Hati-hati dengan email phising buat pengguna perbankan internet

Komputer
11/10/2010 | 72 komen »

Isu ini kalau nak kira memang dah lapuk tetapi ada juga orang ramai yang tidak mengambil berat tentang email phishing yang dihantar ke email kita saban hari. Kebanyakkan kes yang terjadi berlaku kepada orang yang kali pertama menggunakan perbankan dalam talian. Pelbagai kempen dan usaha telah dilakukan untuk menghebahkan perkara ini kepada pengguna perbankan online tetapi ianya tetap juga berlaku.

statisik penggunaan internet setiap isi rumahJika dilihat pada statistik pada tahun 2004 yang dikeluarkan oleh SKMM (Suruhanjaya Komunikasi Multi Media) yang memberikan statistik seperti berikut. Jelas menunjukkan perbankan dalam talian mempunyai peningkatan yang besar.

Begitu juga pembelian dalam talian yang mempunyai jumlah kedua tertinggi di Malaysia.

Tidak hairanlah banyak email phising yang dihantar kepada pengguna internet di malaysia dengan tujuan untuk mencuri identiti ataupun akses kepada perbankan dalam talian (online banking). Ramai yang sudah terkena kerana mereka tidak mengambil berat ataupun tidak tahu tentang kaedah penggodam yang cuba untuk mencuri akses ke akaun kita.

Antara sebab yang dapat aku kenalpasti hasil dari pemerhatian dan juga perbualan dengan mereka yang sudah terkena ialah seperti berikut. Ini adalah berdasarkan pengalaman aku.

Sikap ambil mudah

Banyak kes yang terjadi adalah kerana sikap ambil mudah oleh pemilik akaun yang tidak selidik terlebih dahulu email yang dihantar. Mereka yang terkena selalunya hanya tersedar setelah mereka terkena. Sambil lewa dalam urusan perbankan online dan beranggapan komputer yang digunakan dirumah adalah selamat.

Kurang pendedahan kepada dunia IT

Kebanyakkan yang terkena adalah dari kalangan mereka yang hanya tahu menggunakan perbankan internet melalui panduan sahaja. Mereka tidak kenal dan tahu tentang bentuk penipuan yang dilakukan oleh penggodam untuk mencuri akaun mereka.

contoh email pishing yang dihantar melalui emailKebanyakkan mereka yang terkena apabila mendapat email seperti diatas terus klik pada link yang diberikan tanpa melihat terlebih dahulu alamat (URL) untuk perbankan yang mereka gunakan. Akibatnya link tersebut membawa mereka ke satu laman phising yang sama seperti laman perbankan internet yang mereka gunakan.

Apabila berlaku akses masuk menggunakan username dan juga password maka penggodam akan merekodkan semua aktiviti yang dilakukan sehinggalah akan anda telah berjaya dimasuki.

Itu adalah antara punca mengapa berlakunya kes kecurian maklumat perbankan internet. Maka tidak hairanlah mengapa mereka yang bergelar pengodam akan terus menghantar email phising untuk menjerat pengguna perbankan internet di malaysia.

Tips bagi penggunakan perbankan internet untuk mengelakkan berlaku perkara sebigini ialah dengan memastikan anda mengambil berat tentang perkara berikut

  • Jangan sesekali login perbankan internet anda melalui email, kalau ada email yang dihantar walaupun menggunakan email seperti gambar diatas info@maybank2u.com.my.
  • Jangan terlalu takut apabila menerima email sebegitu, sebaiknya anda boleh menghubungi terus pihak bank anda untuk mendapatkan pengesahan.
  • Jangan biarkan orang lain membuat urusan menggunakan perbankan internet anda.
  • Pastikan setiap kali anda ingin login perbankan internet tertera url https dan bukannya http.

Baiklah itu sahaja info komputer dan tips dari aku, mungkin anda boleh tambah tips yang lain diruangan komen dibawah.

Artikel yang berkaitan

Tentang Penulis: Muhammad Tarmizi

Pemilik blog ini masih lagi bekerja sepenuh masa dan blog ini dibina kerana minat terhadap penulisan serta keinginan untuk terus belajar. Sudah mempunyai isteri dan seorang cahaya mata, untuk biodata penuh boleh lihat Pemilik Blog

72 Maklumbalas kepada: Hati-hati dengan email phising buat pengguna perbankan internet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge