Menyusuri masa melepasi tahun

Live Blogging
06/01/2012 | 17 komen »

image

Assalamualaikum rakan-rakan semua, selamat pagi dan salam satu malayisa.

Belum terlewat lagi untuk mengucapkan selamat tahun baru 2012 masihi dan hari ni dah masuk hari yang ke 6 dalam tahun baru.

Entri ni adalah entri pertama untuk tahun 2012 dan pastinya banyak yang aku ingin perkatakan dalam entri ni dan harap kamu semua dapat mrmbacanya dengan santai.

Semenjak kebelakangan ini memang aku biarkan je blog ni tanpa update, mood tak ada tambah dengan kerja yang banyak jadi aku pendamkan saja keinginan untuk menulis. Kalau yang update pun sebab entri wordless wednesday memandangkan entri tu aku hanya perlu letal tajuk sahaja, malas kan haha.

Orang kata hidup itu ibarat roda, saat kita berada di atas dan dikenali memang masa tu hati kita puas dan terasa selamanya ingin berada di atas, tapi kita kena ingat roda itu berpusing dan akan tiba masanya kita akan berada dibawah. Di saat inilah hati kena kuat, menerima sesuatu itu dengan redha dan tak perlu menyalahkan sesiapa.

Seperti juga blogger, saat disanjung, di puji, di macam-macam lagi dan masa itu kita rasa wahhhh dunia ini akulah raja aku lah segalanya. Jadi masa ini kita kena ingat dan harus tanamkan dalam jiwa kita supaya kita akan menerima putaran hidup bahawa bukan selamanya kita disanjung dan dipuji.

Akan tiba pada suatu masa kita akan dikeji, di hina dan caci maki..masa itu kita kena bersedia dan harunginya dengan minda yang terbuka. Langit tidak selalunya cerah bukan.

Banyak blogger-blogger hebat diluar sana menulis tentang asam garam dunia blogger, ada yang pahit, ada yang manis dan pelbagai lagi rencah yang dirasai dan inilah yang harus kita terima jika mahu terus menulis.

Bak kata pepatah “jangan berumah ditepi pantai. Kalau takut dilambung ombak”.

Ok sehenarnya dah kelaut entri ini, secara keseluruhannya apa yang ingin aku katakan ialah aku gembira walaupun tahun lepas entri blog aku kadang2 satu entri sebulan.

Dalam menulis blog ada beberapa peringkat yang mana peringkat permulaan dimana blogger tu mula mengasah bakat untuk menulis dan menjadikan idola mereka sebagai panduan. Selepas itu peringkat dimana mereka mula membina identiti sendiri pada blog mereka.

Di waktu inilah pelbagai ilmu dicari, cara nak naikkan trafic, macam mana nak mendapatkan pembaca tetap..nak dapatkan komen yang banyak dalam setiap entri yang ditulis. Masa ini juga mula mencari idea dan teknik untuk pastikan keyword, seo dan sebagainya supaya blog mendapat tempat dihati search engine.

Namun bila tiba peringkat seterusnya dimana peringkat blog mereka sudah dikenali, ramai pembaca dan masa itu blogger tersebut akan merasalan satu tanggungjawab untuk memastikan blog sentiasa update.

Ok aku tidak melalui peringkat yang aku sebut diatas, tetapi sedikit sebanyak tu adalah..dan apa yang ingin diperkatakan ialah blogging itu hobi aku dan dek kerana minat menulis.

Walaupun blogging itu kita berada di alam maya, tidak semestinya kita tidak boleh menjadikannya hubungan di dunia realiti. Sepanjang berblogging aku amat bersyukur kerana dapat mengenali blogger-blogger hebat diluar sana yang mana penulisan mereka aku kagumi.

Cukup sekadar aku sebut beberapa nama seperti rohaizad, bro johari rezeki murah, azman ishak dan kak kujie yang mana aku pernah berjumpa mereka di dunia realiti.

Jadi setiap orang berblog ada matlamat yang ingin dicapai dan kalau ditanya apa yang aku inginkan dalam berblogging, jawapan aku ialah pengalaman yang dilalui sehingga saat ini ialah pencapaian yang aku inginkan.

Ok aku rasa cukup setakat ini dahulu untuk entri pemanas badan dan pembuka kata bagi tahun 2012 dan sehingga kita berjumpa lagi di entri yang akan datang

P/s: sila abaikan typing error kerana aku guna phone je ni

Posted from WordPress for Android HTC Desire Z

Artikel paling hangat

Tentang Penulis: Muhammad Tarmizi

Pemilik blog ini masih lagi bekerja sepenuh masa dan blog ini dibina kerana minat terhadap penulisan serta keinginan untuk terus belajar. Sudah mempunyai isteri dan seorang cahaya mata, untuk biodata penuh boleh lihat Pemilik Blog

17 Maklumbalas kepada: Menyusuri masa melepasi tahun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge