Review bulan oktober

Review
02/11/2010 | 124 komen »

Seperti bulan-bulan yang lepas setiap awal bulan blog ini akan menghasilkan satu laporan berkenaan prestasi blog ini sepanjang bulan oktober. Tetapi untuk bulan oktober ia akan dibuat seringkas yang mungkin.

Bulan ini terdapat sedikit peningkatan jika dilihat melalui awstats iaitu unique visitor sebanyak 7394 dan bilangan page yang telah dikunjungi pula 61421 page. Bandwidth yang digunakan untuk bulan oktober hanyalah 4.99 GB sahaja berbanding dengan unlimited usage yang diberikan oleh penyedia hosting blog ini.

Ranking alexa pula masih tidak bergerak dan hanya bermain sekitar 130,409, kejap naik kejap turun bergantung kepada kerajinan tuan blog ini untuk update blog. PR masih lagi menjadi tanda tanya kerana nampaknya sudah lama Google peram kenaikkan PR, argh persetankan semua tu. Kalau ikut PR predicted blog ini dijangka akan ber PR 4. Itu hanya jangkaan semata-mata

Artikel popular bulan lepas :

  1. Kemalangan KM223 pedas linggi ke selatan
  2. Cara masukkan lagu ke dalam post di blog
  3. Kelantan dan Negeri Sembilan ulangi Final 2009 Piala Malaysia
  4. Tahniah Kelantan menang Piala Malaysia 2010
  5. Kenapa blog saya tiada dalam google search engine?

Tragedi 10-10-10 yang lepas tentang kemalangan bas di pedas linggi menjadi artikel yang paling popular mungkin untuk sepanjang tahun ini. Unique visitor pada hari tersebut mencecah 2000.

Mungkin sesetengah orang akan beranggapan aku mengambil kesempatan terhadap tragedi tersebut untuk trafik tapi sebelum ada yang membuat tuduhan, pergi baca artikel tersebut yang aku tulis secara live blogging dan fahaminya. Post tersebut hanya sekadar luahan hati di kala jalam sesak teruk semasa kejadian.

Artikel popular yang kedua pula adalah artikel yang lama dan masih lagi menjadi buruan pengunjung sampai ke blog ini, mungkin kedudukan yang baik dalam carian enjin google. Manakala  artikel-artikel 3,4 ialah pasal dunia bola dan artikel yang ke 5 sekadar tutorial untuk anda semua.

Jurukomen Hot

Seperti biasa blog ini akan berikan anugerah kepada jurukomen hot blog ini, sememangnya kamu semua adalah HOT. Tempat yang pertama ialah abang ardzham kita, kedua bro joe rezeki murah dan ketiga ialah pendatang baru syahrilhafiz. Tahniah buat anda semua dan tidak lupa yang lain juga hot. Disebabkan bro joe rezeki murah yang memang bermurah hati untuk memberikan hadiah jurukomen hot ini kepada orang lain, maka zik akan mendapat slot iklan tersebut.

Ok kepada semua pemenang untuk jurukomen hot, hubungi aku kalau nak hantar banner untuk blog anda. Kalau tak aku akan buatkan untuk anda.

Hal yang tertangguh

Sebenarnya perancangan pada bulan oktober ialah untuk menukar theme tetapi disebabkan kekangan masa blog ini masih lagi menggunakan theme yang masih sama. InsyaAllah pada bulan ini theme blog ini bakal bertukar dan segala isu-isu yang tertangguh seperti kenapa blog ini tiada comment luv akan diselesaikan apabila theme blog ini bertukar. Harapan aku theme blog ini akan bertukar dalam masa terdekat ini.

Sememangnya bulan ini menjadi bulan paling istimewa buat pemilik blog ini dan kalau nak tahu apakah yang istimewanya tunggu sehingga pengumuman dibuat.

Penghargaan

Buat semua pengunjung blog ini yang menjadi pembaca tetap, reader yang subcribe di feedburner dan yang membaca melalui google reader dan semuanya. Dengan rasa rendah diri aku ingin mengucapkan berbanyak terima kasih dan penghargaan aku pada kalian semua kerana terus menyokong pemilik blog ini untuk terus berkarya. Tanpa anda blog ini tidak bererti.

p/s: bulan novermber akan ada hadiah misteri yang aku akan berikan pada pengunjung blog ini dan juga contest akan dibuat dalam masa yang terdekat.

Hint untuk hadiah misteri : Berkait dengan subscriber feedburner, dan bulan novermber bulan istimewa untuk pemilik blog ini. Pandai-pandailah kamu semua merungkaikan misteri tersebut. Selamat hari tua :)

Artikel yang berkaitan

Tentang Penulis: Muhammad Tarmizi

Pemilik blog ini masih lagi bekerja sepenuh masa dan blog ini dibina kerana minat terhadap penulisan serta keinginan untuk terus belajar. Sudah mempunyai isteri dan seorang cahaya mata, untuk biodata penuh boleh lihat Pemilik Blog

124 Maklumbalas kepada: Review bulan oktober

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge