Hari ini Final Piala FA Kelantan vs Terengganu

Live Blogging
11/06/2011 | 18 komen »

image

Pastinya 2 negeri daripada pantai timur sudah tidak sabar untuk menyaksikan perlawanan akhir piala fa 2011, baik penyokong kelantan mahupun terengganu sudah pasti sudah tidak sabar untuk menyaksikan perlawanan pada malam ini.

Apa yang pasti kedua-dua penyokong pastinya akan memberikan sokongan padu kepada pasukan masing-masing terutamanya penyokong bola sepak negeri terengganu di mana pasukan mereka agak lama tidak beraksi di pentas akhir.

Aku pun memang teruja juga untuk kali pertama berkunjung ke stadium bukit jalil untuk menyaksikan perlawan akhir ini. Tiket dah beli, jersi pun dah ready tinggal nak bawa badan je petang ni. Sudah tentu harapan yang menggunung untuk menyaksikan perlawanan ialah keputusan perlawanan piala fa 2011 ini berpihak kepada kelantan.

Harapnya pasukan kelantan dapat bermain dengan semangat juang yang tinggi, begitu juga buat penyokong bola sopak kelantan dapat menjaga tingkahlaku semasa perlawanan nanti.

Semoga penyokong kedua-dua pihak mempunyai semangat cintakan bola sopak tanah air dan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan masalah nanti.

Itu sahaja, kita jumpa di stadium bukit jalil petang nanti, go more kelate go more…go more kelate go more

Posted from WordPress for Android HTC Desire Z

Artikel yang berkaitan

Tentang Penulis: Muhammad Tarmizi

Pemilik blog ini masih lagi bekerja sepenuh masa dan blog ini dibina kerana minat terhadap penulisan serta keinginan untuk terus belajar. Sudah mempunyai isteri dan seorang cahaya mata, untuk biodata penuh boleh lihat Pemilik Blog

18 Maklumbalas kepada: Hari ini Final Piala FA Kelantan vs Terengganu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge