
Dah lama tak update blog ni dan tanpa ada perasaan bersalah blog dibiarkan usang begitu sahaja, bukan tiada nafsu untuk berblog tetapi kekangan masa yang begitu mencengkam jiwa.
Kalau tengok last update blog ni ialah wordless wednesday masa tu nak gi ke kota kinabalu sabah, sekejap sahaja masa berlalu dan lusa aku akan ke kota kinabalu kembali.
Daripada entri terakhir blog ni aku memang kekurangan masa untuk menjengah blog ni, apatah lagi nak balas komen2 dari rakan-rakan blogger lain. Terima kasih aku ucapkan dan sangat menghargai kunjungan anda semua tetapi masa memang tidak mengizinkan.
Selepas balik dari kota kinabalu hari tu dan seminggu berkampung di kuantan, lepas tu balik dari kuantan pergi pula pulau pinang. Banyak gambar-gambar yang diambil tetapi masa tak ada untuk aku update kat blog ini.
Sekarang aku berada di kuching 4 hari untuk urusan kerja, rabu petang akan berangkat ke kota kinabalu dan berurusan di sana sampai hari sabtu ini. Kadang-kadang dah rasa penat turun naik kapal terbang.
Walauapapun aku masih lagi ada nafsu untuk berblogging dan minat terhadap blog tidak pernah padam kerana menulis dah menjadi sebati dengan jiwa aku.
P.s. harapnya entri ini bukan entri terakhir untuk tahun ini
Posted from WordPress for Android HTC Desire Z
Sudah semakin hujung tahun masih lagi outstation. Kalau say bajet dah habis tidak boleh pergi mana-mana perlu duduk diam-diam dipejabat.
Entri terbaru dari akubiomed..Snek Pringles dan PopCorn untuk abang sayang
selalunya kami bila masuk 2-3 hari nak tutup akaun baru habiskan semua hehe
Kerja diutamakan…sayang blog ditinggal-tinggalkan
..dah buzy nak wat mcm mana kan.
Bro etomyam pun da lama senyap.
Entri terbaru dari azman..Pandai ambil peluang
last contact dia bulan lepas tu pun tak sempat nak jumpa dia
tak apa, bro
sesekali dapat baca entri kat sini pun jadi la
dah macam tu hidup kita
kaki kanan melangkah ke depan, kaki kiri di belakang
Entri terbaru dari tehr..Tarikh Gaji 2012
terima kasih cikgu kerana menjadi pengunjung setia
Seronok dan tak berapa ronok pun ada jika dah kena outstation nih…
Entri terbaru dari yusri..Christmas Lunch 2011
tahu takper, ada pro n kontra dia