Jangan harapkan orang lain akan buat

Live Blogging» Maxis10
22/12/2010 | 69 komen »

image

Hidup di taman perumahan ada banyak keadaan, ada yang jiran-jiran baik dan peramah. Ada juga yang suka bertegur sapa, malah tidak kurang juga yang sombong, menimbulkan suasana yang tidak tenteram seperti malam-malam lepak di luar rumah sambil memekak pukul 2, 3 pagi.
Macam-macam karenah yang dilalui, apa yang aku nak cerita ialah sikap tunggu dan lihat serta masing-masing mengharapkan jiran yang lakukan. Semalam sampah di taman kami hampir 2 minggu tidak di kutip, lepas tu semua hanya tunggu dan lihat.

Aku tunggu sehingga semalam, lori sampah tak juga datang. Aku ambil telefon then telefon pihak berkuasa tempatan untuk maklumkan pada mereka sampah tidak dikutip di rumah kami. Pegawai mereka bagitau Alam Flora yang bertanggungjawab menguruskan kutipan sampah di rumah kami. Jadi aku pun call Alam Flora untuk maklumkan pada mereka.

Ding dong sekejap tapi mereka berjanji akan selesaikan secepat mungkin, selepas 2 jam orang rumah aku call lori sampah dah datang. Jadi masalah dah selesai.

@mijie-kadang-kadang sikap menunggu dan lihat sahaja memang mendatangkan masalah. Aku pun tak selesa bila balik ke taman, rasa macam masuk ke tempat pelupusan sampah.

Nota: Jangan harapkan orang lain, kalau kita mampu lakukan apa salahnya berbudi untuk taman perumahan kita.

Oh aku bukan kaki komplen.

Posted from WordPress for Android HTC Desire Z

Artikel yang berkaitan

Tentang Penulis: Muhammad Tarmizi

Pemilik blog ini masih lagi bekerja sepenuh masa dan blog ini dibina kerana minat terhadap penulisan serta keinginan untuk terus belajar. Sudah mempunyai isteri dan seorang cahaya mata, untuk biodata penuh boleh lihat Pemilik Blog

69 Maklumbalas kepada: Jangan harapkan orang lain akan buat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge