Salam hari jumaat buat semua, hari ini baru mendapat momentum untuk mencoret di blog ini yang sudah agak lama menyepi..jadi tidak perlu untuk memberikan pelbagai alasan kenapa blog ini tidak berupdate. Cuma pemilik blog ini masih lagi bernafas di bumi Allah ini.
Kali ini aku nak berkongsi tentang rezeki dan juga bersedekah dan aku ingin kaitkan dengan apa yang telah aku alami sendiri dan memang benar janji Allah itu pasti cuma memerlukan keyakinan yang tinggi sahaja dalam memahaminya.
Terus terang aku nyatakan pada suatu ketika dahulu aku begitu berat untuk memahami erti sedekah dan cukup takut untuk bersedekah. Ambil contoh yang mudah iaitu mengeluarkan duit dalam poket untuk bersedekah ke tabung masjid semasa solat jumaat ataupun memberikannya kepada fakir miskin.
Apa yang selalu aku takutkan pada satu ketika dahulu ialah “kalau aku beri sedekah ni, nanti duit dalam poket aku tidak cukup..habis tu macam mana aku nak makan pada hari yang mendatang”
Itulah yang selalu bermain difikiran aku apabila ingin melakukan sedekah sebab diri ini yang jahil, sedangkan Allah sudah berjanji apabila kita melakukan sedekah, ganjarannya akan dilipat gandakan. Sama ada ianya berbentuk sedar ataupun tanpa kita sedar dan juga segera ataupun pada hari-hari yang lain.
Namun selepas aku mula untuk memahaminya baru aku sedar sebenarnya tidak perlu takut untuk bersedekah dan perlu yakin bahawa rezeki yang akan Tuhan berikan ada dimana-mana sebenarnya.
Ini kisah aku pagi tadi, sewaktu ingin datang kerja aku niat di hati untuk belikan sarapan pagi untuk kawan-kawan di pejabat..dengan niat sedekah. Jadi yang terlintas dikepala ialah nak belikan nasi kerabu. Sampai di kedai aku belikan 6 bungkus nasi kerabu dan membawanya ke pejabat untuk dimakan bersama-sama.
Walaupun apa yang dilakukan itu nilainya tidaklah besar tetapi keinginan untuk melakukannya adalah bermula dari dalam hati kita. Perasaan semasa ingin mengeluarkan duit perlu ikhlas.
Jadi hari ini aku gembira kerana dapat belikan nasi kerabu untuk kawan-kawan di pejabat, selepas bersarapan bersama aku meneruskan kerja-kerja yang perlu diselesaikan segera.
Selang beberapa jam selepas tu aku tergerak untuk memeriksa email dan alangkah terkejutnya aku ada duit yang dimasukkan di dalam akaun maybank aku sebanyak RM 20. Setelah diperiksa duit tersebut datang dari komisen jualan affiliate ebook yang aku sertai dan aku pun tidak sedar bila aku mendapatnya.
Ok tamat cerita ini dan nampak tak akan kaitannya dengan cerita di atas? dengan tajuk entri ini “jangan takut untuk bersedekah”
Nota : Sekadar ingin berkongsi cerita dan tiada niat untuk aku berbangga diri dengan cerita aku belikan nasi kerabu tersebut dan cerita ini adalah untuk aku berkongsi dengan kamu semua.
Nota 2 : Berdakwah itu luas bidangnya dan boleh dalam pelbagai bentuk.
sedapnyer nasi kerabu.. hmm nak gi cari kat pasar malam la..
bila kita bersedekah.. tak perlu takut.. rezeki yang kita sedekah itu akan memberi pulangan yang besar satu hari nanti..
yang penting ikhlas..
Entri terbaru dari boss..Idea for content
ikhlas kadang2 disalah erti
Alhamdulillah.. Mungkin berkat membelaja kawan-kawan makan pagi tadi tu
Entri terbaru dari anif..Ketagihan Barbican
itulah anif, Tuhan bagi balik
Kalau sedekah tu, 50 sen pun OK sebenarnya. Jadi soal takut tak harus wujud. Maybe tajuknya Mijie patut = Jangan KEDEKUT nak bersedekah
mungkin pengertian kita berbeza, maksud sy di sini bukan kedekut, tapi perasaan untuk memulakan sesuatu…dalam erti kata lain takut
senyum juga sedekah. yaitu memberi sesuatu yang punyai nilai kepada orang lain.
tolong bawa beg berat pun sedekah, sedekah tenaga.
Entri terbaru dari Khairi..Tips- Layari Facebook dengan lebih selamat!!
banyak benda kan khairi, yang penting kita faham
seperti kata pepatah, what you give, you get back…
eh, macam mintak ballik jer..hehe…
neway, nice bro
semoga rezeki bertambah..amin
Entri terbaru dari sofian..mvieglobalcom mas dino apakah ini teknik SPAM terbaru
betul tu bro, aku suka istilah tu
bila baca post ni teringat bila pergi bandar ternampak orang minta sedekah untuk bantuan anak-anak yatim. tapi kadang-kadang takut nak bagi sebab dah terkena tipu. tu sebab nak sedekah takut-takut je. walaumacam mana pun dalam artikel ni dah boleh kita nampak Allah bagi berlipat kali ganda setiap kali kita bersedekah.
cakap je semalam abang dah bagi adik.pakaian pun sama macam adik.
Entri terbaru dari Ali ridha..Bersocial pada hujung minggu
betul juga. idea yang bernas.
Entri terbaru dari Master Pak Pandir..Komen Dan Menang! RM350 Menanti Anda di WanmusCom
tengok keadaan la mcm mana kan
yer pak pandir, kn ada keyakinan
nak sedekah tu bagi aku.
tiada masalah sangat.cuma tak
suka beri pada tangan yang salah.
manusia zaman sekarang suka ambil
kesempatan.hanya ambil perihatin dari
rakyat malaysia baik hati ni.
Entri terbaru dari Ali ridha..Bersocial pada hujung minggu
kena tengok keadaan, cari tempat yang terbaik
nasi kerabu tu dah nampak…..macam kenal je
corak bungkusan dan isi nasi kerabu ni.
nak teka dapat silap pula.heee…
Entri terbaru dari Ali ridha..Bersocial pada hujung minggu
kenal ek, kat mana yer
yakinlah dengan janjiNYA
Entri terbaru dari sangilapi..blogger yang terkejut
ringkas dan padat, terbaik la bro joe
what u give, insyaallah you get back.
masa belum ada duit income sendiri dulu, time study, aku pun berfikir macam itu gak. takut nak bersedekah. tapi bila dah kerja sekarang, memang aku ringankan tangan untuk bersedekah.
Entri terbaru dari wandisini..Akan ku tunggu
itulah, bila dah ada income sendiri memangla kena sucikan harta
Nak sedekah tidak semesti didalam bentuk duit contohnya derma darah ia pun dapat menyelamatkan nyawa.
Pusat zakat Selangor ada menyediakan saham wakaf bermula RM10
Entri terbaru dari akubiomed..Tip blog cara kecil saiz gambar dengan Smush it
betul tu, belikan saham wakaf untuk belikan tanah wakaf, amalan yang takkan putus sehingga kita mati
erm… kadang2 nak sedekah… tp takut2… contoh… orang dtg jmp kita nk minta kita sedekah untuk pembinaan surau kat mana2…
tp benda tu belum tentu betul… nak sedekah… tp pada masa yg sama xnak kena tipu oleh orang yg tak bertanggungjawap…
Entri terbaru dari Fahmi Raazali..Festival Pelamin & Rias Pengantin 2011
kalau yang tu aku pun meraguinya, tengok keadaan la kan
selalu jugak belanja kawan2 makan..duit nie ada masa kena berkira, ada masa tak boleh berkira sangat…apa-apun, buat baik, tuhan akan balas baik kan
betul tu lut, jangan terlalu berkira, baru orang pun treat kita mcm tu juga
kalau buat apa2 dengan ikhlas dan yakin
lambat bangat akan dapat juga faedahnya
Entri terbaru dari tehr..Ramai Yang Kecewa Pasal Trafik
yang penting yakin kan, jangan fikirkan balasan…
Bersedekah adalah amalan yang amat baik sekali jika lahir dari hati yang zuhud dan diiringi doa semoga sedekah kita ini tidak menimbulkan perasaan takabbur dan diterima Allah S.W.T…Wallahuallah…
Entri terbaru dari mycy..Happy Birthday to My Twin Daughters
terima kasih mycy
insyallah.. setiap minggu cuba mewjibkan diri untuk bersedekah…… kalau ada rezeki lebih , kasi lebih…kalau takda.. minggu depan forward lebih sikit..
Entri terbaru dari zik..Apabila semua komponen kereta di pisah-pisahkan
bila dah lama nanti ianya akan menjadi amalan yang bagus
aku pon selalu macam tu bro. bila dah jadi kat kita balik yakni balasan tu baru kita sedar kan..
ada yg tuhan balas on the spot dan ada yang lambat
Entri terbaru dari luth textile..Penang maju kehadapan lagi! Now running PKA!
lambat dan cepat kita serahkan padaNYA kan
setuju tu
selagi ada apa yang mampu
sedekah lah, kerana Allah suka dengan umatnya yang merendah diri. Amin2
Entri terbaru dari syahrilhafiz..Pengunduran Hosni Mubarak- Erti Besar Buat Rakyat Mesir
kalau mampu buatlah, kalau tak mampu….banyak lagi cara kan
perghh selera sunnguh nasi kerabu itu~ lauk daging pulak tuh i loiikeee! kalo dah tak mampu sangat nk sedehkah senyum pun dah memadai..tapi takkan le tak mampu langsung ye tak
Entri terbaru dari aimannajmy..Testing Roland VDrum TD3 dan rakam guna Canon 550D
nasi kerabu tu memang sedap, haha
Sebelum bersedekah kpd org lain, bersedekah lah dulu kpd ahli keluarga kita dahulu spt adik beradik…
Entri terbaru dari aktechpage.com..Salam Maulidur Rasul 2011
yer, sedekah tu luas bidangnya….
ehh, baru aje tadi makan nasi kerabu..
Entri terbaru dari ohcikgu..Mengapa cikgu lelaki yang baru posting disukai ramai
sedap tak nasi kerabu, hehe
Pinjam tajuk yer Mijie, teringat sesuatu bila baca post awk ni.
pinjam lepas tu hantar balik yer