Adakah paparan akaun gmail sudah berwajah baru? adakah anda yang menggunakan email akaun gmail perasan tak tentang perubahan ini. Semalam masa mula-mula aku bukak email akaun gmail ni rasa macam lain pula paparan dia. Then aku cuba refresh banyak kali ingatkan masalah internet tapi rupa-rupanya memang betul gmail sudah bertukar wajah.
Antara perubahan ketara yang dapat aku lihat ialah di bahagian sidebar sebelah kiri Gmail sudah bahagikan tiga bahagian penting terlebih dahulu iaitu Mail, contacts dan tasks. Kalau sebelum ini hanya mail sahaja tetapi fungsi contact dan juga task telah ditambah.
Fungsi mail macam biasa je iaitu untuk check email, hantar email dan sebagainya, fungsi contact pula ialah untuk mengumpul contact yang ada dalam gmail kita dan boleh dikategorikan beberapa group dan mungkin penting untuk anda contohnya group personal, kerja, bisnes dan sebagainya.
Manakala fungsi tasks pula ialah macam reminder ataupun diari dimana anda boleh letakkan perkara-perkara yang ingin anda lakukan dan save task tersebut. Nampaknya gmail sudah pelbagaikan fungsi email dan pasti ini salah satu strategi gmail untuk menerajui perkhidmatan email diseluruh dunia.
Nota 1 : hari anak demam, semua benda tak berapa efisen dan diharapkan fahim sembuh esok, insyaAllah
Nota 2 : Pertandingan seo hidup seorang blogger belum lagi bermula, tapi nampaknya sudah ramai peserta sedang menanam backlink untuk berada di 1st page google.com, selamat bercucuk tanam ye semua.
Assalamualaikum.
Paparan yang unik juga kiranya.
Saya menggunakan yahoo.
Selamat menjalani ibadah posa.
TQ
huhuh lama dah tak buka email yahoo, dah selese guna google kot
haha…gua pulak terbalik,gua layan yahoo tapi jarang-jarang jengah gmail
aku tak suka yahoo sebab lembab, haha
sama jugak dgn aku bro.. lebih selesa pkai gmail sbb laju lagi rasanya dr yahoo.. dulu2 layan le yahoo, skrg dh selesa pkai gmail je..
hoho korek topik lama yer, hehe
saja nak selongkar blog ni habis2an.. hehe
hehe selamat menyelongkar
lama x cek la bro..guna yahoo jer,mybe dah berhabuk kot
hahaha
oh patut rasa macam ada benda lain, rupanya ada perubahan kat gmail ye
itulah, saya dari semalam duk fikir, pastu bila tgk balik dan renung balik rupa2nya memang gmail upgrade la
Yuop Gmail dah bertukar..
Tak leh masuk contest Denaihati.. Kena reject.
nape zool tak leh masuk? tak cukup syarat ke ape
Terima kasih kerana bagi penerangan, memang perasan pun tapi buat tak tau je, janji boleh guna email..:)
Saya tumpang doakan anak bro cepat sembuh… Aminn…
amin, thanks yer
Terima kasih kerana memberitahu….. nanti kita tukarkan
sama2
aku pakai email domain sendiri,tapi point ke inbox gmail..so seriap email yang dihantar akan masuk ke gmail lah
just nice
ishak buat tutorial macam ne nak buat…
yeah.. pkai email@domain.com dan poin ke inbox gmail.. i like.. tp tak buat2 lagik..
kena buat segera tu
haha.. nanti2lah.. skrg dlm mood malas..
haha nanti rajin2 kan diri sendrii yer
masih tak biasa dengan paparan gmail baru nie..janggal je rasa..hahaha
betul tu sampai skrg ni pun aku macam rasa pelik je
aku rasa biasa je.. hehe.. apa yg janggalnya?
dah lama dah ni, hehe
Anak sedara aku pun nama fahim juga… hehe
oh yer ke, sama la
Gmail ni makin cub kah pulak..tapi nak apply account baru lah susah sebab kena verify no fon..huhu
ps ; Selamat bercucuk tanam jugak bro
penat semalam bercucuk tanam, itupun skjp je timbul, pagi ni tenggelam balik, igt nak duk diam dulu la, tunggu last minit
tu dia teknik sifu mijie..makin cuak sy bila bro cakap nak pecut last minit
jangan la panggil aku sifu, malu siot..ko la sifu skrg ni dok 1st rank sampai aku nak naik atas pun tak boleh, hehehehe
bro ada google talk tak? ada nak tanya skit la, hehehe
id aku : mijie81
haha
no hal bro..aku dah add
ok thanks
Perasaan jugak perubahan pada kotak emel. Hee.
btw, syafakallah untuk Fahim, anak bro. Semoga cepat-cepat sembuh.
Entri terbaru dari Anak Akhirat..Remaja- Bantulah Diri Sendiri
fahim dah sihat kembali, cuma semalam dah naik campak la pula
Google ni diam-diam jer mereka ubah rupanya,..
Hehe saya pun baru perasan. Tu la malas bukak email.
Entri terbaru dari hyprobulksms..Hyprobulksms halal atau hyprobulksms haram Mana yang benar
ada dia releaskan news kot, sy yg tak perasan, hehe