rasanya… tak perlu.. kalau gaji suami dah boleh menampung ..tapi bila dah dua2 kerja tuh… anak2 terabai.. susah juga ya… so kesimpulannya.. tak perlu.. sebabnya… anak adalah generasi pemimpin akan datang.. mereka perlu ada galakkan dari ibu-bapa… kalau dah tak tengok langsung tuh… macam ne agaknya
em desakan hidup di bandar besar kadang-kadang menyebabkan permintaan terhadap pembantu rumah ini wujud
Aku baca dari atas sampai bawah. Aku hanya nampak/terbayang watak dalam sitcom The Nanny. Lakonan Francien Joy Drescher yang watak dia pun guna nama Fran. Itu kalau Pengurus Rumah Tangga wanita.
Kalau yang lelaki org puteh panggil butler. kalau dalam sitcom tu nama Niles. Korang boleh search kat google kalau x dpt bayang cerita apa yang aku maksudkan.
Keyword: “The Nanny name Fran”
aku confirm takkan jumpa yang lain.
aku memang layan cerita nanny tu, mereka memang profesional habis, kalau yang begitu agaknya mesti gaji tinggi giler
tepuk dada tanya selera..more choice, mungkin bolehla dicuba…
thanks eyriqazz, apa-apa pun keputusan di tangan kita kan
Nampaknya kali ni, saya lebih banyak membaca daripada berkata2.
belum sampai masa yer
Ya.
assalamualaikum mijie..
tahun 80 an dulu pembantu rumah orang tempatan saja. kakak saya salah seorang. tak ada masalah pun.
cuma cadangan felda ni perlu diperhalusi lagi kerana pasaran untuk pembantu rumah dikuasai oleh orang cina. ada pro kontra yang banyak dari sudut ini…
waalaikumussalam abgreds,
memang benar suatu ketika dulu pembantu rumah dikalangan warga tempatan, mak saya dulu adalah pembantu rumah juga.
semestinya cadangan ini perlu diperhalusi dengan lebih mendalam
setiap agenda ada pro dan kontra nye..
x kira pakai orang luar atau orang dalam..
masalah mmg sentiasa ada..
blm tentu yang dlm x buat prangai..
blm tntu tuan umah jg puas ati kerja depa..
tepuk dada tnya selera..
sebab tu aku berikan pendapat tentang kebaikkan dan keburukan…untuk kita sama-sama berfikir akan impaknya di kemudian hari
apa pun entry ini memang menarik dan akhir sekali ingin aku berpesan kalau ada anak janganlah disuruh[mintak tolong] dengan ibu masing-masing.
ibu-ibu kita sudah penat menjaga kita,biarlah mereka berehat sambil menumpukan amal ibadat.
mula-mula alasan yang diberi oleh si anak,biarlah mak tinggal dengan kami tapi akhirnya si ibu dibebani dengan segala macam tanggunjawab
*sekadar pendapat peribadi*
terima kasih abg joe, ini adalah cubaan pertama aku bawa isu berat sebegini ke dalam blog ini dan nampaknya objektif aku sudah tercapai
ramai yang mengutarakan pendapat dan nampak ada pembaca baru yang memberikan pendapat juga
target sudah tercapai dan aku rasakan ini adalah antara entri terbaik pernah aku buat
p/s: insyaAllah aku takkan membebankan ibu untuk menjaga cucu, mereka dah berusia jadi biarkan mereka berehat
Yang ni memang aku setuju sangat
aku pun setuju
Bro Mijie, dekat UK & US memang dari dulu dah buat kursus pengurusan rumah tangga (nanny). Rata-rata nanny yang diambil bekerja memang dah mempunyai sekurang-kurangnya sijil kelayakkan. mereka bukan aje diajar mengemas tapi diajar macam mana nak didik anak majikan (membaca, menyanyi, dsb), potty training pun ada. kalau nak tahu lebih lanjut, type aje “nanny school” kat google.
memang betul, kak ipar saya selalu bercerita pasal dekat UK anak2 dia memang tak der masalah bila duk dengan nanny
em disana kerjaya pengurus rumah tangga adalah satu kerjaya yang penting
itulah.. sebenarnya nanny ni sama je dengan menghantar anak2 ke taska tapi di taska, anak2 tak dapat perhatian sepenuhnya sebab ramai lagi budak2 yg cikgu2 taska nak kena jaga. tapi kebaikan taska ialah anak2 boleh berkawan dengan rakan sebaya mereka
benar juga tu, dapat membantu perkembangan minda mereka
mmg de pro dan kontranya isu ini. yg bagusnya, warga tempatan.. dari bagi duit kpda warga asing, lebih baik bagi pada warga sendiri. Lagi satu kebanjiran warga asing dapat dikurangkan..
mmg gaji tu agak berat bila ada yg demand 1000 sebulan, terutamanya bagi keluarga yg sederhana. tapi bagi mereka yg berkemampuan, bukan satu masalah, dan rasanya kalau saya di golongan itu, mungkin inilah pilihan yg saya ambil.. kalau la kan..
kena ada target group ni kalau nak buat program sebegini kan
pada aku la,mereka2 yg nak jadi pengurus rumah tangga ni kena ambil sijil@kursus..bila ada sijil,at least orang yakin nak bagi kerja..soal gaji tu kena bincang ngan tuan rumah la,mana boleh ditetapkan sebab bukan semua orang gaji besar..
FELDA akan berikan kursus selama setahun, mungkin sudah boleh membantu mereka untuk menjadi pengurus rumah tangga yang baik
wajar! lebih baik dalam banyak aspek berbanding dengan kerja sebagai operator di kilang! memang ada pihak yang melatah dengan isu ini tapi fikirkanlah secara meyeluruh. Bukannya memandang rendah kepada penghuni FELDA.
harap orang ramai dapat memandang positif seperti ENN juga
isu paling ketara adalah gaji.. ramai pekerja tak berminat gaji bawah seribu manakala majikan ( golongan pertengahan) dah rasa berat dgn gaji 700 tu
betul tu sam, gaji ni isi yang sensitif
tang gaji tu aku setuju…. gaji murah depa x setuju sangat..!
memang betul, gaji ni perlu persetujuan ke dua2 pihak
Pada aku apa yang terbaik ialah, balik kepada asal, tugas isteri ialah menguruskan rumah tangga, Tapi bukan bermaksud merendahkan dan menafikan kebolehan wanita, bahkan dunia pun sekarang sudah mengakui kehebatan Wanita terutama yang bergelar Ibu, dan sebab tu lah pada aku orang yang paling layak untuk menguruskan Rumah Tangga ialah isteri kita sendiri,
orang yang layak untuk mendidik dan menjaga anak anak ialah IBu,
Orang yang paling layak meguruskan dan menjaga suami ialah ISteri tak kira la suami tu pengarah syarikat, Menteri , Profesor, tukang kebun, atau apa sekalipun,
sababtu lah aku kata surirumah sepenuh masa tu hebat..
Tapi bukan bermaksud pembantu tidak diperlukan, tapi cukup sekadar membantu meringankan beban kepada suri rumah,
Untuk masalah kewangan yang sering dijadikan penyebab kenapa isteri atau ibu terpaksa berkerja pada aku ada penyelesaiyannya..
Berpegang pada hadis :
“cari lah rezeki dilangit dan dibumi” (lebih kurang begitulah bunyinya)
dan lagi satu “kesederhanaan”
meringankan beban suami tidak semestinya terpaksa keluar berkerja, macam macam kerja boleh dilakukan dirumah, samada offline (di Bumi) dan on line (dilangit)
yang penting niat, kesungguhan dan keinginan..
dan kesederhanaan yan aku maksudkan ialah” cukup tampa kurang dari yang sepatutnya”….
contoh : kalau aku ada anak empat tapi masih pakai Motor,( itu adalah kurang), kalau pakai kereta,( tu baru cukup), tapi kalau pakai C class (Tu sudah lebih)
Ps : Maaf la miji sebab ada sikit tersasar
betul dah tu apa yang bro cakap tu
minta maaf.. saya x setuju dengan pendapat ini….
takpe cik ellena..
tak semsti nya apa yang saya rasa betul tu betul dan apa yang saya kata baik tu baik, kita masing masing ada pandangan yang penting kita kongsikan dan nilai semula apa yang terbaik untuk diguna pakai
ini sy setuju..lain padang lain belalang
lain orang lain pandangan….
buat cik ellena, masing2 punyai pendapat kan. Ada pendapat yang tak semestinya kita setuju..apa2pun sy suka artikel ini sebab kita dapat berbincang mencari kewajaran pengurus rumah tangga
Rasanya title “Pengurus Rumah Tangga” tu tak sesuai di gunakan kerana bukan sahaja ia secara tak langsung implied yg perkerja itu yg urus rumah (mcm boss lak) tetapi juga mengurangkan minat org ramai utk mengambil khidmat mereka. Ini kerana jwtn pengurus biasanya sinonim dengan gaji yang besar. Jadi awal-awal lagi ia menghilangkan minat org ramai pada khidmat ini.
Namun usaha ini juga baik kerana boleh membantu mengurangkan pergantungan kepada perkerja asing. Apatah lagi bila kerajaan mereka dah minta gaji minima RM 800, bagus kita bagi rakyat kita sahaja.
Saya tak rasa sambutannya baik buat masa ini kerana yg selalu hadapi masaalah cari amah adalah yg berpendapatan rendah dan sederhana. Yg kaya2 tu tak ada masaalah bayar agensi cari amah dan bayar pass amah. Yg kaya2 tu tentulah prefer pekerja asing kerana mereka tidak kena regulate bwh Undang2 Buruh kita dan stay di rumah 24 hours.
Ehh. panjang lak … macam penulis jemputan. Sori bro, kadang2 ter over sikit..
terima kasih atas idea dan pandangan tersebut, dapat lihat satu sudut yang berbeza