Penyedia perkhidmatan transaksi online yang sudah diketahui ramai dan saya percaya ramai rakyat malaysia yang terlibat dengan dunia blogger, ebay, affiliate, penjualan produk dan sebagainya menggunakan paypal. Kini paypal bakal beroperasi di malaysia dalam tempoh 6 bulan dari sekarang.
Sumber berita di petik dari Website Bernama
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) — Penyedia kaedah pembayaran dalam talian, PayPal, merancang untuk membuka pusat operasi perkhidmatan Asianya yang kedua di Kuala Lumpur dalam tempoh enam bulan ini.
Ini ialah untuk menampung permintaan yang kian meningkat untuk e-perdagangan, terutamanya di rantau Asean.
Naib Presiden PayPal Asia Pasifik, Farhad Irani berkata syarikat pada masa ini sedang meninjau-ninjau lokasi yang bersesuaian dan seterusnya mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa yang berkenaan.
Kami hanya boleh membuat pengumuman yang khusus dalam tempoh tiga bulan ini. Kami juga berharap pusat itu boleh beroperasi menjelang hujung tahun,” tambah beliau apabila ditanya mengenai pelaburan oleh syarikat itu untuk pusat berkenaan.
Mungkin ini satu berita gembira buat kita sebagai rakyat malaysia yang menghadapi masalah berurusan dengan paypal terutamanya apabila kena paypal limited account access dan sebagainya. Pas ni tak perlu lagi nak call pusat operasi di singapura untuk semakan dokumen dan sebagainya.
Jadi pada anda yang belum ada lagi akaun paypal..ambillah kesempatan ini untuk membukanya dan tak perlu risau lagi kerana sekiranya anda menghadapi masalah dengan akaun paypal, operasinya bakal di buka di malaysia
yeah…satu berita gembira buat rakyat malaysia
Pingback: Tweets that mention Paypal bakal beroperasi di Malaysia -- Topsy.com
satu perkembangan yang baik… senang call customer service.. local je..
yes, itu yg di tunggu oleh rakyat malaysia..call local caj pun murah
camni bole cakap Melayu je bila call paypal..
hahaha,,,pasni takder lah berbelit lidah
bagus2..perkembangan yang baik untuk blogger-blogger di Malaysia. Boleh mintak keje sana ke…hehe
itu la….nanti boleh la minta kerja dkt sana, pastu gaji pun bayar melalui paypal, hehehhe
wah/….ni yang best nih… tak payah la nak hantar doc jauh2..mahal.. tapi..agak-agak..ader tak keburukan dia eh? hehe
erm keburukan dan kebaikkan tak pasti lagi sbb paypal pun belum umum bila date sebenar dia nak lunch di malaysia
hoho..paypal sudah nak buka di Malaysia..tugas kita adalah memperbanyakkan akaun paypal sahaja..ayuh berusaha!
kalau yang lain mengikut jejak paypal ni pun bagus jugak…google,adsense bukak pejabat diaorang kat sini
itu satu cadangan bernas tu
Mantap benar.. ini yang ditunggu2x..boleh jadi akan lebih mudah mencairkan duit paypal..
harap2 nya
wah berita yg memang di tunggu nih
harap2 akaun paypal terisi 2-3 bln depan tapi kena usaha lebih byk
insyaAllah….ameen
betul ke nie bro?? wah best2x… senang lepas nie..
betul, tgk bernama berita
kt mn opis paypal 2? klu kt kl la katanya, kl kt mn 2? puas surf2 x jmpa pn address paypal kt kl
)-:
ofis tak pasti la, tapi no tel paypal malaysia dkt website dia dah ada