Sebelum panjang lebar saya menaip perkataan demi perkataan adalah lebih baik saya jelaskan bahawa entri kali ini bukanlah untuk memuji dan jauh sekali untuk mempromosikan streamyx yang saya guna ini. Dan juga entri ini terlalu panjang
Setelah hampir sebulan lebih saya menunggu untuk mendapatkan streamyx di rumah, baru la semalam streamyx dengan megahnya menggantikan tempat broadband yang saya guna sebelum ini. Jadi segala kekusutan sebelum ini mengenai masalah internet telah pun berjaya diatasi oleh streamyx.
Sebenarnya cerita mengenai pemasangan streamyx ni terlalu panjang dan kesabaran saya hampir sampai tahap nak meletup, tetapi mengenangkan hanya streamyx sahaja yang ada di kawasan saya, jaring pastinya tak wujud di kawasan ini. Maklumlah duduk di pendalaman.
Sudah hampir seminggu sekali saya masuk keluar TMPoint semata-mata untuk mengetahui status permohonan streamyx yang saya buat dan pakcik guard, akak yang jaga kaunter nombor, pegawai yang jaga kaunter pendaftaran semuanya dah kenal dengan muka saya. Mana taknya, dah sebulan lebih asyik dok berulang di TMPOINT tu je tanya status.
Bukan tak nak menggunakan talian 100 untuk bertanyakan status permohonan, tapi dah bosan dengan jawapan yang customer tu bagi. Selang 3 hari sekali saya akan call 100 tapi dari masa mula-mula apply sampai lah minggu lepas asyik jawapan yang sama je, mana tak berbulu telinga mendengarnya.
Minta maaf encik tarmizi, mengikut status report ni, pihak kami masih lagi menjalankan siasatan terhadap kawasan perumahan encik tarmizi, disebabkan perumahan en tarmizi baru. Jadi kita perlu menunggu siasatan selesai.
Itu je kerjanya kalau bila saya call, 10 kali call 10 kali jawapan yang sama dan bila saya tanya lagi, kenapa lambat sangat siasatan nak selesai, dah berapa minggu. Pastu customer service tu jawab “en tarmizi, kalau macam tu saya akan emailkan kepada bahagian yang menjalankan siasatan untuk mengetahui status terkini tentang permohonan en tarmizi”. Alih-alih itu je jawapan yang dia bagi, sampaikan bila dah banyak kali call 100 tu, saya dah hafal skrip mereka.
Sebelum mereka tanya saya, terlebih dahulu saya tanya mereka, saya punya permohonan masih lagi dalam siasatan ke? pastu saya akan tanya lagi, awak nak emailkan ke bahagian siasatan untuk semak status permohonan saya yer? sampai mereka pun hanya jawab ya je. Bosan betul, jadi setelah menggunakan kaedah semakan melalui talian 100 yang teruk itu, saya rasa lebih baik pergi je ke TMPOINT, at least biar mereka tengok muka saya sampai mereka jemu dan cari penyelesaian untuk permohonan streamyx saya tu. Lagi satu bila gi TMPOINT Cyberjaya tu dapat juga tengok awek cun yang jaga kaunter.
Sebenarnya apa yang membuatkan saya tidak puas hati ialah jiran saya yang berada satu taman dengan saya sudah menggunakan streamyx dan saya dah bagi reference nombor jiran tu. Tapi jawapan mereka amat mendukacitakan saya . ” Maaf encik tarmizi, walaupun berada di taman yang sama tapi lorong yang berlainan memang dalam sistem tak dapat kesan lorong rumah encik tarmizi, jadi kami tak dapat nak mendaftarkan talian telefon dan streamyx untuk encik tarmizi” (WTF dalam hati je).
Saya pun mulalah mempersoalkan, kenapa jiran saya dapat pakai streamyx tapi kenapa saya tak dapat pula, takkan sebab lorong yang berlainan, tiang telefon yang berbeza saya tak dapat pasang streamyx, kan semua kabel dari tiang telefon tu dalam satu taman akan bersambung dan hanya keluar ke satu tempat je? Jawapan yang diterima, maaf encik memang kami tak boleh daftarkan sebab takder dalam rekod kami lorong rumah encik. Kalau encik jiran sebelah rumah jiran tu, confirm saya boleh daftarkan sebab menggunakan tiang telefon yang sama. (WTF dalam hati sekali lagi).
Jadi ianya hampa sahaja, sehingga la ia berlanjutan selama sebulan permohonan saya masih lagi dalam proses menunggu. Sampai pelbagai cara dah diusahakan dan sebagai langkah terakhir pada minggu lepas saya pergi ke TMPOINT Cyberjaya sekali lagi dan bertanyakan tentang status. Kali ini saya siap cakap dengan pegawai kaunter tu, saya tak nak dengar alasan yang sama, kalau boleh u tolong carikan cara bagaimana saya boleh daftarkan telefon dan streamyx.
Akhirnya sinar harapan baru telah diberikan, mereka sudah menghubungi bahagian planning TM untuk kawasan perumahan saya dan akhirnya mereka memberikan saya tempoh 2 hari untuk menunggu keputusan. Selepas 2 hari saya pergi lagi ke TMPOINT dan jawapan yang diterima, tunggu email pengesahan dari bahagian planning. Dia kata bagi masa sehari. Selepas sahkan alamat serta kawasan perumahan saya boleh pasang streamyx mereka akan daftarkan dan saya tak perlu lagi datang. Mereka akan hubungi saya.
Tapi selepas 2 hari saya menunggu masih lagi tiada jawapan akhirnya saya pun sekali lagi ke TMPOINT dan kali ini betul-betul bikin panas. Bila jumpa je pegawai kaunter, pegawai yang sama saya berurusan selama sebulan. (Nasib baik ko lawa) kalau tak memang saya bertukar menjadi raksasa dah. Mereka ni kononnya canggih menggunakan email untuk perhubungan sesama staf, tapi bila berhubung ngan email. Dapat email simpan je dalam inbox dan buat tak tahu je. Time saya datang tu juga baru dia cakap, oh saya dah dapat email semalam, dan baru lah terhegeh-hegeh cakap encik tarmizi boleh la buat pendaftaran hari ini sebab semua masalah yang dihadapi sebelum ini telah selesai.
Mereka yang bekerja di TMPOINT Cyberjaya ni ibarat pahat dengan tukul, kalau tak kena ketuk maka mereka pun tak bergerak, tak tahu la apa masalah mereka sampaikan sepatutnya masalah boleh selesaikan awal tapi sebulan lebih baru lah masalah saya selesai. Jadi minggu lepas hari sabtu akhirnya talian telefon telah berjaya di pasang dan 2 hari lepas akhirnya streamyx telah pun beroperasi di rumah saya.
Walau bagaimanapun saya ingin mengucapkan syabar dan tahniah kerana di TMPOINT Cyberjaya anda telah bekerja bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah permohonan saya. Lain kali confirm saya takkan datang lagi ke sana.
Dengan pakej RM 110 yang blockbluster tu, saya cuba buat ujian untuk menguji kelajuan streamyx di kawasan perumahan saya dan hasilkan bolehlah membuatkan saya tersenyum serta dapat melupakan kenangan bersama TMPOINT selama sebulan lebih tu.
Pastu saya membuat ujian menggunakan speedtest untuk milihat perbezaannya.
Oklah juga kelajuan tersebut dan yang penting dengan kelajuan tersebut dapat saya menonton video dari youtube tanpa sangkut-sangkut. Jadi habis sudah entri kali ini dan beberapa tips untuk anda sekiranya berurusan dengan streamyx supaya masalah yang anda hadapi tidak tertangguh lama :
Ok sekian sahaja entri yang panjang selepas baik dari demam
wahh mmg penuh ranjau dan onak duri nk pasang..strmyx.. tahniah dah lepas segala halangan..pengalaman saya dulu 1st dftar lebih kurang gak la… kita kena follow up…kalo x depa x wat keja..penah dulu siap TM bg sy rebate free 3 bulan hohoho best gila…sebab connection lmbt msuk..depa dah psang…tp internet xleh connect…sekali hangin report terus kat top management TM tuh..settle..depa bg rebate trus hoho..
Setakat ni dh guna strymx mmg terbaek dari segi speed yang ikut pakej…terlampau sgt jarang la speed tiba2 slow
keyword disini ialah, kena selalu follow up org TM ni, macam pahat dgn tukul
ai putrajaya payoh jgk ko nok apply streamyx?
tok kiro la mano pun, kalu TM sengal
Wah, akhirnya mijie..
akhirnya, segala kekusutan sudah hilang, thanks sis and welcome
haha..sy pun mengalami masalah yg sama…tp, akhirnya..haha..mendapat ganjaran yg sgt2 lumayan dr streamyx
hehehehe apa daya, monopoli
salam..
saya pun nak tukar ke streamyx ni
tapi apakan daya tak de line juga
kena la tunggu..
salam,
takde line sbb taman baru ke bro? cuba check ngan org TM di TMpoint yg berdekatan
huhu mmg azab betul nak dapat streamyx kat rumah ko tu.. tapi mmg bengang bila diri macam diperbodoh2kan..
memang azab bro, sebulan lebih tu dan lagi bengang bila staff diorang mcm tu
wah, berdesup lajunya stemex bro tu, saya pun pernah sekali hantar email kat deme tu…sonyap dengan sopan santun nya hahaha
kekadang pegi jugak kat tmnet cyberjaya tu, memang suasana yg best ngehehehe
mungkin kat area umah sy ni tak ramai org pakai streamyx, so tu yg berdesup laju tu
kalau email kat deme tu memang mcm menunggu buah yg tak gugur la
tmpoint cyberjaya, memang sedap mata memandang, tambahan skrg ni dah buat decoration baru
dok risau jugak nak pindah rumah hujung tahun ni, dengar ceritanya kalau kawasan baru bukak memang jenuh le nak tunggu stemex ni..nak kena standby wireless la gayanya
pindah kat ner bro? kalau tempat yg memang jiran2 dah ada streamyx rasanya cepat sekali, kecuali kawasan tu port penuh
Salam,
Sebelum saya dah pakai streamyx selama 1 tahun, tp bila pindah rumah, TM cakap tempat saya ni port dah penuh. Bila pergi cek kat TMpoint, diorang cakap line streamyx saya dah ok, bila connect dapat ‘error 651′. Ade sesiapa yang dapat vbantu saya?
rasanya masalah dengan connection tu, mcm ni cuba gunakan cable LAN sambung ke router dan lihat configuration
dkt windwos 7 make sure buat ip statik dan juga disablekan bonjour services tu
wah lepas ni boleh jadi top blogger pulak kalau steamyx dah laju
kalau la mulut bro masin
aku guna laen..PenangPhone..jarang sangkut2.Streamyx not bad too.
penang phone lagi laju….pernah dgr banyak kali org sebut
wah..laju2 gitu …. patut komen laju je..eh gurau je bro,,, hehe
hehehee
eh bro! liat benar depa buat kerja.
gua tak payah nak susah hati macam ni. daftar je pastu tunggu 4-5 hari depa datang pasang kat rumah. ok jer. tak pernah nak rasa kepahitan sakit nak pasang streamyx.
broadband untuk pengguna ringan ok la. tak perlu downlaod tak perlu nak upload apa – apa. tapi macam aku bro, tak tahan slow broadband.
ermm sama la kita, baru guna streamyx. tak sampai sebulan lagi =)
heheh biasalah kan, skgr dah pakai streamyx pakej 1mb, so puas hati
patut tak bagi i ikut skali gi TM point… nk jumpa awek cun la tu….
pd hari installatiion streamyx, balik umah je terus hadap laptop sehingga dinner pn kul 11mlm. masa tu badan dah kebelai kelaparan…… tau apa itu kebelai? tanya puan siti
hahahah memang la, u kan nanti jeles kalau i ngorat budak kaunter tu,
p/s: pssst..mama jgn sibuk la blog daddy
Perghhh… gila aahhh service TM…
Walaupun kat CyberJaya… service mcm kt kg aku je yg kt hulu kelantan tu… Apa kes…
Kalo aku sebulan selalu jumpa dgn awek kaunter TM tu, mau bole sangkut woo… hahahah…
Kena wat 1 group FaceBook ni pasal kelembapan service TM ni.. baru diorang alert ckit…
demo la start dulu
antara dugaan seorang blogger untuk berjaya
beginilah nasib seorang pengguna internet di malaysia
…yang gua tak boleh terima selalunya alasan-alasan yang diberikan sukar untuk diterima kalau difikirkan secara logik !
setuju dengan cadangan akmal !
biasa la bang joe, diorang ni main bedal je jawapan nya
Streamy di Klebang Ipoh tiada masalah……
bagus la kalau macam tu, ipoh pun ada klebang juga yer, dkt area mana tu?
saya dh banyak tel 100, agen dan semakan di TM point tp still lg tak dpt feedback, TM tidak bersedia langsung…
em yang paling baik ialah pergi tmpoint dan tanya apa mslh
salam…
bro, saya pn menghadapimasalah yg sama..
tp da sebulan lebih xpasang2 lg…
sume cara yg bro buat tu sama ngan ape sy buat…
tpxde ke care yg lg baik utk kenekan diorang nie…
saya bengang gler da nie…
mcm s*** la diorg nie..!
bro cuba gi tmpoint, cuba check apa mslh yg sebenar, pastu cuba ugut nak report kat skmm,mungkin boleh cara tu
boleh pengsan dengan internet diMalaysia ni.
memang pengsan, hehe
aku pon tak puas hati gak ngan tm nie..dah kat sebulan aku tunggu nak pasang streamyx..tapi hampeq
bro pergi je TM tu tanya apa punca lambat, itu yg aku buat
wohh aku register dari bulan oktober 2010 sampai la ni blm pasang-pasang lagi, memang cemerlang gemilang terbilang service TM kesayangan kita ni.
bro kena gi check ngan tmpoint tu…
salam… bro,tumpang tnye ye,saya register dah 5 bulan,email rase dah beribu kali TM.ptg tadi TM call dealer bagitau taman sya tak ada port bro…amat mendukacita,dulu siorang berebut kawasan dengan TIME DOT COM,bile dia dah dapt dia buat macm tu plak……adusss…
salam bro,
bro kena pergi sendiri dekat tm point tanya dia apa mslh sebenarnya, kalau call memang tu je jawapan standard yg dia bagi, port penuh
aku dulu pun macam tu la jawapan kalau call, alih2 seminggu 2 kali aku gi tmpoint baru la dpt streamyx ni
tambahan lagi satu tips untuk mempercepatkan proses. Maki dan tengking customer service atau staff counter atau manager tmpoint. Kalau tak jalan juga buat laporan ke KPDNKK.
itu memang la, tapi kalau nak bersopan gi je report dkt SKMM