
Ketam masak lemak, terung goreng dan telur dadar. Haa sapa kata orang lelaki tak reti nak masak, boleh cuma malas nak masak jer.
Hari ni aktiviti kat rumah jadi isteri pula request aku masak, dia teringin nak makan ketam, jadi aku start motor bawak fahim gi kedai beli ketam 2 ekor, terung skit untuk masak. Main campak2 jer, tumbuk bawang putih 2 ulas, bawang besar satu pastu cili besar satu dan tumbuk sehingga lumat.
Potong ketam, bahagian kaki ketuk dengan lesung, pastu masuk air, letak bawang yang ditumbuk tadi, kacau dan bila mendidih letak santan, letak kunyit skit, garam skit then masukkan ketam, lepas tu masukkan air asam jawa. Pastu siap sudah. Aku tak rasa pun tapi orang rumah cakap ok
Pastu tumbok bawang lagi guna lesung, campur ikan bilis yg dah dibuang tahi n belah dua pastu tumis then letak air skit masukkan terung yg dah dipotong. Ok siap dan telur dadar tu macam biasalah.
Ok masa untuk makan dan selamat berhujung minggu bersama keluarga.
Nota : si azmanishak macam tak caya aku masak haha igt ko sorang pandai masak
Posted from WordPress for Android HTC Desire Z
Sungguh menyelerakan. hehehe.. menangis laa Azmanishak tengok. lepas ni mesti dia bawak keluarga dia datang uma mijie.
Entri terbaru dari Master Pak Pandir..Letak link je dah dapat $1
lepas ni dah boleh buat open house dah ni ekeke
ringkas tapi nampak menyelerakan apatah lagi perut tengah lapar ni, pakai santan kelapa parut ke santan paket/kotak?
Entri terbaru dari ardzham..Keladi Tikus Penawar Kanser
pakai santan kotak je bang, malas nak beli kelapa parut hehe tp memang pakai kelapa parut lagi best kan
Nasib baik ketam tidak lari semasa tengak hiris bawang yer bro
Entri terbaru dari akubiomed..Projek hujung minggu – Seni foto atas kayu bersama abang Koning
hahaha, dah mati dah ketam tu
bukan payah pun nak masak
hehe
kan?
Entri terbaru dari tehr..Bila Isteri Cemburu
hehe tu la, main campak2 jer
sib baik ada ketua chef bersabar menyediakan bahan, dan mengajar mencuci ketam….
sedap b masak, lain kali masak lagi yeee….
Entri terbaru dari nurul..Ramadan bulan mulia
awk ni kan, lain kali nak komen tgk dulu email tu guna email awk, asyik muka sy je keluar
ore jate meme panda masok…kalu keno go gayo dgn maso gak…
Entri terbaru dari yusri..Luzilicious
betul tu boh, time rajin jah
Masak Ketam tu macam sedap jer… Tengok gambar pun teringin nak rasa…
Entri terbaru dari shaharil..Salam AidilAdha 1432 Hijrah
hehe ada masa nanti jemput ke rumah sy masakkan hehe