Seperti yang telah dijanjikan dulu aku pernah mengatakan untuk membuat satu contest di blog ini dan baru hari ini aku mendapat idea untuk mengadakan satu contest yang ringkas dan mudah untuk semua. Jadi contest ini juga adalah yang terakhir sebelum berakhirnya tahun 2010 yang akan menjelma 4 hari sahaja lagi.
Ok ini contestnya nak kata mudah pun susah pun tidak dan senang pun tidak, kira macam berada di pertengahan sahaja. Mari kita lihat apakah bentuk contest ini.
Gambar diambil menggunakan HTC Desire Z dari #maxis10 dan send ke laptop menggunakan fungsi bluetooth
Penerangan :
Perhatikan gambar di atas yang baru di ambil semalam menggunakan smartphone aku (ehem..) dan cuba berikan satu cerita berkenaan gambar di atas.
Pemenang akan dikira dari segi cerita yang disampaikan tepat dengan cerita sebenar di sebalik gambar di atas. Sekiranya tiada cerita yang tepat maka pemenang akan dikira dengan mengambil kira cerita yang paling hampir dengan cerita sebenar.
Baiklah mari kita lihat pula cara penyertaan dan juga syarat penyertaan untuk contest terakhir tahun 2010 ini.
Cara dan Syarat Penyertaan :
1. Cukup mudah iaitu hanya tuliskan satu cerita berkaitan gambar di atas di ruangan komen entri ini. Hanya satu komen untuk setiap peserta sahaja. *Update-Tiada had patah perkataan untuk setiap komen yang diberikan.
2. Pastikan sebelum anda menyertai contest ini ada perlu mematuhi beberapa syarat berikut :
3. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 31 Disember 2010 jam 11.59 PM
Itu sahaja syarat penyertaan dan juga cara untuk menyertai contest ini, tak nak buat susah-susah sangat syarat penyertaan supaya semua pengunjung blog ini dapat menyertainya.
Kepada anda yang sudi menghebahkan contest ini kepada orang lain, terima kasih aku ucapkan untuk anda kerana aku tidak meletakkan syarat untuk kamu semua buat post di blog kamu untuk memasuki contest ini. Kepada yang lain yang nak share di Facebook dan twitter teramat dialu-alukan.
Ok syarat sudah diceritakan dan juga cara menyertai sudah diberitahu mari kita lihat hadiah kepada bakal pemenang contest ini. Sepatutnya hadiah untuk contest begini hanya perlu ada 1 pemenang sahaja, tetapi memandangkan sudah hujung tahun jadi aku berikan kepada 3 pemenang.
Tempat pertama :
- 1 Pakej Large Biz Hosting dan Free satu Domain dari NETKL
- Iklan 2 bulan di blog ini
- Top up RM 10
Tempat Kedua :
- 1 Pakej Large Biz Hosting dan Free satu Domain dari NETKL
- Iklan 1 bulan di blog ini
Tempat Ketiga :
- 1 Pakej Medium Biz Hosting dan Free satu Domain dari NETKL
- Iklan 1 bulan di blog ini
Untuk makluman semua, hadiah kemenangan ini tidak boleh ditukar dengan wang ringgit dan juga untuk semua pakej hosting di atas, ianya hanya untuk setahun sahaja.
Ada pertanyaan? Boleh tanya di ruangan komen ini. Ingat tarikh akhir ialah 31 Disember 2010 jam 11.59 malam
p/s : Mulakan komen untuk penyertaan dengan “Cerita untuk gambar di atas ialah….”
Klu : Lihat update Facebook aku 2 hari sebelum ini dan juga di twitter
Update lagi : Contest ini ialah untuk mencari siapa yang paling tepat menceritakan kisah disebalik gambar tersebut. Ia memang ada kisah disebalik gambar tersebut yang aku lalui pada hujung minggu lepas.
Ni contoh komen ok ” cerita untuk gambar di atas ialah mentol ini telah terbakar kerana fahim suka main dengan suis lampu ini dan gambar mentol ini dirakam untuk panduan ketika aku hendak membeli di kedai.”
update 27 disember 2010
serius tak yah wat entri *ok komen ni boleh didelete selepas ini* ;D
Entri terbaru dari syahrilhafiz..Menaip dengan pantas cara GEEK
yer tak perlu, kalau ada yang sudi hebahkan memang aku ucapkan terima kasih, tetapi tidak akan mempengaruhi keputusan pemenang, haha
haha~
ala tak best macam ni
bagi advance sikit
tengok la kalau sempat ak dua2 kaki ok ;D
nak advance tu, haha
hehe, boleh la tu
cantik..macam tak sempat je nak join, tp tak pe tunggu esok atau lusa, lewat tu tarikh tutup..sempat2..;D
Entri terbaru dari syahrilhafiz..2 Kepala 1 Misi
takper ada lagi 2 hari, kalau sempat dijemput join
Bro nanti tolong semak jika saya memenuhi syarat-syarat pernyertaan. Akaun FB memang tidak ada
Entri terbaru dari akubiomed..Keputusan akhir pertama Piala Suzuki AFC
Ok siapa yg tiada akaun fb boleh juga menyertainya, nanti sy update kat syarat tu
baru gua layak join contest ni
Entri terbaru dari sangilapi..bengkel blackberry
jangan tak join bro joe, gunakan 6th sense tu
hahaha…..perlu bersaing dengan adil !
Entri terbaru dari sangilapi..bengkel blackberry
hahaha ok thanks bro joe
Terima kasih banyak-banyak bro
Entri terbaru dari akubiomed..Keputusan akhir pertama Piala Suzuki AFC
wah menarik ni, nak kena cuba jugak..nanti malam nanti baru aku teliti betul2 cara nak masuk…aku tengah cari domain free ni hehe
Entri terbaru dari etomyam..Keputusan Malaysia Indonesia AFF Suzuki Cup 2010
cari idea dulu…hehe… think2..
Entri terbaru dari zik..Sejarah penciptaan straw dan juga kegunaannya hari ini
tak perlu ayat-ayat canggih manggih janji betul dengan cerita disebalik gambar ini
cari betul betul zik, jangan tersasul jadi cari kayu macam si labi tu sudah la
Entri terbaru dari dnoBiz..CepLos Dan Kazar – Permohonan Maaf Dari dnoBiz
nanti kalau dah ada masa jemput bro join contest ni, hehe
Salam…
Wahh, rupanya ada lg contest ni….
menarik jgk ni….
Entri terbaru dari iza..Antara Sains Moden Dan Ilmu Wahyu
jemput join yer iza
Cerita untuk gambar di atas ialah…
Mijie teruja untuk menggunakan HTC Desire Z yang diberi pinjam oleh maxis selama 2 minggu. Kebetulan semalam (25hb ) mentol di atas telah terbakar ketika beliau menggunakan laptop untuk menguji kelebihan yang ada pada HTC Desire Z. Jadi dengan menggunakan smartphone, Mijie telah mengambil gambar mentol yang ditanggalkan itu menggunakan smartphone tersebut dan seterusnya mendapat idea untuk menganjurkan contest ini.
Sekian, terima kasih…
Entri terbaru dari iza..Antara Sains Moden Dan Ilmu Wahyu
nice, tapi kena tunggu sehingga awal januari untuk tahu keputusan
Ok, InsyaAllah…
Entri terbaru dari iza..Antara Sains Moden Dan Ilmu Wahyu
tunguuuuuuuuuu
menarik hadiah2 tu..
nanti akan difikir2kan. sebab tengah bz sikit ni
Entri terbaru dari serol..Final piala suzuki-Semoga malaysia menang dan jangan ada ribut-ribut
ok thanks
hmm…nak cuba ke x nih…. =_=”
Entri terbaru dari MDHAFiZ.NET..Goodbye 2010Hello 2011 !!
cuba ke tak cuba ke tak, hehe
menarik contest ni. hurm. nanti akan cuba masuk kalau tak sibuk. hee
Entri terbaru dari RedBoys..Keputusan Penuh ASK2010
selamat membusykan diri
tapi tak mau joinlah. kasi peluang kawan2 yg lain merasa hadiah hosting plak.
Entri terbaru dari RedBoys..Tiramisu Slot Akasia TV3
kalau join pun belum tentu menang, haha jangan marah gurau2 je
haha. tak marah. betul le tu. takkan menang punya kalau masuk.
Entri terbaru dari RedBoys..Tiramisu Slot Akasia TV3
manalah tahu kalau ada rezeki lagi kan
Perghh.. hadiah yang ditawarkan agak lumayan.
Entri terbaru dari shaharil..Baksis Di Ulu Legong- Baling
memang nak kasi semua tu..kalau nak bagi sorang satu tak cukup so lebih adil kalau buat contest
selamat berkontes untuk semua
jemput join tehr
Uik.. contest komen2 dapat hadiah. O_O
Entri terbaru dari Anwar Osman..GiveAway Domain by KhaiZariencom
haha betul tu bro, komen-komen je boleh dpt hadiah
Cerita untuk gambar di atas dah ditulis tapi panjang pulak so x jadi tekan butang submit comment. Entry post akan dipublish. Tgh tunggu kerjasama rakan blogger. Sekian harap maklum.
Entri terbaru dari Anwar Osman..GiveAway Domain by KhaiZariencom
Cerita untuk gambar di atas adalah mengenai Encik Mijie yang pada ketika itu sedang dalam proses untuk… bersambung di http://cetusanhati.com/info-and-articles/contest-akhir-tahun-2010-cerita-lampu-terbakar-by-anwar-osman
Entri terbaru dari Anwar Osman..GiveAway Domain by KhaiZariencom
ok diterima apa yang bro buat tu, tunggu keputusan awal januari nanti
alhamdulillah.. diterima masuk walaupun taruk link. Yah yah… sukanya aku. Plan nak buat blog BM plak.
(menang pun x lagi, berangan dah)
Entri terbaru dari Anwar Osman..Show Me Your Desktop Contest Last Call
Pingback: CetusanHati.com Contest akhir tahun 2010 : Cerita lampu terbakar by Anwar Osman
contest ni mesti bab technician ni..tak reti lah..haha
Entri terbaru dari adele..Anak Jiranku Kembali Ke Rahmatullah
hee.. ntah la pasal apa yg sebenarnya. thanks sebab sudi host karangan mcm budak 5 thn tu.
Entri terbaru dari Anwar Osman..GiveAway Domain by KhaiZariencom
welcome2.its my pleasure
Entri terbaru dari adele..Anak Jiranku Kembali Ke Rahmatullah
kalau sudo2 pandai tak
ajak frantz erk..hihi
Entri terbaru dari syahrilhafiz..2 Kepala 1 Misi
bro..sudo tu apa?heheh
Entri terbaru dari adele..Ada Apa Dengan CINTA
contest ini tidak semestinya teknikal yer, disebalik cerita lampu tu je, hehe
Entri terbaru dari Admin..Contest terakhir untuk tahun 2010
hahaha…..lu dah kasi jawapan pada gambar tersebut
Entri terbaru dari sangilapi..bengkel blackberry
kalau ada yang jawab tepat dengan apa yang ada disebalik kisah tu..memang dia akan jadi pemenang…
p/s:jangan pula tanya orang rumah aku, pasti dia tahu jawapannya, haha
Ini cerita contest saya:
Mentol energy saver 7W kalau digunakan memang menjimatkan kos bil elektrik bulanan kalau dibandingkan mentol jenis filamen tungsten. Beberapa fakta umum mengenai mentol energy saver:
1. kecerahan 7W energy saver bersamaan 35W filamen tungsten
2. mempunyai penjimatan tenaga elektrik
Bayangkan kalau lebih dari satu dari jenis digunaka:-
Energy saver = 7W x 5 mentol = 35W
Mentol biasa = 35W x 5 mentol = 175W
Ini percubaan saya untuk contest ini . Saya suka melihat dari sudut impact environment dan energy conserve
Entri terbaru dari akubiomed..Keputusan akhir pertama Piala Suzuki AFC
ok percubaan yang menarik, tunggu keputusan nanti yer
untuk mengesahkan penyertaan aku yang belum rasmi ni, aku bagi tanda kat sini… hehehehe…
p/s – aku baru ingat bole buat cerita berdasarkan gambar, rupa-rupanya keena jadi nujum la plak..
Entri terbaru dari samdaddycool..Terima kasih Nuffnang
aku reka ja cerita. x tgk klu dah
Entri terbaru dari Anwar Osman..GiveAway Domain by KhaiZariencom
mana tau Mijie kata ok… kan? Ini dia punya contest, dia punya rules..
Entri terbaru dari samdaddycool..Terima kasih Nuffnang
hehe aku tak kisah, janji semua dapat join
Nasib baik la dia tak kisah.. keh.. keh.. keh..
Entri terbaru dari samdaddycool..Terima kasih Nuffnang
hahaha janji semua join je, niat memang nak bagi je pun hadiah tu
pst.. pst.. takde hadiah valfire ke..
Entri terbaru dari samdaddycool..Terima kasih Nuffnang
hehe tunggu januari nanti
hahah jadi nujum boleh je, gunakan pancaindra yang lagi satu
kena jumpa incik Joe ni..
Entri terbaru dari samdaddycool..Terima kasih Nuffnang
heheh memang kena pun hahah
kalau jumpa dia macam biasa. Subuh baru selesai..
Entri terbaru dari samdaddycool..Terima kasih Nuffnang
cerita gambar di atas.
Satu hari, lampu di rumah mijie tidak menyala. Lalu mijie hairan kenapa. Nak dikata tiada eletrik, peti air, dan televisyeb berfungsi seperti biasa. Oleh kerana masa mijie remaja dulu, beliau pernah la belajar sikit-sikit bab membaiki lampu nie, maka digodeknya mentol lampu tu.
Barulah mijie tahu, mentolnya terbakar rupanya. Pada masa itu, Setelah melihat bentuk mentol lampu yang sedemikian rupa, ditambah dengan HTC desire baru mijie ada ditangannya. Lalu dia pun terfikir, buat entry blog bagus juga nie. Lalu mijie ambil gambar, dan terus buat entry
Sekian, Itulah ceritanya,. haha
hahah tunggu je keputusan januari nanti, kalau aku komen kan nanti kantoi lak jawapan untuk orang lain
eiela cuba jugak ye.
Cerita untuk gambar di atas ialah ia ada kaitan dengan cahaya. Gambar mentol menerangkan mentol lampu syiling yang dah terbakar. Mentol memang perlu untuk menyinari rumah, kalau takde mentol rumah gelap gelita. Maybe time tuh mentol lampu rumahnya terbakar dan sedang dok fikir tuan blog nih teringat dia tak install lagi aplikasi google sky map untuk melengkapkan review HTC Desire Z daripada Maxis. Saya kaitkan dengan misi mencari bulan dengan menggunakan google sky map sebab mentol dengan bulan fungsinya sama sebagai sumber cahaya untuk menerangi ruang..Selepas mencuba di dalam dan di luar rumah akhirnya misi mencari bulan berjaya dilakukan. Tuh je. =)
Pst..betul tak nih. Kalau salah langkah 1000…
Entri terbaru dari eiela..Ketaksuban – Piala Suzuki AFF 2010
satu cerita yang menarik juga, apa2 pun tunggu awal januari nanti yer untuk keputusan
Pingback: menyahut cabaran mijie | REZEKI MURAH
ok,gua dah buat satu entry.
http://rezekimurah.com/live-blogging/menyahut-cabaran-mijie.html
Entri terbaru dari sangilapi..bengkel blackberry
ok entri lu sudah diterima, tunggu sahaja 01 januari untuk aku umumkan keputusannya
Ade je idea nak buat contest..menarik gak hadiahnya..
Entri terbaru dari adamfaiz..Khidmat Ultraman Tidak Diperlukan!!!
sebab nak let go semua tu, jadi bagilah kepada pembaca blog ni
cerita untuk gambar di atas
mentol diguna memanglah panas
letak segera jangan terhempas
sebab tak sempat mencari bekas
mentol lampu sudahlah padam
ruang bilik dah jadi kelam
htc desire z sedia digenggam
terus sahaja gambar dirakam
sengaja mencuba handphone baru
maxis pinjamkan sudah seminggu
sementara menukar mentol lampu
dirakam sahaja gambar di situ
mentol yang baru ditukar suami
mentol yang lama dirakam isteri
ingin mencuba bagaimanakah jadi
mungkin nanti membelinya sendiri
Entri terbaru dari tehr..Gambar Sepanjang Jalan Sibu Kuching
Aku memang Tabik kat si Tehr ni
ade je idea dia hahaha
Ps : penyertaan paling kreatif
Entri terbaru dari dnoBiz..CepLos Dan Kazar – Permohonan Maaf Dari dnoBiz
haha, dia ni pandai berpantun je eh
mesti gempak ni…
Entri terbaru dari syahrilhafiz..2 Kepala 1 Misi
siang malam menulis puisi
kadang elok kadang tak jadi
berterima kasih daun keladi
minggu hadapan pujilah lagi
Entri terbaru dari tehr..Gambar Seribu Cerita
tak reti la nak jawab pantun, hehe tunggu minggu depan
memang gempak pun syah
dia memang aku tak tahu nak ckp apa lagi, pemantun yang hebat
mungkin akan masuk kategori penyertaan kreatif, hehe..memang menarik jalan ceritanya
ceritanya macam ni
satu hari mijie dan isteri balik rumah, tiba-tiba tgk mentol lampu rumah tergolek atas lantai.
” Eh kenapa lampu ni boleh ada atas lantai? ”
” Lampu ni dah masak kot”
” mcm mana lampu ni boleh ada atas lantai”
” mana tahu”
” Lampu kenangan ni, dari mula masuk rumah sampai sekarang baru rosak”
” jom la ambil gambar kenangan”
oh siap ada dialog lagi,
p/s: kawan2 yang lain klu dah ada dalam komen contest ni….isteri ku memberikan klu yg jelas, hehe
Pingback: Gambar Seribu Cerita
pergh hadia memang gempak tak hengat, nanti aku pun nak cuba gak,
Ps : harap ada masa terluang nanti
Entri terbaru dari dnoBiz..CepLos Dan Kazar – Permohonan Maaf Dari dnoBiz
selamat menjoinkan diri….klu dah banyak ni
emmm…. saya nak join contest ni boleh tak? tapi saya tak cukup syarat…. semua syarat yang ada tu saya tak faham pun apa dia…. huhuhuhuuu….. tapi saya ada kisah nk kongsi sama pasal mentol tu…..
“yang…. b nk amik gambar mentol ni, nak cari sampel yang sama kat tesco nanti”……
awk ni kan memang tak layak langsung, penyertaan awak di reject
aduhai…. saya dah terasa rasa nak menang pakej percutian 3 hari 2 malam ke Pulau Langkawi….. dah takde rezeki nk wat mcm mana kan kan kan…..
nanti i bagi hadiah khas untuk u ok
Cerita untuk gambar di atas ialah….
di salah satu ruangan di rumah mijie terdapat satu mentol yang terbakar….isterinya menjerit ” bang, lampu ni x hidup la, terbakar kot..” mijie plak lepas tgk mentol tu ” mmm, abg beli la kat kedai nanti..” tiba2 mijie terfikir, “eh, jenis ape plak mentol ni, berape watt?” Jadi, untuk memudahkan mijie, beliau pun snap la gambar…senang nk tgk time beli nntik…
btol x cite aku? actually, smlm baru aku alami perkara mcm ni. hahahha! suis meletop dan lampu tiang rumah terbakar..so pegi beli starter sume kat hardware….hehe…
ok cerita menarik, tunggu keputusan hujung minggu ni ok