Harga komputer 10 tahun dahulu

Komputer
27/03/2011 | 71 komen »

harga komputer dulu kalaSedang membelek majalah-majalah PC yang lama aku terjumpa satu page tentang promosi harga komputer. Ini pada tahun 2001 dan masa tu aku berada di semester ke 2 di universiti.

Bila tengok balik harga komputer tu rasa tersenyum sendiri sebab masa tu pun aku beli komputer dekat plaza imbi dulu (sebelum plaza lowyat glamor) harganya pun dalam RM 3800. Itupun pentium 3 dan spesifikasi yang boleh buat main game, hehe.

Ini harga komputer clone @ komputer yang tiada brand, kat atas tu yang ada brand Intellitech dan harga untuk pentium 3 masa tu ialah RM 5,888..hoho mahal tu kalau nak banding dengan sekarang kan.

10 tahun dahulu nak beli laptop hanya orang yang berada sahaja boleh beli, harga mencecah 5 ribu ke atas dan banding dengan sekarang, laptop sebiji pun tak sampai RM 2,000.

Pejam celik pejam celik memang begitu cepat masa berlalu dan harga komputer pun berubah mengikut zaman, agaknya lepas ni komputer tu dah jadi macam pakai buang la kot. Harga dalam masa 6 bulan pun dah berubah 3-5 ratus untuk laptop dan komputer dan perkembangan teknologi yang bergerak pantas bagus dan manfaatnya untuk kita juga

.

.

Nota : Dulu masa 2001 aku beli komputer yang pilih part sendiri dekat imbi plaza harganya sekali dengan CRT monitor 15 inch RM 3,800, tu pun guna duit PTPTN. Sekarang kalau beli komputer dengan harga RM 3,800 rasanya dah dapat yang super power dah tu.

Artikel yang berkaitan

Tentang Penulis: Muhammad Tarmizi

Pemilik blog ini masih lagi bekerja sepenuh masa dan blog ini dibina kerana minat terhadap penulisan serta keinginan untuk terus belajar. Sudah mempunyai isteri dan seorang cahaya mata, untuk biodata penuh boleh lihat Pemilik Blog

71 Maklumbalas kepada: Harga komputer 10 tahun dahulu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge