Salah satu features yang di “highlight” kan dalam telefon pintar HTC Desire Z ini ialah All in One Mailbox dimana ianya berfungsi untuk menghubungkan semua email yang dimiliki ke dalam satu aplikasi mudah yang dipanggil All in One Mailbox.
Setiap email yang berbeza dibezakan dengan warna yang berbeza dan aku memang terlalu suka dengan fungsi yang disediakan kerana aku tidak perlu login dan logout setiap kali ingin membaca email yang berbeza. Memandangkan aku mempunyai banyak email yang perlu dibuka setiap hari, jadi all in one mailbox adalah penyelesaiannya.
Kini aku tidak lagi perlu membukanya satu-satu kerana di dalam all in one mailbox hanya perlukan satu klik sahaja aku terus dapat masuk ke email yang aku pilih. Seperti gambar di atas aku telah memasukkan 3 email yang berbeza yang aku buka setiap hari di dalam meneruskan kehidupan aku sebagai blogger separuh masa. Banyak lagi email aku sebenarnya, hehe.
Apa yang membuat aku begitu gembira ialah fungsi All in One Mailbox yang disediakan ini terlalu senang untuk digunakan dan tidak perlu kemahiran teknikal yang mendalam. Hanya perlukan beberapa langkah dan email tersebut berjaya di tambah ke dalam aplikasi all in one mailbox.
Aku tunjukkan contoh yang dibuat untuk tambah akaun email ke dalam aplikasi All in One Mailbox ini.
Caranya amat mudah, sekiranya belum mempunyai akaun, di dalam aplikasi buka Mail dan teruskan kepada langkah seperti gambar dibawah. Sekiranya sudah mempunyai akaun perlu klik Menu > More dan New Account seperti contoh di atas.
Secara asasnya, untuk email yang percuma seperti Gmail, YahooMail, Ymail, dan semua mail lagi akan menggunakan POP3/IMAP untuk komunikasi antara server dan klien. Manakala email Syarikat/Jabatan dan sebagainya akan menggunakan Microsoft Exchange seperti pilihan pertama di atas.
Aku memilih POP3 kerana aku ingin membuat tambahan email Gmail.
Sememangnya smartphone HTC Desire Z ini memang betul-betul smartphone yang best bagi aku kerana selepas pilih POP3 aku hanya perlu masukkan email dan password yang aku gunakan dan selepas itu hanya touch butang Next dan tunggu sehingga segala-galanya selesai. Tak sampai satu minit pun dah siap tambah email.
Aku hanya perlu tunggu sehingga proses selesai dan perlu sentuh lagi satu butang untuk siapakan email tersebut, terasa macam main game sahaja. Mudah, ringkas dan automatik.
Sekiranya segala proses berjaya, paparan akan keluar seperti gambar di atas ini iaitu menukar account name dan juga memilih samada mahu menjadikan email yang dibuat akan menjadi email default dan sebaliknya. Selepas itu aku hanya perlu sentuh Finish Setup dan kebabom..siap.
Ini adalah contoh email di dekstop smartphone ini dan ianya boleh di refresh mengikut kemahuan kita. Jadi sehingga ke hari ini tanpa user manual aku telah pun berjaya melakukan beberapa perkara yang berkaitan dengan smartphone ini. Ternyata HTC Desire Z ini boleh dikategorikan sebagai antara yang terbaik yang pernah aku jumpa dan merasainya.
Mengikut maklumat yang aku baca dalam laman web rasmi HTC, Fungsi aplikasi All in One
SEOMailbox, Email akaun boleh di tambah sehingga ke 15 akaun. Cool sungguh.
Secara keseluruhannya pandangan aku terhadap HTC Desire Z ini memang layak digelar telefon pintar serta memberikan kemudahan kepada pengguna tanpa perlu membaca manual yang selalu orang malas untuk membacanya.
Kini dunia pengurusan email aku menjadi lebih senang dengan smartphone ini dan tidak perlu lagi aku bersusah payah untuk melakukan banyak perkara untuk menjelajah email-email yang yang banyak dan dengan katalaluan yang berbeza-beza.
Kelebihan All in One Mailbox :
Namun ada juga perkara yang aku tidak beberapa suka tentang All in One Mailbox ini dari segi pengalaman aku menggunakannya dan pandangan aku iaitu jika sekiranya email yang diterima seperti komen pembaca blog aku, walaupun komen daripada entry yang sama tetapi ianya akan membezakan setiap email yang diterima dan diasingkan email tersebut.
Maksud aku disini email tersebut tidak dikumpulkan sekali dan diasingkan di dalam aplikasi All in One Mailbox, mungkin aku belum biasa lagi dengan keadaan ini.
Banyak lagi aplikasi didalam smartphone HTC Desire Z ini yang membuatkan aku teruja menggunakannya seperti GPS, Smartphone berfungsi seperti barcode scanner, boleh digunakan untuk terjemahkan text, surat ataupun bahasa di papan tanda di tepi jalan ke dalam bahasa yang dinginkan dengan hanya mengambil gambar dengan menggunakan kamera smartphone ini.
Jadi stay tuned dan tunggu entri yang akan datang untuk review akan datang untuk mengetahui apakah yang smartphone HTC Desire Z ini mampu lakukan.
Salam,
memang menarik fungsi all in one mailbox nie, yan sendiri pun guna jugak…ehehe, mudah sangatkan, x perlu nk login bagai, cuma tap je…terus blh baca email, yg bestnya email yg masuk silap ada bunyi alert mcm mesej gak..hahha…sukeee!!
betul tu, itulah pasal, semua mau bunyi, tapi boleh je off kan
senang alert kalau ada bunyi.
Entri terbaru dari RedBoys..Pelancaran Blog Baru
hahaah tu pun kalau rajin nak buka je
gua pun tertarik dengan all in one mailbox ni
dengan kesemua entry HTC ni,secara tak langsung gua boleh buat perbandingan antara makhluk hitam dan HTC
…..terima kasih mijie !
Entri terbaru dari sangilapi..bengkel blackberry
yg pasti masing2 (hp) ada kelebihan masing2.
Entri terbaru dari RedBoys..Pelancaran Blog Baru
betul tu, takkan nak sama semua kan
sama-sama bro joe, aku pun dah tak pening kepala skrg ni
saya senang bisa datang ke blog anda sambil baca baca , kalo saya copas boleh ya ?? ixixixiixix
hai selamat menyepam
isk…rasa nak beli jer ..hohohoho..
beli jangan tak beli, dapat claim nanti beli
Pingback: A day in the life of the Htc Desire Z – Hardware Review | Roslan Nazri
guna wifi ke plan
internet.
Entri terbaru dari Ali ridha..Hanis Zalikha Bas Express aku terjunam
kat umah guna wifi, kat luar guna plan internet
tunjuk la password kat kami
semua.heeee……..
Entri terbaru dari Ali ridha..Hanis Zalikha Bas Express aku terjunam
huahuahua
seronok juga guna telefon pintar.
Entri terbaru dari Ali ridha..Hanis Zalikha Bas Express aku terjunam
seronok lebih
baru nak belajar pasal neh. thanks for the tips!
Entri terbaru dari jard..HTC Desire Z – Bhgn 1- Sekilas Pandang
sama-sama jard, nanti share2 la yer
memang betul2 smart lah..sebab nak setting email pun mudah…berbeza dgn phone lain..perlukan incoming server,outgoing server..dan macam2 lagilah yang kena isi..
itula pasal bro, hanya klik2 pastu siap
menarik
Entri terbaru dari tra..contest – mimik muka menarik
tertarik?
Majoriti Smartphone memang ada one stop center nak akses mail box senang kerja
Cuma larat tak larat nak buka kalau banyak masuk spam mail
Entri terbaru dari akubiomed..Percubaan live blog melalui iPhone 3g
haha kalau yg all in one ni boleh filter untuk tak download spam, hanya inbox sahaja
nice..nmpk benor aku ketinggalan ni..hihi..
tpi kalau kat PC, guna outlook je utk received sume email dalam satu inbox..
Entri terbaru dari Lee..Kenapa Aku Buang Duit
ala bro, aku pun baru lagi ngan smartphone htc desire z ni
err.. mcmana bro mijie amik screenshot kat henpon hensem tu? (eh, soklan aku ni xdak kena mengena ngan tajuk entry nie?)
hahaha… jgn marah ha.
Entri terbaru dari Anwar Osman..PC Fair 2011 Venue- Date and Girls
caranya gunakan adnroid SDK tools, pastu install java tools then lepas tu boleh explore phone ni
erm mantap, aku pun tertanya2 apa software yg pakai untuk snap screen dalam handset ni
Entri terbaru dari syahrilhafiz..Blog Tergendala! Apa puncanya
sdk ngan java bro, macam gunakan sdk untuk develope software phone la bro
uh, sori la
bab phone ni aku slow sikit
sebab tak sama macam os..hehe
Entri terbaru dari syahrilhafiz..Blog Tergendala! Apa puncanya
hehe takper, nanti dah dpt kat tangan mesti bro bolehnyer
Entry ini sungguh membakar dan membuat aku terbakar..
p/s – sorry bro aku tak balas sms / emel aritu.. terlampau sibuk dengan bisnes dan ulang alik KL-Muar- Pontian…
penat.. penat.. penat…
Entri terbaru dari samdaddycool..Terima kasih Nuffnang
hahah kalau terbakar silalah sambar satu yer
p/s: tak per bro, janji semuanya settle
Sampai hari ni, aku lom sempat buka cpanel domain hadiah tu.. huhu.. harap-harap malam ni sempat setup .
Entri terbaru dari samdaddycool..Terima kasih Nuffnang
takper bro sam, buat bila dah tak busy
perghhh.. bz cipan betul aku ni.. ni pun takterbuka lagi. Jap lagi sempat kot. Sok plak nak gi KL jap…
Entri terbaru dari samdaddycool..Terima kasih Nuffnang
sgt menarik. cool dan smartphone betul. mcm2 ada.
Entri terbaru dari RedBoys..Pelancaran Blog Baru
nama pun telefon pintar kan
orang berniaga kena
ambil telefon pintar.
Entri terbaru dari Ali ridha..Tukar tema wordpress ke premium
kalau yg bekerja pun boleh