Setiap yang bernyawa pasti akan menemui mati, tak kira lah muda, tua, cantik dan lain-lain…yang pasti kematian pasti akan menjelma apabila tiba masa dan ketikanya..
Pada jam 9.15pm hari khamis malam jumaat 22 April 2010 saya telah kehilangan insan istimewa dalam hidup saya. Mak Sedara saya telah kembali kerahmatullah ekoran dari penyakit barah otak yang dihadapi dia sekian lama.
Beliau merupakan insan yang rapat dengan saya sehinggakan saya mengangap dia sebagai ibu kedua dalam hidup saya selain ibu kandung saya. Saya panggil dia “ma” kerana kami terlalu rapat…dia lah yang menjaga saya selama 5 tahun semasa ibu saya berada di perantauan kerana bekerja.
Beliau tidak membezakan antara anak kandungnya dengan saya sendiri dan semasa saya tinggal dengan beliau…..saya tak terasa yang saya ni sebagai orang luar….kasih sayang, tunjuk ajar semua diberikan tanpa ada rasa perbezaan dan keikhlasan yang ditunjukkan sudah jelas.
Kini dia telah pergi meninggalkan dunia yang fana dan kehilangannya amat dirasakan kerana dengan usianya 40-an dan amat ramah apabila berbicara meninggalkan kesan yang mendalam pada diri ini. Kadang-kadang bebelan dan kata-kata dia amat pedas tetapi maksud yang tersirat dan tersurat yang disampaikan adalah tanpa rasa hipokrit.
Buat mak sedara yang ku sayang, hanya al-fatihah mampu ku sedekahkan buat mu, semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan dirahmati oleh NYA. ameen..
Al Fatihah
Al-Fatihah..saba ye awak
yer, sabar dan hidup perlu diteruskan
Yup, hidup perlu diteruskan..
Takziah dari aku (sorry semalam aku gurau pula dengan post ni dalam seminar… sebab tak baca sampai habis lagi… itulah padahnya).
Semoga ditempatkan bersama mereka yang dirahmati Allah… Amin…
ala tak per lah ijad, no hard feeling
sudah menjadi hukum alam…kematian itu pasti dan yang masih hidup sedang dalam penantian ke arah itu
betul tu, kematian yang pasti, hanya tunggu masa dan ketikanya pasti malaikat maut akan menjemput
al-fatihah.. yang pergi takkan kembali.. yang hidup teruskan perjuangan…
betul tu, tq
Al- fatihah – tiada yang kekal, Itu kejadian manusia
betul tu, setiap yang bernyawa pasti akan menemui mati
barah otak.. memang sakit. tapi sebalik tu aku rasa ok gak dari dia tersiksa lebih lama
pasti dia seorang yang cekal kan?
alfatihah
dia sememangnya cekal dan tabah
Al Fatiha..
terima kasih
Jangalah terlalu menangisi orang yg telah pergi kerana setiap yg hidup pasti akan mati, itu pasti.
Kita yg hidup ini sedekahkanlah Al-Fatihah kepada arwah seberapa banyak yg mungkin. Moga rohnya di tempatkan di kalangan para solihin.
Al-Fatihah…
ameen
Alfatihah, Semoga arwahnya di cucuri rahmat daripadaNYA.
p/s: dah masuk TV…
dah 2 kali masuk tv, heheheeh
Al-Fatihah…