Menetapkan halatuju blog

Komputer
26/07/2010 | 46 komen »

Assalamualaikum dan selamat pagi serta selamat hari isnin ” Monday Blues” kepada semua pekerja samada anda full time blogger, kerja makan gaji ataupun bekerja sendiri.

halatuju blog pada masa depan

Sempena hari isnin blog ini membicarakan sedikit mengenai halatuju blog dan bagaimana untuk kita menetapkan arah serta halatuju blog kita supaya ianya akan terus relevan dan mendapat perhatian daripada pengunjung. Sebenarnya saya tidak layak untuk membicarakan berkenaan dengan blog dan halatuju kerana saya pun masih lagi baru dalam arena blog dan saya percaya di luar sana ramai lagi insan yang hebat.

Tetapi kali ini saya akan hanya berkisarkan kepada blog saya sendiri dan dalam menentukan halatuju blog ini. Antara sebab kenapa blog perlukan revolusi ialah supaya ianya dapat disesuaikan dengan peredaran masa dan juga teknologi yang wujud. Blog ini juga tidak ketinggalan untuk turut sama ber “evolusi”. Boleh kot gunakan perkataan tu.

Salah satu evolusi ataupun perubahan yang kita sedar ataupun tidak ialah perubahan theme pada blog yang kita selalu kunjungi, samada ia akan menambahkan lagi penampilan dan susun atur blog tersebut, blog ini juga pernah bertukar theme iaitu pada awal bulan mei tahun ini.

cara buat live blogging

live blogging hobi baru

Selain itu, blog ini telah mewujudkan satu kategori baru iaitu Live Blogging iaitu satu lagi kategori yang baru diceburi oleh saya iaitu untuk update blog secara live menggunakan handphone buruk saya ini. Wujudnya kategori live blogging dalam blog ini bukannya bermaksud saya tidak lagi update blog ini seperti biasa, tetapi ianya adalah satu cara terbaru yang saya gunakan untuk update blog ini menggunakan teknologi yang ada. Mungkin live blogging hanya seminggu sekali ataupun peristiwa-peristiwa yang saya rasakan penting untuk dimasukkan di dalam blog ini.

Blog ini juga telah mengalami perubahan dimana hari ini ingin ku beritahu kepada semua bahawa iklan nuffnangs sudah dipasang di blog ini dengan dua matlamat, satu untuk menambahkan warna warni blog ini dan yang kedua sudah tentu sambil menyelam sambil minum air kalau-kalau dapat hasil dari iklan tersebut. Dua iklan telah diletakkan secara rasmi iaitu yang pertama di bahagian header serta yang kedua ialah di antara setiap artikel blog ini sebelum ruangan komen

ruangan iklan di headerIni dia iklan nuffnangs di bahagian header blog ini, harap-harap ianya tidak melambatkan loading time untuk blog ini dan lagi satu ialah di ruangan single post sebelum komen dengan harapan iklan ini boleh mencantikkan dan yang paling penting boleh dapat hasil sedikit untuk pendapatan sampingan bagi menampung kos blog ini

iklan di single post blogJadi itu sahaja evolusi blog ini dan antara perancangan pada awal bulan ogos ialah bahagian ” jurukomen hot ”  akan ditukarkan formatnya iaitu akan ada senarai top comentator setiap bulan iaitu bermula awal bulan sehingga hujung bulan dan 2 jurukomen hot yang paling teratas akan mendapat hadiah iaitu iklan banner di blog ini selama sebulan.

Diharapkan dengan perubahan blog ini tidak menggangu konsentrasi anda membaca blog buruk saya ini. Segala perubahan ini telah mengambil kira pelbagai faktor dan diharapkan anda selesa untuk melayari blog ini. Sebarang komen anda pendapat bolehlah anda berikan di ruangan komen dan saya juga ingin mendengar maklumbalas dari anda semua sebagai pembaca blog ini. Terima kasih

Artikel yang berkaitan

Tentang Penulis: Muhammad Tarmizi

Pemilik blog ini masih lagi bekerja sepenuh masa dan blog ini dibina kerana minat terhadap penulisan serta keinginan untuk terus belajar. Sudah mempunyai isteri dan seorang cahaya mata, untuk biodata penuh boleh lihat Pemilik Blog

46 Maklumbalas kepada: Menetapkan halatuju blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge