Malware pada blog dan penyelesaiannya

Komputer
26/08/2010 | 128 komen »

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Pernah tak blog anda terkena malware jika anda membuka blog menggunakan web browser Google Chrome, aku sendiri pernah mengalaminya dan pasti anda sendiri pun pernah kena bukan? Apabila google chrome mengesan malware wujud pada blog anda dan anda bingung mencari penyelesainnya.

Definisi malware mengikut wikipedia :

Malware, short for malicious software, is software designed to infiltrate a computer system without the owner’s informed consent. The expression is a general term used by computer professionals to mean a variety of forms of hostile, intrusive, or annoying software or program code.[1] The term “computer virus” is sometimes used as a catch-all phrase to include all types of malware, including true viruses.

Tadi selepas aku update blog dan sudah menjadi kebiasaan aku akan membuat lawatan ke blog rakan-rakan aku pun berkunjung ke blog rakan aku semasa seminar smartblogging dulu iaitu si Madlut dan bila aku buka blog madlut menggunakan google chrome menggeluarkan mesej terdapat malware di blognya dan aku pun cuba kenalpasti kenapa blog madlut ni boleh terkena malware. Susah jugakan hidup seorang blogger ni kan banyak benda nak kena ambil tahu.

kesan malware pada blogAku pun tinggalkan blog madlut dan mengunjungi blog rakan yang lain dan ada 2,3 blog lain pun terkena malware yang sama seperti madlut dan setelah aku perhatikan rupanya punca blog madlut dan rakan lain terkena malware ialah disebabkan link dari ping site gengblogger.com.

Sebenarnya aku juga menggunakan ping site daripada gengblogger ni tetapi kenapa blog aku tidak kena malware? Jawapannya ialah senang sahaja, source code gengblogger yang aku letakkan di blog aku tidak menggunakan imej/banner direct daripada hosting gengblogger dan blog aku terselamat daripada terkena malware.

Sebenarnya blog anda yang terkena malware boleh juga dielakkan daripada dijangkiti malware dengan cara banner gengblogger tersebut di hostkan oleh hosting anda sendiri dan bukannya menggunakan sumber imej daripada gengblogger.

Caranya ialah uploadkan banner gengblogger tersebut di hosting anda dan linkkan banner tersebut ke ping site gengblogger dan dengan cara ini blog anda akan terselamat daripada terkena malware sekiranya sumber imej daripada website utama terkena malware.

Contoh source code yang aku gunakan seperti ini <a href=”http://www.gengblogger.com”><img src=”http://www.muhammadtarmizi.com/gambarkoleksi/gengblogger.png”width=”150″ height=”30″ border=”0″ /></a>. Dengan menggunakan cara ini blog anda tidak akan terkena jangkitan malware sekiranya banner yang digunakan tidak daripada website yang terkena jangkitan malware dan dalam kes ini ping site gengblogger ada malware dan seterusnya memberi kesan kepada semua blog-blog yang menggunakan source code banner daripada hosting gengblogger.

Faham tak apa yang aku cuba nak sampaikan? Baiklah aku terangkan dengan bahasa mudahnya iaitu cara paling selamat untuk mengelakkan blog anda terkena malware sekiranya anda menggunakan imej daripada hosting lain dan dalam kes ini ping site gengblogger.

Kalau anda masih lagi tak faham sila angkat tangan dan lontarkan persoalan anda di ruangkan komen di bawah, terima kasih. Tetapi kalau dah faham apa lagi, tukar source code banner gengblogger dengan cara uploadkan banner tersebut ke hosting anda dan anda masih lagi meletakkan banner gengblogger sebagai syarat untuk menggunakan ping site gengblogger.

.

.

@mijie-Tips ini hanya berkesan sekiranya malware tersebut berpunca daripada website lain, tetapi kalau malware tersebut memang puncanya daripada hosting blog anda sendiri, sila dapatkan bantuan daripada support hosting ataupun anda scan hosting anda. Begitulah hidup seorang blogger seharian, lawat blog rakan-rakan dan mencari ilmu di internet yang luas ini.

Tentang Penulis: Admin

Pemilik blog ini masih lagi bekerja sepenuh masa dan blog ini dibina kerana minat terhadap penulisan serta keinginan untuk terus belajar. Sudah mempunyai isteri dan seorang cahaya mata, untuk biodata penuh boleh lihat Pemilik Blog

128 Maklumbalas kepada: Malware pada blog dan penyelesaiannya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge