Masalah Unidentified network dalam windows 7

Komputer
18/07/2010 | 46 komen »

tak dapat connect internet dkt windows 7

Masalah unidentified  network didalam windows 7 mungkin menyesakkan fikiran anda. Masalah ini selalunya terjadi kepada mereka yang baru menggunakan streamyx dan walaupun status menunjukkan sambungan internet berjaya, modem streamyx dengan lampu DSL ok, data ok tetapi kalau komputer yang menggunakan sistem operasi windows 7 masih lagi tidak dapat akses internet.

Begitulah yang dihadapi oleh saya semasa hari pertama menggunakan streamyx, sampaikan budak installer streamyx yang datang rumah (lihat artikel sebelum ini http://www.muhammadtarmizi.com/komputer/akhirnya-streamyx-tiba-jua) cakap laptop saya menghadapi masalah berkenaan dengan network dan ip address problem. Dia siap tunjukkan kepada isteri saya semasa pasang streamyx tersebut gunakan laptop dia yang menggunakan windows xp dapat menggunakan internet. Masa tu saya dekat ofis dan saya cakap dengan dia, bukan laptop saya yang problem tetapi hanya sedikit setting sahaja.

Tapi si budak yang install streamyx tu tetap tak dapat solvekan problem tersebut dan cakap memang laptop saya ada masalah dan kena hantar kedai untuk repair. (Hampeh punya installer, kalau tak tau bab teknikal jangan jadi installer), jadi artikel ini untuk sesiapa sahaja yang bergelar installer streamyx, please take note sila baca sampai habis artikel ini dan pasni bila anda pergi install streamyx rumah orang yg ada menggunakan windows 7 pasti masalah internet connection boleh diselesaikan.

Ok sekiranya anda menghadapi masalah unidentified network seperti gambar diatas, sila buat setting seperti langkah-langkah yang saya tunjukkan dibawah. Langkah yang pertama anda perlu lakukan ialah klik icon windows then type services.msc seperti gambar dibawah.

buka services.msc dalam windows 7

services.msc

Selepas taip services,msc dan tekan enter selepas tu akan keluar satu program iaitu services

cari services ##idstring

cari service ##idstring

Selepas itu cari services ini ##id_string1.6884 dan double click ataupun right click dan pilih properties dan satu paparan yang baru akan keluar seperti gambarajah dibawah. Jadi apa yang perlu anda lakukan sekarang ialah tukarkan startup type daripada automatic kepada disable, selepas itu klik stop pada service tersebut seperti gambar dibawah

bonjour dalam service windows 7

nama services untuk ##idstring ini ialah bonjour

Kalau anda sudah sampai ke step ini langkah terakhir ialah restart komputer anda dan seterusnya anda boleh gunakan internet dengan jayanya. Pastikan restart komputer anda terlebih dahulu yer. Done sudah habis artikel ini

@mijie- terima kasih kepada Mr Azman Ishak pemilik blog orang dewasa kerana telah menaja banner blog saya selama sebulan di blog dia. Silalah berkunjung di blog azman ishak manalah tau dapat hadiah dari dia.

Tentang Penulis: Admin

Pemilik blog ini masih lagi bekerja sepenuh masa dan blog ini dibina kerana minat terhadap penulisan serta keinginan untuk terus belajar. Sudah mempunyai isteri dan seorang cahaya mata, untuk biodata penuh boleh lihat Pemilik Blog

46 Maklumbalas kepada: Masalah Unidentified network dalam windows 7

  • bujang3 berkata:

    aku dah try kat laptop aku…tapi tak ada ##id_string1,6844 cam yang ko tunjuk tu… aku pakai Windows 7 Starter…

    • Admin berkata:

      memang untuk windows 7 starter takder, sorry bro, tp cuba disable kan ipv6 dkt network setting

      • Tajul berkata:

        Maaf, saya dah buat semuanya seperti di atas.. tetapi tak berjaya juga..

        • Admin berkata:

          dah disable ke ipv6, ada banyak kemungkinana disini, em pakai windows 7 starter ke?

          cara lain yg boleh dicuba ialah dengan set kan ip secara manual

          • Tajul berkata:

            memang windows 7 starter pun.. tapi bila saya buka services.mcs tu saya ada jumpa bonjour bukan ##id_string1,6844.. yang tu sama aje macam yang awak tunjuk tu.. dah disable tapi tak boleh juga. .. mmm boleh tunjuk tak setup ip secara manual.. dan mcmana nak tahu ip?

          • Admin berkata:

            selepas disable ada restart komputer tak? ok pasal nak buat manual ip tu nanti saya buatkan entri kat blog ini jap lagi dan macam mana nak detect ip default

          • Tajul berkata:

            ya saya dah restart… streamyx succesfully connected tapi bula buka mozilla tak dapat buka internet..

          • Admin berkata:

            cuba gunakan IE, kalau dah ok maknanya mungkin masalah komputer la tu

          • Tajul berkata:

            Dah ok.. rupanya kalau kita guna windows 7 starter yang perlu kita buat ialah ‘disabledkan’ ipv6 manakala ipv4 jadikan ia automatic.. ‘bonjour’ pula saya disablekan juga di ‘services.mcs’. Dan yang paling menarik ialah saya tak perlu buka ‘streamyx connection’ atau login pun.. saya terus buka internet dah pun dapat.. pelik juga ya.. sekarang ni saya boleh surf internet sedangkan dalam masa yang sama streamyx saya dalam status disconnect!!! waaahh pening!!! tapi yang penting au boleh surf!

          • Tajul berkata:

            Terima kasih banyak2 dan selamat beribadah di bulan mulia ini.

          • Admin berkata:

            ye betul la tu, mcm sy ckp disablekan ipv6 mungkin sbb router tu tak leh nak support ipv6

            tahniah

      • amir berkata:

        klu window premium

        • Admin berkata:

          windows premium? window 7 home premium ke? kalau windows 7 home premium memang guna cara kat atas

  • bujang3 berkata:

    kebetulan… aku dah baca entri Boss pasal buat wifi ngan laptop…. dia ada tunjuk setting ad hoc network… serupa cam gambar ko yg atas sekali tu,kat change your network setting, kita tak ada pun ad hoc network cam bos punya…dia pakai windows vista

  • ishak berkata:

    thanks for sharing bro….hem untuk broadabnd boleh jugak ker ni ?

  • donnyien berkata:

    fuh..lega bila dapat tahu..alahai beginilah jadinya bila jadi mcm sibudak installer tu..hampeh2..hehe

    anyway Mijie,thank’s for this info.berguna sekali.memang car benda ni.

  • aktechpage.com berkata:

    Aku belum pakai lagi Windows 7…
    yg latest punya pun pakai windows Vista Business, ofis punya…

    demo patut buh dalam kurungan kat tajuk post entry (Untuk Rujukan Installer Streamyx Sengal)….

    Barulah masuk dlm engin google… hahahahah….

    Nice tips, TQ

  • zik berkata:

    hurm pakai window xp jer nie.. senyap2 jela..

  • sangilapi berkata:

    masalah yang sering gua terkena ! nasib baik lu ada jalan penyelesaiannya…..cayalah mijie ! :)

  • qalahbar berkata:

    Salam..
    Nak tanya skit..
    camne nak dpt serial key utk windows 7 ultimate..
    kt CD takde pun..

  • etomyam berkata:

    budak installer tu main bedal je ya, janji jawab, huhuhu…tutorila yang baguih ni bro, aku hari tu suruh adik aku yang set setting kat PC ni hehehe :D

  • boss berkata:

    pergh mana ko tau semua ni.. biasanya aku klik kat tanda pangkah tu.. pastu nanti dia resolve automatik..

  • nurul berkata:

    pemilik blog berkursus…. will reply soon….

  • maymay berkata:

    i pun ade masalah nak connect ke streamyx, balik nanti akan cuba cara u :D

  • amukkazuya79 berkata:

    salam, le3pas ni boleh la sy memperluaskan ilmu it sy inikan? tq a lot

  • Mustafa berkata:

    Artikel sdr amat membantu. Saya baru shj beli pc baru dgn OS windows 7. Saya guna P! Wimax & mengalami problm yg sama. Puas saya godeh & 2 kali ke kedai utk selesaikan masalah tapi technician tu pun tak dpt selesaikan. Frust betul. Ptg tadi saya cuba buat carian & terbaca artikel sdra…. fuhhhhh lega & puas bila dah berjaya….. Terima kasih dari saya & teruskan usaha yg baik ini.. . Assalamualaikum wbth

  • rafiq berkata:

    boleh pkai untuk window 7 ultimate kew tutorial nie?? :( nk meraung dh nie…….

  • Hanif berkata:

    Assalamualaikum
    Saya ingin bertanye kepada Encik
    Apakah masalah yang dihadapi oleh internet sekiranya alamat IP dan Default Gateway apabila di ping konfigurasi nya dalam keadaan baik tetapi apabila Internet Explorer di akses didapati ianya mengeluarkan paparan IP has been banned. Setelah diubah IP komputer masalah masih tidak dapat diatasi. Bagaimana cara mengatasi masalah ini

    • Admin berkata:

      kena faham, ip dalan Local Area Network (LAN) adalah berbeza dengan ip yang keluar dari streamyx ke luar (wide area Network) WAN..

      jadi kalau menggunakan dnymic ip dr streamyx memang masalah ip has been banned tak boleh dielakkan melainkan menggunakan proxy sahaja

  • wan berkata:

    saya dah cuba buat cara admin untuk unidentified network..id string memang xda dlm sya pnya list kt services.mcs..tapi tetap x berjaya..msih lagi limited access..sya guna os win 7 home premium..

    boleh ke letak ‘kod rahsia’ selain dari pasword pada modem wireless router

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge