Bila sebut perkataan tersepit pasti kita akan bayangkan tentang masalah. Jadi tersepit yang ingin saya tulis ialah kisah blogger yang tersepit.
Tidak ingin membawakan masalah serta cerita orang lain tetapi apabila sebut sahaja tersepit yang bermain dikepala ialah masalah yang melanda. Masalah tersepit semua orang pernah melaluinya bukan.
Entri ini adalah untuk menyahut cabaran blogger kental iaitu rohaizad berkenaan dengan kisah blogger yang tersepit. Jadi saya pun ingin menerbitkan entri berkenaan blogger yang tersepit ini.
Diharapkan anda tidak tersepit apabila membaca entri pada kali ini kerana ianya bersifat peribadi dan masalah tersepit ini pun diharapkan anda boleh menerimanya.
Kisah Tersepit 1
Blog ini wujud adalah kesinambungan daripada blog percuma yang saya miliki pada tahun 2005 lagi iaitu http://muhammadtarmizi.blogspot.com yang menceritakan tentang suka duka hidup aku, pengalaman dan sebagainya, lantas apabila sudah lama menapak di arena blogging mula lah bertukar kepada blog kerjaya yang dibeli awal tahun 2007 iaitu blog yang berkisar tentang produk cctv sistem iaitu http://www.pasangkamera.com tetapi setahun selepas itu blog itu juga menemui jalan mati iaitu selepas aku ditawarkan kerja bomba dan blog itu berkubur tanpa nesan dan sekarang ada orang sudah membelinya. Tersepit diantara kerjaya bomba dengan berblogging menyebabkan blog itu berkubur dan dimiliki orang lain.
Selepas itu disebabkan oleh minat yang mendalam dalam arena blogging aku bangun dan membeli domain baru iaitu http://www.seribong.info/ iaitu blog yang digunakan untuk aku meneruskan minat aku terhadap sistem cctv. Sampai sekarang blog ini masih lagi hidup tetapi disebabkan tersepit antara kerjaya baru, masa dan juga blog ini. Blog seribong itu pun telah menjadi usang tanpa berupdate, tetapi jauh di sudut hati blog seribong itu akan digunakan untuk projek yang akan datang.
Disebabkan minat yang mendalam terhadap blog, maka dengan rasminya awal januari tahun 2010 aku membeli domain blog muhammadtarmizi.com untuk merancakkan dunia blogging. Jadi masalah tersepit telah selesai
Kisah Tersepit 2
Ini kisah berkaitan dengan blog ini, bila aku mula menulis blog dan ada entri yang aku telah tersalah memberikan fakta ataupun definisi sesuatu perkataan yang salah, ramai yang menghentam dan seolah-olah aku ini jahat dan sengaja menimbulkan kemarahan orang lain. Lantas aku menjadi tersepit samada ingin terus berblogging ataupun biarkan apa orang nak kata, janji aku dapat berkongsi dengan pembaca semua. Tersepit disini ialah apabila ada segelintir manusia yang tidak berpuas hati dengan entri yang aku tulis dan mula merendahkan diri aku. Lantas aku mencari sokongan dari blogger-blogger lain untuk meminta pendapat dan pandangan.
Kadang-kadang terasa ingin meneruskan komen dan melawan segala komen yang diberikan, tetapi banyak nasihat dari rakan blogger menyuruh aku untuk berdiam diri. Segala kekusutan dan tersepit itu telah berjaya dirungkaikan dan masalah tersepit tersebut berjaya diselesaikan. Terima kasih juga pandangan dan pendapat dari sis bluedianthus kerana ianya amat membantu.
Selain itu kadang-kadang apabila menulis di blog peribadi ini si isteri (young lady in the sun) selalu juga mengintai blog ini dari rumah dan juga memberikan komen, kadang-kadang tersepit diantara seorang isteri dan pembaca blog, dia juga pembaca blog ini dan mungkin ada tulisan dan komen diblog ini yang boleh menyebabkan ia terasa hati ataupun cemburu (sayang kalau baca entri ini, diharapkan saya tidak cemburu dan terasa hati, hubby terlalu menyintai sayang dan anak kita. Blog dan Keluarga kita adalah dua dunia yang berbeza). Jadi diharapkan masalah tersepit yang aku hadapi ini tidak menganggu pembaca semua seperti komen yang aku jawab menggunakan perkataan sayang, itu adalah isteri ku.
Kisah Tersepit Terakhir
Terakhir ialah berkenaan dengan entri ini, kalau anda perasan saya telah menggunakan perkataan ganti diri saya kepada aku. Sebenarnya dah lama aku tersepit untuk menggunakan perkataan aku dalam setiap entri yang ditulis. Yer lah kadang-kadang masa menulis entri ini bila taip je perkataan aku rasa macam tak sopan pula, terlalu kasar pula bahasa yang digunakan. Tetapi kehendak hati meronta-ronta untuk menggunakan perkataan aku walaupaun nun jauh disudut hati aku tidak pernah terniat untuk menggunakan bahasa kasar seperti penggunaan perkataan aku. Tersepit dengan keadaan ini lantas aku mengambil kesempatan dari entri ini sebagai titik permulaan untuk menggunakan perkataan aku dalam entri-entri yang akan datang.
Diharapkan pembaca blog ini dapat menerima perkataan aku yang digunakan. Niat di hati bukan untuk berkasar tetapi terasa lebih bebas dan sedap apabila menggunakan ganti diri aku apabila menulis entri di blog buruk aku ini.
Ok itu sahaja entri blogger yang tersepit yang aku ingin buat, harap-harap anda semua dapat memberikan maklumbalas kepada aku.
mijie-ingatkan nak tulis pendek entri ini tetapi dah sampai 721 patah perkataan.
aku atau saya biasa saja – ikut keselesaan diri kita sendiri tak perlu diubah2
bab suami atau isteri yg baca blog tu – sama saja rasanya. suami kak jie pun sejak dia di luar negara kerap baca blog, jadi agak berhati2 menulis
dulu masa dia kat malaysia – tak pernah ada banyak masa beronlien, jarang sgt dia ambil tahu tentang blog
pandai2lah kita ejas keadaan tu.
hai sang isteri – jangan jeles tau…ahahaha
sekarang ni nak gunakan perkataan aku sbb dari mula-mula menulis blog lagi dah teragak nak gunakan, tetapi masa tu ntah kenapa terguna perkataan saya dan nak tukar balik rasa mcm susah sehingggakan pernah terfikir untuk buat satu entri khas, kebetulan hari ni tercapat sudah hajat
pasal menulis tu yang cukup berhati2 skrg ni.
kakjie buat saya tersenyum dgn ayat last tu, hahahahaha tak leh tahan dah ni nak gelak
adeh sakitnya tersepit…disepit bini daa
hahaha..tergelak aku baca komen donnie nieh
Hehehe.. Nice bro. Suka baca kisah-kisah tersepit bro.
P/s Sedang ligat memikirkan apakah kisah tersepit saya pula untuk diterbitkan. ;p
buat jangan tak buat, ada lagi masa sampai jam 12 mlm ni
gua mau sentuh pasal yang terakhir tu,gunalah apa sahaja jenis gantinama yang penting ia melambangkan satu ikatan mesra.
dalam kes lu dan samdaddycool,gua memang guna “gua lu” sebab dengan gantinama itulah gua mula bertegur sapa[lu dan sam] dalam blog ijad.
jadi gua abadikan penggunaan gantinama itu sampai bila-bila bila berblogging
moga tidak rasa tersepit bila guna “aku ko” biar dengan siapa pun
*aku ko adalah perlambangan ikatan yang cukup dekat/mesra*
terima kasih bro joe, lepas ni memang aku akan gunakan kata ganti nama aku, yihaaaa dah terlepas beban dan tension yang terasa ini
sudah hilang rasa tersepit
bak kata Megat.net. kataganti nama aku – bagi orang Jawa, memang dengan mak bapak guna aku. Tapi sedangkan kita berdoa guna ‘aku’.
Aku membawa maksud, saya, I, gua, gue dsb… bagi sesetengah orang, mungkin nampak kasar. Tapi, dalam berblogging, itu adalah cara penyampaian yang kita sendiri rasa selesa.
yer dalam entri aku dah mention untuk menggunakan ganti nama aku bagi entri seterusnya
Ok tu.. ON je.. tapi kalau guna Gua – LU.. lagi ramai tak bole terima kot?? (terutama pejuang bahasa..)
hehehe jgn risau, kalau lu gua pun mungkin dalam komen je, dalam entri tak der la kot
aku pun kadang-kadang tersepit antara kerjaya dan blogging. antara keluarga dan blogging hehe
itulah yang membuatkan aku tersepit, hohoho, cuma kita kena pandai untuk mewujudkan dinding antara keluarga/kerjaya/blogging
aduh…tersepit betul nieh..
zik tersepit memang tersepit, banner mana? hehehe nak masukkan kat blog ni
hehehe…zik tengah alami ‘banner tersepit’ la tu…
tu lah, nanti jap lagi send email la kat dia
Tentu sukar apabila tersepit antara minat dengan keperluan. Semoga segalanya akan berjalan lancar… Aku, saya, kawe, gua atau sebagainya tidak melambangkan kekasaran, selagi kita menyampaikan apa yang kita ingin sampaikan dalam ayat yang rapi, pasti ianya tetap tampak menarik, sekadar pendapat
betul tu, dah hilang dah tersepit
sweet je ble si isteri mengintai blog yer..hehe dr segi penggunaan ganti nama diri tu ilut keselesaan la kan..klu dh itu pun tersepit ssh gk tu bro..hehe
heheh kadang2 sweet tp kdg risau juga
hehe gunakan ja aku utk lebih dekat ngan pembaca..tp saya ni kalo berkomunikasi dgn org yg lebih tua 4 5 tahun ka..mesti nk bahasakan diri saya…ntah xtau napa…err next time kalo saya chat ngan bro mizi bahasakan diri aku ang bleh ke…tp bro mizi lagi tua pada saya satg ckp aku ang satg x hormat plak hahah
boleh no hal je bro, janji selesa
tersepit sebab kena ‘fire’ dengan pengunjung blog.. ??
heheheh..
………………………………………………..kena kental!
hehehe biasala kan, bukan semua org suka apa yg kita tuliskan
saya suka guna perkataan saya, kecuali bila berkomunikasi secara face to face atau dalam ruang komen atau dah memang kenal lama baru selesa guna ‘Aku’…
tulisan nak kena neutral tu ek, banyak unexpected silent reader muahaha
itula pasal, harapnya silent reader dpt menerima ganti nama” aku” sbgai ganti nama manja yg baru
kesian kuda tu tersepit ye..
dulu guna ‘saya’ skrg dah pakai ‘aku’…
harap bro etomyam boleh menerima gantinama yang sangilapi gunakan ye
sentiasa menerima apa sahaja, janji semua mantain steady
guna aku pun ok pe bro..kita bukan maki hamun orang, kita blogging pasal cerita kita..hehe
yer betul, skrg ni aku dah gunakannya
suka guna AKU untuk menulis kerana lebih terasa penulisan dari jiwa.
itulah yang aku rasa
bila menulis saya akan guna aku.
tetapi bila komen saya akan guna ‘saya’.
ianya mengikut keselesaan bila menulis dan tgk juga pada entri yang ditulis. saya atau aku nampak berbeza. tapi rasanya semua orang memahami perbezaannya.
wife saya belum pernah melihat blog saya setakat ini. rasanya cite pasal entri tersepit saya blm dibacanya lagi. kalu tak mahu disoal jawab walaupun hakikatnya dia mengetahi siapakah gelarannya si ustazah cun.
hehe, nanti kalau kn spy ngan wife tu nanti
wah, sampai aku ngan saya pun boleh tersepit. haha. sorry tak maksud gelak, tapi kadang rasa dalam penulisan, penggunaan aku cam nampak lagi sesuai. Saya, hurm rasa cam sopan sangat plak. hehehe.
laki bini bloggers, haha. bestnya! AKu pun tersepit gak antara nak bagi orang baca atau tidak. euwww
hehehe sometimes mmg mcm tu ann
Kisah tersepit 1 dan 3 tu turut saya alami juga.
Tersepit antara kerjaya dan blogging, tersepit nak guna ‘aku’ berbanding ‘saya’.
Rasa-rasanya, guna ‘aku’ lebih bebas dan banyak idea boleh muncul dengan sendirinya…
P/S: Kisah blogger tersepit 3 dalam 1…macam syampu la pulak bro…hhehehe
3 in 1 yer, hehehe
Alaa… ko mana boleh tulis pendek-pendek Mijie… mesti 500 patah perkataan ke atas punya.. haha
hahaha siot je, ada juga la yang aku tulis pendek, yang tersepit ni je tetiba jadi panjang, ingat nak tulis kurang dari 300 patah, tapi tersepit banyak sgt tu yg terlebih tu
blogger tersepit
kita dihentam pasal tersalah fakta….
= samalah keadaan yang saya lalui
penggunaan aku dan saya
= aku pun sering kena gak ni tapi kena sabar
lumrah menjadi blogger bro
Takper bro benda2 gini bile dikenang akan buat ko gelak guling2 punya
hhahah tau takper
Biarkan isteri melihat blog ini..maknanya mijie dah ada peminat nombor satu blog mijie ni. Dulu pun saya dalam dilema nak menggunakan perkataan aku dan saya. Tapi tidak ada salahnya penggunaan kata ganti nama diri “aku”. Mungkin terasa lebih dekat dengan blog dan sesuai dengan jiwa bila menggunakan perkataan aku. Sebab tu jugalah saya buat satu blog lagi yang menggunakan “saya”. Tapi lama tak berupdate..hehe..
Pingback: rohaizad dot com » 28 Most Wanted “Blogger Yang Tersepit” in MALAYSIA – Part 2
aku paling sukadalam entry ni bila nak guna perkataan saya atau aku. dulu pun aku macam tu jugak time nak berbloggi. tapi bila imbas kembali penggunaan aku memang releven tuk digunakan dalam blog. nampak kasar tapi sebenarnya buatkan pembaca dan penulis blog lebih dekat. Berbanding guna perkataan saya. Memang sopan tapi ada ‘gab’. macam ada batu blok depan kita. ini cuma pandangan aku sebab aku dah analisis perkataan aku dan saya ni sejak bertahun lamanya.
yer skrg ni dah menggunakan perkataan aku
Kisah Tersepit 1 – hmmmm…. kisah lebih kureng sama je dengan aku, cuma aku masih lg setia dgn blog aktechpage.com … hanya baru 1 kali je berpindah blog..yakni dr blog friendster dulu
Kisah tersepit 2 – Biasalah tu, aku pun byk jugak terima komen2 yg negatif dan kutuk2 kita ni… lepas dpt nasihat drpd otai blogger… lebih baik jangan terlalu emosi sangat dgn komen2 tersebut… buat derk jeee…
Kisah tersepit 3 – aku tetap guna aku… heheheh… saya ni skema sangat lahh….
aku tetap aku
Pingback: rohaizad dot com » Kisah Blogger Yang Tersepit…. yee haa!
Perkara tersepit ni biasa la, memang kita sebagai manusia akan mengalaminya, tapi saya tabik coz sebab minat tuan teruskan berblogging, syabas…
Rasanya perkataan aku tu x der masalah coz saya sendiri guna perkataan tu untuk ganti diri dan yang lagi teruk ayat semua bahasa pasar, member ada tegur coz x elok untuk pembaca dewasa. Tapi pendapat saya, saya akan rasa lebih dekat dengan pembaca , ala macam kita sembang ngan kawan2.
terima kasih ranger, sekarang pun aku dah gunakan kata ganti diri aku
Saya rasa comel sgt kisah tersepit ni
hehe..kelakar pon ada
hjahaahha tulis pun dlm keadaan tersepit
Pingback: Blogger Yang Tersepit | Julmazli Dot Com